Gambar hiasan ALOR SETAR: Bimbang dengan keselamatan anak gadisnya yang hilang selepas menaiki sebuah teksi di Pantai Johor dekat sini 3 Jun lalu, seorang bapa merayu bantuan orang ramai mengesan remaja berusia 13 tahun itu. Samsun Majdi Awang, 51, dari Lorong Padi Emas, Pantai Johor dekat sini berkata anaknya Nur Qairunnisa tidak pulang ke rumah selepas menaiki sebuah teksi jenis Proton Saga pukul 4.30 petang pada hari kejadian. Kehilangan Nur Qairunnisa disedari selepas ibu Samsun Majdi, Saadah Ali, 74, memberitahu cucunya itu keluar ke rumah rakan dari pukul 4 petang tetapi masih belum pulang ke rumah. "Sebelum kejadian, dia memberitahu neneknya yang dia mahu ke rumah rakannya yang terletak di belakang rumah kira-kira pukul 4 petang. Semasa saya mencarinya pada pukul 7.30 malam, rakan saya memberitahu bahawa dia ternampak anak saya menaiki sebuah teksi pada pukul 4.30 petang. "Difahamkan dalam teksi berkenaan ada seorang lelaki lain selain pemandu teksi. Saya cari dia di rumah rakan-rakannya tetapi tidak berhasil dan pada pukul 9 malam saya membuat laporan polis mengenai kehilangan anak saya di Balai Polis Alor Setar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
|
SissySembah posted on 6-6-2014 12:31 AM
dah puas henjut kat belakang pandai2 lah dia balik beranak dalam jamban kat rumah pula.
kakikuDibibirmu posted on 5-6-2014 04:48 PM
ummah mulayu moslem sunni felda pprt caprut syumul syafie berjemaah ahlil sorga ferdowsi malu-malu ...
asamfish posted on 6-6-2014 01:15 AM
umur 13 mungkin fizikal nampak besar tapi masih belum berakal panjang
masa yg sgt kritikal dan meme ...
ADVERTISEMENT