CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

10 Pemain Bola Sepak Terkaya Di Dunia 2014

3-6-2014 04:50 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14366| Komen: 24

Description: Pemain Berusia 33 Tahun Ini Meninggalkan Eropah Empat Tahun Lalu Tetapi Dia Kekal Sebagai Pemain Bola Sepak Yang Paling Dikenali Di Dunia. Beliau Yang Kini Beraksi Di Atletico Mineiro Masih Mempamerka ...


Senarai 10 pemain terkaya dunia termasuk dua bintang Liga Perdana Inggeris ini adalah merangkumi aset, gaji, tempoh kontrak, bonus dan pengesahan penajaan.  


1. Cristiano Ronaldo: RM660 juta (£122 juta)

Pemain Portugal yang dinobatkan pemain terbaik dunia pada 2013 ini hanya sedikit mengatasi pesaingnya Lionel Messi selepas berada di kedudukan teratas senarai pemain terkaya di dunia.

2. Lionel Messi: RM652 juta (£120.5 juta)

Bintang Barcelona yang juga pemenang Ballon d'Or 2013, Lionel Messi berada di kedudukan kedua di belakang Ronaldo, dengan Barca turut dikecewakan tiga kali berturut-turut selepas gagal mengatasi Real dalam merebut kejuaraan La Liga sebelum ini.

3. Samuel Eto'o: RM378 juta (£70 juta)

Pemain Cameroon, Samuel Eto'o, menerima pemotongan gaji sebanyak RM70 juta (£13 juta) selepas menyertai Chelsea dari Anzhi Makhachkala musim ini, dengan gajinya berubah dari RM1,900,000 (£350,000) kepada RM540,000 (£100,000). Ketika di Rusia beliau merupakan pemain bola sepak yang menerima gaji tertinggi di dunia.

4. Wayne Rooney: RM373 juta (£69 juta)

Penyerang Manchester United ini baru sahaja menandatangani kontrak terbesar dalam sejarah bola sepak British yang mana beliau akan menerima RM460 juta (£85 juta) dalam tempoh lima tahun akan datang. Dengan perjanjian baru ditambah dengan pelbagai perjanjian penajaan, ia membuatkan Rooney menjadi pemain bola sepak Inggeris yang menerima bayaran tertinggi.

5. Kaka: RM365 juta (£67.5 juta)

Pemain Brazil ini kecundang di Real Madrid, namun kembali bangkit ke prestasi terbaiknya di AC Milan. Beliau pastinya akan dikenang sebagai salah seorang pemain kegemaran kelab itu.

6. Neymar: RM356 juta (£66 juta)

Selepas membuat perpindahan besar ke Eropah pada musim lalu, Neymar meletakkan dirinya dalam senarai 10 pemain terkaya. Bintang Barcelona, Neymar, kini turut bersama skuad negaranya, Brazil, untuk bersaing dalam Piala Dunia yang dijadual berlangsung tidak lama lagi.

7. Ronaldinho: RM346 juta (£64 juta)

Pemain berusia 33 tahun ini meninggalkan Eropah empat tahun lalu tetapi dia kekal sebagai pemain bola sepak yang paling dikenali di dunia. Beliau yang kini beraksi di Atletico Mineiro masih mempamerkan kemampuan dan bakatnya.

8. Zlatan Ibrahimovic: RM308 juta (£57 juta)

Selepas siri perpindahan di kalangan kelab besar termasuk AC Milan, Inter, Barcelona, Juventus dan PSG, ia menyaksikan Zlatan mengumpul kekayaan yang besar. Pemain lincah Sweden ini adalah salah seorang pemain paling berkarisma dan juga mempunyai perjanjian penajaan besar dengan jenama sukan Nike.

9. Gianluigi Buffon: RM281 juta (£52 juta)

Kapten Itali dan Juventus ini adalah penjaga gol yang menerima bayaran paling tinggi dalam dunia bola sepak selepas menandatangani kontrak besar dengan Old Lady.

10. Thierry Henry: RM254 juta (£47 juta)

Thierry Henry adalah salah seorang daripada dua pemain yang beraksi di luar eropah tersenarai dalam 10 pemain terkaya dunia. Beliau menandatangani kontrak lumayan dengan New York Red Bulls pada 2010. Lagenda Arsenal ini kini berusia 36 tahun tetapi masih menjadi penjaring utama di kelab MSL itu.


