CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bakal Manusia Terkaya Di Duniya

2-6-2014 11:14 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11642| Komen: 88


ORANG RAMAI yang melalui susur masuk dan keluar dari kedua-dua arah Jambatan Pulau Pinang kini tertanya-tanya siapakah lelaki muda yang muncul dalam papan iklan gergasi yang mendakwa dia adalah 'Bakal Orang Terkaya Di Dunia'.

Lelaki yang muncul dalam papan iklan gergasi tersebut dipercayai seorang warganegara China dan bukannya rakyat tempatan.

Seorang pengguna harian Jambatan Pulau Pinang, B.C Ong ketika menghubungi mStar Online memberitahu, papan iklan itu menimbulkan persoalan dan tanda tanya kepada orang ramai kerana ia tidak mempromosikan jenis perniagaan atau produk yang ingin diperkenalkan tetapi hanya wajah lelaki berkenaan.

"Pada papan iklan gergasi itu hanya terdapat gambar seorang lelaki muda yang bernama Zhang Jian selain tertulis "Bakal orang terkaya di dunia.

"Di sudut atas dan bawah papan itu pula tertulis dua laman web iaitu WWW.YLSM.HK dan www.cdtup.com. Tiada sebarang produk atau nama syarikat yang diperkenalkan di situ," katanya lagi.

Tambah Ong, berikutan itu, timbul persoalan mengenai perniagaan apakah disebalik papan tanda tersebut.

Sementara itu, hasil siasatan mStar di laman web tersebut dan laman sosial Facebook, https://www.facebook.com/jutawanyslm mendapati, ia adalah sebuah kumpulan jutawan YslmLM.hk atau 'Group Jutawan Yslm.hk'.



Tiada produk yang diiklankan selain meminta orang ramai supaya menjana pendapatan dengan cara termudah tanpa perlu bekerja dan hanya 'bergoyang kaki' selepas mencari dua atau tiga rakan tajaan.

Untuk menyertainya, setiap peserta diberi pilihan untuk membeli pakej seperti VIP (RM300), VVIP (RM900), Emas (RM2,100) dan Intan RM4,500. Ia dijual secara lot.

Setiap peserta kemudian perlu mencari tajaan (downline) untuk membeli pakej itu sebagai usaha meningkatkan pendapatan kepada penaja (upline).

Setiap lot yang bermula dengan RM300 setahun didakwa mampu menjana pendapatan sehingga RM1,800 setahun manakala bagi lot bernilai RM4,800 setahun akan memberi pulangan berjumlah RM54,000 setahun.

Dari laman sosial tersebut, terdapat pautan yang membawa ke laman web http://www.jutawanyslm2u.com/.

Di laman web berkenaan menceritakan bahawa YSLM merupakan syarikat yang berpusat di China dan mengeluarkan lebih 3,000 produk yang tidak disenaraikan.

Syarikat itu milik seorang pemuda bernama Zhang Jian, berusia 26 tahun seperti yang terpapar pada papan iklan gergasi di laluan Jambatan Pulau Pinang serta menetap di China.

Turut disenaraikan ialah pejabat pertama YSLM di Setiawalk Puchong, Selangor yang telah dirasmikan pada 15 Januari yang lalu.

YSLM dikatakan berdaftar dibawah Akta Jualan Langsung di negara ini untuk melakukan perniagaan berkenaan.

Misi utama syarikat tersebut atau pemiliknya ialah menjadi individu terkaya di dunia dalam tempoh lima tahun.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AbukRokok 31-5-2014 07:44 PM
prfggghhtttt mlm lg.... mesia ni mmg lubuk mlm
Quote pakwetizzaqyah 31-5-2014 07:49 PM
AbukRokok posted on 31-5-2014 07:44 PM
prfggghhtttt mlm lg.... mesia ni mmg lubuk mlm

melayu lupa mudah... agak memeranjatkan...ikon cina mlm
Quote ninja9 31-5-2014 07:51 PM
hahaha.. lawak pun ada..
Quote munchkin 31-5-2014 08:07 PM
Hmmm. Harap takdelah org purcaya
Quote Innrukia 31-5-2014 08:09 PM
memula nmpk dulu mmg cam tertanya2....tp lama2 lali, ignore jer la
Quote dubuk 31-5-2014 08:15 PM
kipasss kipassss

wa manyak panas aaaaaahhh
Quote CiliPadiSedap 31-5-2014 08:17 PM
MLM dah berani di malaysia
Quote dino 31-5-2014 08:17 PM
AbukRokok posted on 31-5-2014 07:44 PM
prfggghhtttt mlm lg.... mesia ni mmg lubuk mlm

sbb ramai yg buduh..... mmg la laki ni bakal terkaya.... dpt pawww duit rakyat msia plak.....
Quote shanshero 31-5-2014 08:29 PM
Skim bilinaire abp pun mlm gak
Quote senahsanasini 31-5-2014 08:41 PM
Ya hampun iklan kau konfidennnnn...
Quote CiliPadiSedap 31-5-2014 08:43 PM
dino posted on 31-5-2014 08:17 PM
sbb ramai yg buduh..... mmg la laki ni bakal terkaya.... dpt pawww duit rakyat msia plak.....

akak ada kenalan.

dia duk perak.

dia join jual lamp berger dchl.

gathering dia orang kat jalan ampang.

akak basuh dia sampai putus contact.

sedih.

bukan pe, dia orang miskin, gaji rm 1200.

boleh dia guna duit parent dia, duit kawan , duit pinjam bos untuk modal rm 36 ribu.

sedihnya akak.

harap2 siapa yang celaka skim cepat kaya tu kat akhirat nanti boleh topup pahala orang lain yang kena tipu( itupun kalau orang islam, kalau bukan islam cmne nak topup pahala, wallahuallam)


Quote ultra78 31-5-2014 09:09 PM
BNM, SC, PDRM & LHDN, sila siasat

Quote ellZack 31-5-2014 09:12 PM
Just another mlm.. pffttttt...
Quote tupaiterbang 31-5-2014 09:19 PM
ultra78 posted on 31-5-2014 09:09 PM
BNM, SC, PDRM & LHDN, sila siasat

burpppsss..kenyang
Quote Czaziq 31-5-2014 09:25 PM
mcm ni pun bole ya. dtg negara org, suh rakyat negara tu cari duit utk dia.
Quote zainuddinmaidin 31-5-2014 09:27 PM
Kalau namanya bakal terkaya di dunia, nape still tak buat lasik mata dan masih pakai spek mata? Pakai coat pun takda pocket square.
Quote ikan_kaghing 31-5-2014 09:37 PM
Kalau tak menipu bukan Cina Dap lah namanya.

Aku syak LGE tersenyum sinis sahaja dari jendela Merz barunya yang dibeli dengan wang rakyat.
Quote kodokke 31-5-2014 09:37 PM
China sepit nie menhancurkan  kaum Melayu yg nak jln mudah jadi cepat kaya
Quote mongoose_kidz 31-5-2014 09:49 PM
confident giler...
tp x mustahil ade set2 nak kaya cepat ni akn join bnda bodoh ni

Lihat semua komen(88)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.057026 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top