CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Passport Diconteng Anak 4 Tahun

4-6-2014 10:08 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7399| Komen: 17

KUALA LUMPUR: Mungkin situasi ini nampak lucu kepada anda, namun ini yang terjadi kepada sebuah keluarga dari China yang berkunjung ke Korea Selatan.

Anak pasangan terbabit yang berusia empat tahun telah menunjuk bakat lukisannya di pasport bapanya yang menyebabkan ianya tidak sah digunakan dan tidak diterima oleh pihak berkuasa di Korea Selatan, lapor sebuah portal berita United Kingdom, Metro News.

Perkara ini menyebabkan bapanya yang dikenali sebagai Chen telah terkandas di Korea Selatan dan tidak dapat pulang ke China bersama keluarganya.




Pasport milik Chen yang diconteng anaknya - sumber Metro News

Chen telah memuatnaik gambar pasportnya yang diconteng di laman sosial terkenal di China, iaitu Weibo sambil merayu pertolongan.

Walau bagaimanapun, sebuah laman web Kotaku.com melaporkan dakwaan Neogaf.com bahawa contengan di pasport Chen itu adalah palsu dan ia seolah-seolah dilukis menggunakan perisian Microsoft  MS Paint.

Laporan itu turut mengatakan bahawa pasport negara China kebiasaannya mempunyai satu lapisan berkilat bertujuan memudahkan proses imbasan yang pastinya akan membuatkan apa-apa contengan dari anaknya itu akan menjadi comot.

Contengan itu juga mempunyai kadar ketebalan warna yang serata.

Namun begitu, tiada laporan susulan mengenai berita yang menjadi buah mulut di media sosial ini.


Anak panah menunjukan lukisan bunga yang seolah dilukis menggunakan tetikus - sumber dari kotaku.com

Sementara itu, wakil Imigresen dari Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia ketika dihubungi Astro AWANI berkata, jika anda mengalami pengalaman yang sama seperti Chen, usah cepat panik, hubungi kedutaan Malaysia di negara terbabit untuk mendapatkan surat akuan bagi membolehkan menyambung perjalanan.

Manakala pasport perlu diganti di mana-mana Pejabat Imigresen berdekatan setiba di negara ini.

Kes Kerosakan Pasport Malaysia

Pasport Malaysia diistilahkan rosak jika :

i.  Basah
ii.  Diconteng / terconteng
iii.  Dikoyak / Terkoyak
iv.  Dibakar / terbakar
v.  Dimakan anai-anai/serangga
vi. Gambar pudar / luntur
vii. Butiran dalam pasport dipinda

Permohonan gantian pasport yang rosak boleh dikemukakan di mana-mana Pejabat Imigresen yang berdekatan dengan mengemukakan
  • Dokumen-dokumen sokongan (asal beserta salinan) seperti Kad Pengenalan
  • Sijil Lahir
  • Dua keping gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang
Manakala, bagi pelancong luar negara yang mengalami kerosakan pasport ketika melancong di Malaysia, mereka perlu membuat laporan di kedutaan masing-masing agar satu surat akuan dapat dikeluarkan oleh kedutaan untuk diproses oleh pihak Imigresen Malaysia, beritahu wakil Imigresen.


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote oni313 3-6-2014 06:31 PM
A Chinese man is stuck in South Korea after his 4-year-old son doodled all over his passport, leaving him unable to fly home with his family.

The budding artist took to his father’s passport with a black felt tip pen, making his dad’s eyes and lips bigger and drawing extra facial hair all over his head.

The boy also drew some animals, a few additional people and some flowers.

The man — whose name is only given as Chen — tried to board his flight back to China from South Korea but was stopped by security.

His family is believed to have flown home but Chen is still stranded in South Korea, forcing him to take to Chinese social networking site Weibo to try and find a solution.

This dad “can’t return to the country,” a May 16 Weibo post reads. “What is [he] to do? Please help.”

So far no solutions have presented themselves. While the 4-year-old shows some talent for drawing, we suspect that this artwork is not going straight to the fridge door when his dad eventually gets back to China.
Quote Staratila 3-6-2014 06:45 PM
Sapa suruh sepah-sepahkan dokumen penting kat anak kecil.. bodoh betul parents budak ni
Quote tepisket.. 3-6-2014 06:47 PM
Alahai, bertuah la anak...
Quote BotakChinPeng 3-6-2014 06:54 PM
Pihak kedutaan takleh tolong ka
Quote yanasan21 4-6-2014 11:35 AM
alahai....malangnya nasib......
Quote batmana 4-6-2014 11:44 AM
sukar nak caya, sebab semo tulisan tu rata bagai..mana mungkin budak2 boleh pegang pen umpama robot..
Quote amyainsamad 4-6-2014 12:06 PM
kesian......
Quote mattzzx 4-6-2014 12:13 PM
Kreativiti kanak kanak tak boleh di sekat..............
Quote Cik_Andak 4-6-2014 12:13 PM
Betui ka ni????
Quote theotherfriend 4-6-2014 12:35 PM
http://kotaku.com/that-chinese-passport-story-sure-looks-like-a-hoax-1584676937
Quote anees~nuhara 5-6-2014 03:43 PM
alahaiii...comel je...tunjuk bakat kt passport daddy ye...
Quote Omong 5-6-2014 03:57 PM
kelakar giler
Quote ninja boy 5-6-2014 04:15 PM
takdenya kretiviti, nampak cam pu nai mau sondom ba bi. kecik2 dah melucah
Quote mbhcsf 5-6-2014 04:20 PM
dimakan anai anai

di zaman bila ni ?

aiyoo ...ada lagi ke passport dimakan anai anai?
Quote dani-rox 5-6-2014 06:30 PM
kreatifnya anak dia
tak tau pon yg ditunjuk dgn anak panah tuh 'bunga', yg ai tahu contengan kat bawah sekali tu persis 'babi'
Quote jojo67 5-6-2014 06:48 PM
kenapa akak rasa ni bukan contengan dr budak berumuq 4 taun....nampak kemas sangat
Quote ronin 5-6-2014 06:48 PM
mbhcsf posted on 5-6-2014 04:20 PM
dimakan anai anai

di zaman bila ni ?

Passport aku pernah kena makan anai2....masa tu sewa kondo kat selayang...kaw tu mmg green...sejuk dan berdekatan dgn Frim...aku letak kat atas cabinet dlm kotak perfum wife aku...anai2 tu tebuk lubang kat kotak dan makan dokumen2 dlm tu...

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.038472 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top