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote khailya 21-5-2014 03:35 PM
fuhhhh makan tak abis kalau mcm ni..
mintak 1juta boleh??huhu
Quote CiliPadiSedap 21-5-2014 03:39 PM
Jantan Dayus Team:

1) mat Yo: 50 juta rupiah
Quote amiraira 21-5-2014 03:47 PM
Cristiano Ronaldo: RM660 juta (£122 juta)

bkn kayo je...hensem lak tu....
Quote fifie_olin 21-5-2014 03:50 PM
men bola jek kan....leh kayo cam ni skali...tp obersee la. kan....
mesia jgn hrp lee....kaya dgn skandal je yg hado
Quote anees~nuhara 21-5-2014 04:10 PM
Cristiano Ronaldo

Quote ultrakasino 21-5-2014 04:34 PM
How about pemain bola sepak tempatan?
Quote mattzzx 21-5-2014 04:38 PM
Orang belajar tinggi tinggi pun tak boleh macam tuu...........
Quote finding 21-5-2014 08:11 PM
bacary sagna mana......
Quote Zielathefatlady 21-5-2014 10:05 PM
berani ke local player bgtau gaji. kena tunggu tuntutan nafkah dr exwife dulu.. haha
Quote martiena 22-5-2014 12:36 PM
Zielathefatlady posted on 21-5-2014 10:05 PM
berani ke local player bgtau gaji. kena tunggu tuntutan nafkah dr exwife dulu.. haha

i loike ur statement beri much ......
Quote stillen 22-5-2014 03:28 PM
Mana rekod pemain J*T?
Quote cikatilia 22-5-2014 03:29 PM
waduh2 kaya gila
sapa yg jaga akaun neh

huntung laaa
Quote alesandra 23-5-2014 01:27 PM
list zaman bila neh
Quote ice98 23-5-2014 10:58 PM
fifie_olin posted on 21-5-2014 03:50 PM
men bola jek kan....leh kayo cam ni skali...tp obersee la. kan....
mesia jgn hrp lee....kaya dgn sk ...

Kalau bace sejarah idup dorg, tak seme yg senang. Asalnya dr kuarga yg susah miskin papa...mcm ibrahimovic, neymar, kembar yg main kat MU tu seme miskin. tp bila main sungguh2 dgn penuh passion. Sesuatu akan terhasil iaitu skil yg luar biasa. Stamina tinggi.
Player malaysia dimanjakan... ade bakat sikit je dh berlagak, eksyen nk pikat pompuan sana sini. Tengoklah sp yg dpt main kat luar semenya tak tahan. Stamina tak cukup. Kenapa player korea jepun leh main club besar2 mcm MU, Arsenal.... diorg bersungguh2.

Kan???
Quote nordiana87 24-5-2014 10:07 AM
lo..aku ingat matyo tertinggi di dunia...
Quote alinone78 24-5-2014 11:38 AM
Kalau minta 2 juta pun depa tak heran ni
Quote tengokjerrr 24-5-2014 05:02 PM
org kita baru kaya sket dah belagak urban dan hebat
Quote cepheid 24-5-2014 07:58 PM
Dulu aku pernah dokumentari pasal David Beckham. Punyalah kaya sampai spender pun pakai sekali lepas tu buang.
Quote alphawolf 25-5-2014 04:16 PM
Tak sekaya ahli sukan lain...kalau ikut Forbes 100 (dalam US$):

1. Tiger Woods (Golf) - $78.1 juta
2. Roger Federer (Tennis) - $71.5 juta
3. Kobe Bryant (bola keranjang) - $61.9 juta

Pemain bola/soccer start timbul #8...David Beckham dengan $47.2 juta. Bagi pemain yang masih aktif, ni list dia:

9. Cristiano Ronaldo (Real Madrid & Portugal) - $44 j
10. Lionel Messi (Barcelona & Argentina) - $41.3j
61. Wayne Rooney (Manchester United & England) - $21.1j
63. Sergio Aguero (Manchester City & Argentina) - $20.9j
64. Didier Drogba (Galatasaray & Ivory Coast) - $20.8j
67. Yaya Toure (Manchester City & Ivory Coast) - $20.7j
68. Neymar (Barcelona & Brazil) - $20.5j
72. Fernando Torres (Chelsea & Spain) - $20j
76. Zlatan Ibrahimovic (Paris-St.Germain & Sweden) - $19.7j
79. Kaka (Milan & Brazil) - $19.3j
85. Carlos Tevez (Juventus & Argentina) - $18.2j
93. Steven Gerrard (Liverpool & England) - $17.2j
100. Samuel Eto'o (Chelsea & Cameroon)- $16.4j


Last edited by alphawolf on 25-5-2014 04:30 PM

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-7-2024 11:35 AM GMT+8 , Processed in 0.076990 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top