CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sepanjang Ramadan Kita Perlukan 100,000 Metrik Tan Stok Ikan

2-6-2014 12:28 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4858| Komen: 17



KUALA TERENGGANU - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) meminta Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) menyediakan stok ikan untuk bulan puasa.
        
Ahli Jemaah Lembaga LKIM Datuk Din Adam berkata berdasarkan populasi Malaysia ketika ini, negara memerlukan 1.4 juta metrik tan ikan setahun.
        
"Untuk bulan puasa ini sahaja, kita perlu stok ikan sekurang-kurangnya 100,000 metrik tan ikan," katanya kepada pemberita selepas perasmian mesyuarat agung tahunan Persatuan Nelayan Negeri Terengganu (PENENTU) hari ini.
        
Turut hadir Ketua Pengarah LKIM Datuk Mohad Khazin Hamzah dan Pengarah LKIM negeri Mohd Zahid Mohd Nor.
        
Din, yang juga Pegerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Dungun, berkata arahan sama turut diberikan kepada persatuan nelayan negeri.
        
Beliau berkata LKIM kini mula menghentikan bekalan untuk eksport bagi memastikan stok ikan mencukupi bagi musim perayaan ini.
        
Din berkata LKIM mengambil tanggungjawab ini kerana sebelum ini masalah kekurangan bekalan ikan sering berlaku setiap kali tiba musim perayaan.
        
"Ini juga satu daripada usaha LKIM untuk memastikan harga ikan stabil," katanya. Beliau berkata LKIM percaya pihak swasta turut menyediakan stok ikan untuk musim perayaan.
        
Mohad Khazin pula meminta nelayan di negara ini menjadi mata dan telinga kerajaan dalam isu penyelewengan subsidi minyak. - Bernama

1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizahanan 29-5-2014 11:55 PM
Terutama ikan tongkol aka ikan kayu
Quote ultra78 29-5-2014 11:56 PM
Tak pelik. Bagi umat melayu, bulan ramadan adalah bulan untuk mencekik muntah kedarah. Amount makanan adalah berganda daripada bulan-bulan lain.
Quote kakikuDibibirmu 29-5-2014 11:57 PM
kalau harga ikan naik makanlah daging
Quote mizahanan 30-5-2014 12:02 AM
ultra78 posted on 29-5-2014 11:56 PM
Tak pelik. Bagi umat melayu, bulan ramadan adalah bulan untuk mencekik muntah kedarah. Amount makana ...


Quote razhar 30-5-2014 12:43 AM
musim utk mengemok badan kan suda hampir sampai....
Quote kumbang7 30-5-2014 12:46 AM
ultra78 posted on 29-5-2014 11:56 PM
Tak pelik. Bagi umat melayu, bulan ramadan adalah bulan untuk mencekik muntah kedarah. Amount makana ...

disitu jugalah akan berlaku begitu banyak pembaziran...
Quote ultra78 30-5-2014 12:47 AM
kumbang7 posted on 30-5-2014 12:46 AM
disitu jugalah akan berlaku begitu banyak pembaziran...

Tengoklah nanti berapa banyak makanan akan masuk dalam tong sampah
Quote clarizsa 30-5-2014 02:19 AM
bln puasa best mkn ikan bakar...
Quote chinta89 4-6-2014 03:32 PM
get ready serang Shahbandar carik ikan bakar bulan pose nt!
Quote ninja boy 4-6-2014 03:57 PM
makanan masuk tong sampah sebab param cepat basi
Quote obelisk 4-6-2014 04:10 PM
padahal patutnya dalam bulan Ramadhan kita berkurang makan berlebih ibadat...
Quote Artemesiaa 4-6-2014 04:18 PM
Elok le buat persediaan awal bulan posa ramai yang suka makan ikan bakar
Quote jazaa 4-6-2014 04:22 PM
ultra78 posted on 29-5-2014 11:56 PM
Tak pelik. Bagi umat melayu, bulan ramadan adalah bulan untuk mencekik muntah kedarah. Amount makana ...

betul- betul......
Quote wak_karman 4-6-2014 05:24 PM
byk yg terbuang je nnt...
Quote penyo 4-6-2014 05:25 PM
Adakah bebas dari DNA Babi?
Quote lizaliza 4-6-2014 05:28 PM
bulan puasa harga barang melambung tinggi,
nak tak nak, masa berbuka lauk terpaksa beli,
sahur bolehla masak sendiri
tapi seronok gak
time puasa macam macam makanan akan keluar
syok...tanpa disedari, gaji yang sepatutnya berbaki dihujung bulan
terus norminal value, hanya di tengah bulan
Quote Muntz 4-6-2014 05:47 PM
obelisk posted on 4-6-2014 04:10 PM
padahal patutnya dalam bulan Ramadhan kita berkurang makan berlebih ibadat...

Betul tu. Bagi aku spatutnya time puasa nie berat badan turun, makan kurang. Alhamdulillah aku tiap kali puasa mesti kurang berat badan.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.092257 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top