CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Poster Dewa Hindu Ditukar Ke Jimi Hendrix ?

5-6-2014 10:31 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6114| Komen: 26



Sebuah organisasi Hindu di Pulau Pinang mahu pihak berkuasa mengambil langkah pencegahan bagi menghalang salah laku gambar dewa digunakan secara berleluasa di negeri itu.

Persatuan Hindu Pulau Pinang (PHA) menyelar penjualan dan pengedaran poster menunjukkan kepala lagenda muzik Jimi Hendrix yang disatukan dengan badan dewa Hindu iaitu Vishnu, Shiva dan Brahma.

Timbalan presidennya, P Murugiah berkata beliau dimaklumkan kepada kira-kira 10 poster dijual semasa jualan buku di Times Square Pulau Pinang Mac lalu dengan harga RM29.
Katanya, poster dari Amerika Syarikat (AS) itu diimport oleh Bookxcess Sdn Bhd, syarikat yang menganjurkan pesta buku di pusat membeli-belah berkenaan.

"Kami mengutuk penerbitan, pengedaran dan penjualan poster tersebut dan barangan yang dikeluarkan dengan tujuan yang sama.

"Kami menggesa Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Perdana Menteri dan pihak yang berkaitan mengambil tindakan terhadap pengimport, pengedar, dan mereka yang menerbitkan, mencetak dan memasarkan barangan tersebut yang memalukan agama secara langsung dan tidak langsung," katanya kepada media hari ini.


Murugiah turut meminta kerajaan mengenakan penalti kepada mereka yang bertanggungjawab dan merampas barangan yang berkaitan.
Katanya, imej yang sama pada poster pernah diterbitkan pada muka album Jimi Hendrix, kemeja T, dan barangan lain seperti kasut dan gitar pada 1997.

"Membeli dan memiliki poster, menyokong pengedaran atau pengimport hanya akan menggalakkan artis lain tampil dengan reka bentuk yang hampir sama. Ia akan menjadikan keadaan huru-hara," katanya.
Beliau berkata PHA menulis surat kepada menteri dalam negeri berhubung poster itu dan difahamkan rampasan dilakukan di gudang di Johor dan Lembah Klang.

Ketika dihubungi, jurucakap kementerian dari Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran berkata penguatkuasa pada bulan lalu merampas poster sama Jimi Hendrix semasa mengadakan pemeriksaan berkala oleh agen yang mengimport bahan bercetak ke dalam negara.

"Kementerian mengambil tindakan kepada semua penerbitan yang mempunyai unsur sensitif kepada masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.
"Jika ia di bawah bidang kuasa kami, kementerian pasti bertindak," katanya.

Jurucakap itu berkata agen yang ditangkap dengan material berkenaan akan diberikan amaran supaya tidak mengulangi kesalahan sama atau berdepan denda. 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 4-6-2014 09:22 PM
jimi hendrix... hahahahahahahahah
Quote TuntungReturn 4-6-2014 09:29 PM
singapore ade mat nor hendrix:lol..second gitaris rusty blade
Quote nobito 4-6-2014 09:32 PM
Hindraf senyap je?
Quote burque 4-6-2014 10:00 PM
Gila hahahahah
Quote tobby 4-6-2014 11:07 PM
hahaha  .... dah jadi rockers
Quote ~anya~ 4-6-2014 11:10 PM
The religious version of jimmy hendrix or the rock version of lord vishnu? Hhmmmm
Quote nalis 4-6-2014 11:11 PM
Tu la mslh kalu benda yg disembah ada rupa fizikal... Nasib la ko labu:lol
Quote nalis 4-6-2014 11:12 PM
~anya~ posted on 4-6-2014 11:10 PM
The religious version of jimmy hendrix or the rock version of lord vishnu? Hhmmmm

Both have arang color
Quote ~anya~ 4-6-2014 11:18 PM
nalis posted on 4-6-2014 11:12 PM
Both have arang color

Hahaha...itulah tandanya seni dan agama tidak mengenal warna kulit...
Quote PerKasa 5-6-2014 12:32 AM
sepatutnya letak lah Jimmy Hindraf bukan Hendrix

barulah  keling tak mengamok
Quote jengkoil 5-6-2014 12:37 AM
Nazi guna simbol swastika x nak bising skali ke?
Quote beta_carotene 5-6-2014 01:12 AM
banyaknya tangaann...
Quote kambeng_masam 5-6-2014 03:50 AM
patutnya depa berasa bangga...jimi telah dikurniakan nirwana....kelahiran semula...
Quote sueism 5-6-2014 03:51 AM
jimi hendrix dah  lama kiok
Quote mbhcsf 5-6-2014 07:05 AM


creativity beyond boundaries  adeh....isu lain pula ye yg timbul...

Quote neotoxin 5-6-2014 07:38 AM
beta_carotene posted on 5-6-2014 01:12 AM
banyaknya tangaann...

tgh bygkan jimi hendrix main gitar dengan kesemua tgn2 tersebut
Quote melia_star 5-6-2014 11:36 AM
hindu pun tau sentap gak ye tuhan dia diperkotak-katikkan....
Quote neotoxin 5-6-2014 12:25 PM
rise-rise-rise
Quote kucen_miang 5-6-2014 12:34 PM
rasa nak gelak.wakakakakaka...sowwy.

sib baik tak letak pala bob marley.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.049488 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top