Nike pada mulanya dikenali sebagai Blue Ribbon Sports, diusahakan oleh atlet trek Philip Knight dan pelatihnya Bill Bowerman dari University of Oregon pada Januari 1964. Awalnya perniagaannya beroperasi sebagai distributor untuk pembuat kasut Jepun Onitsuka Tiger. Kemajuan perniagaan mereka benjalan dengan lancar dan pada tahun 1966 BRS membuka kedai ritel pertama terletak di Pico Boulevard di Santa Monica, California. Pada 1971 perjanjian antara BRS dan Onitsuka Tiger sudah berakhir dan BRS bersedia untuk memulakan perniagaan kasut sendiri. Kasut pertama yang dijual kepada orang ramai adalah kasut bola sepak digelar Nike, yang dikeluarkan pada musim panas 1971. Pada Februari 1972 BRS memperkenalkan design pertama kasut Nike dengan nama Nike berasal dari dewi kemenangan Yunani. Pada tahun 1978 BRS Inc itu sendiri secara rasmi menukar nama menjadi Nike Inc. Bermula dengan Ilie Năstase, atlet profesional pertama mengikat kontrak dengan BRS/Nike untuk penajaan kepada atlet sebagai target pemasaran bagi memperkembangkan perniagaan mereka. Mereka memiliki kasut terbaik pada masa itu dan mereka perlu mempromosikannya, jadi Nike mulai menaja atlet-atlet. Nike memutuskan untuk menaja John McEnroe seorang pemain tenis yang menghiburkan penonton ketika ia bermain kerana dia akan terus-menerus membuat bising walau di depan pengadil Pada 1979 Nike mempunyai kasut pelari paling popular di negara-negara barat. Sekarang Nike mulai menjual lebih dari pelbagai jenis kasut, menjual pakaian dan peralatan olahraga bagi kebanyakan olahraga. Terdapat satu masalah kepada Nike pada satu ketika, iaitu Reebok. Reebok dapat mengatasi penjualan kasut Nike, tapi Nike kembali bersaing dengan mencipta kasut khusus untuk setiap olahraga dan kegiatan sukan. Penajaan terbesar Nike adalah Michael Jordan, yang memeteri perjanjian di University of North Carolina. Inilah yang membuat Nike menang dari persaingan dengan Reebok. Meski Michael Jordan itu sudah terkenal, ia bukan pilihan pertama Phil Knight. Nike sedang berusaha untuk mendapatkan Larry Bird dan Magic Johnson, 2 dari atlet yang paling populer pada saat itu. Pada tahun 1980, Nike telah mencapai 50% pasaran di Amerika Syarikat. Kemajuan perniagaannya adalah kerana sebagian besar adalah daripada iklan 'word-of-foot' (mengutip sebuah iklan cetak Nike dari akhir 1970-an), daripada iklan telivision. Iklan television nasional pertama Nike berlangsung pada bulan Oktober 1982 untuk siaran New York Marathon. Iklan diciptakan oleh biro iklan Wieden Kennedy yang telah dirancang beberapa bulan sebelumnya iaitu bulan April 1982. Bersama-sama, Nike dan Wieden Kennedy telah menciptakan banyak iklan cetak dan television yang bertahan lama dan terus menjadi agen utama Nike saat ini. Dan Wieden lah yang menciptakan slogan terkenal "Just Do It" untuk kempen iklan Nike tahun 1988, yang dipilih oleh Advertising Age sebagai salah satu top 5 slogan iklan di abad 20, dan kempennya itu telah telah diabadikan dalam Smithsonian Institution. The Swoosh "Swoosh" adalah sebuah rekacipta yang diciptakan pada tahun 1971 oleh Carolyn Davidson, seorang mahasiswa design grafik di Portland State University. Dia bertemu Phil Knight ketika ia sedang mengajar kelas akaun dan ia mulai melakukan beberapa pekerjaan freelance untuk perniagaannya, Blue Ribbon Sports (BRS). Logo Nike "Swoosh" mewakili sayap pada patung Dewi kemenangan Yunani yang terkenal, Kasut pelari pertama yang mendapat logo Swoosh diperkenalkan di US Track and Field Olympic Trials di Eugene, Oregon, pada Jun 1972. Sampai hari ini Nike masih terus menggunakan logo ini. Antara produk keluaran NIKE terbaru 2014 lihat disini
|
ADVERTISEMENT