CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

SUKMA: Kompleks Renang Kangar bermasalah lagi

29-5-2014 05:18 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5176| Komen: 35

KANGAR: Acara renang Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-17 diteruskan walaupun sebahagian besar bumbung kanvas Kompleks Renang (KSN) Kangar terkoyak selepas lebih kurang 10 minit hujan.

Setiausaha Kehormat Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM), Edwin Chong, berkata acara renang yang menawarkan 10 pingat emas itu bakal diadakan selepas bumbung kanvas dibuka.



"Kita akan teruskan acara renang, tidak ada masalah beraksi di kolam renang terbuka ataupun tertutup. Sukan SEA di Cheras dulu pun dijalankan di kolam renang terbuka.


"Kolam renang di sini boleh digunakan dan pertandingan boleh diteruskan selepas bumbung kanvas dibuka. Kita akan adakan pertandingan secara terbuka," katanya kepada pemberita sebaik sahaja kejadian itu berlaku.

Bumbung kanvas kompleks renang tersebut mula koyak semasa acara terjun berjalan di kolam terjun, berhadapan dengan kolam renang itu, selepas hujan selama 10 minit dan pemberitahuan kolam renang ditutup dipaparkan pada skrin kira-kira 2.20 petang.

Acara terjun terpaksa dihentikan sejurus sahaja kejadian berlaku namun ia bermula semula setengah jam selepas itu, sebaik sahaja hujan dan angin kuat berhenti.

Bumbung kanvas tersebut mengalami kerosakan selepas lebih kurang empat jam acara terjun berlangsung.
Edwin berkata, acara terjun tidak terganggu dengan masalah bumbung kanvas terkoyak dan ia akan diteruskan sehingga acara terakhir.

"Saya tidak boleh beri komen mengenai acara renang, saya bertanggungjawab untuk bahagian acara sahaja. Bagi fasiliti seperti kolam, ia tanggungjawab penganjur namun bagi saya kemudahan lain tiada masalah," katanya.

Sebelum ini, acara akuatik yang dijadualkan berlangsung pada Rabu ditunda ke hari ini selepas Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan, meminta aspek keselamtan kompleks tersebut diperiksa dengan betul.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Vellfire 29-5-2014 04:25 PM
terkoyak sebab hujan lebat ke?
Quote kazaraf 29-5-2014 04:29 PM
ni ye gambarnye
Quote AHMADVW 29-5-2014 04:31 PM
kangar pun dh jd darul runtuh
Quote MengkuduMasam 29-5-2014 04:31 PM
masak laa sapa vendor buat kanvas tuh...

arkitek pun masak jugak sbb gagal anticipate load yg betul
Quote pelicano 29-5-2014 04:33 PM
Lagi 3 hari nak sukma baru nak pasang, memang la a disaster waiting to happen.....
Quote atira 29-5-2014 04:36 PM
kazaraf posted on 29-5-2014 04:29 PM
ni ye gambarnye

cap ayam kah
Quote airfilterkotor 29-5-2014 04:40 PM
MengkuduMasam posted on 29-5-2014 04:31 PM
masak laa sapa vendor buat kanvas tuh...

arkitek pun masak jugak sbb gagal anticipate load yg bet ...

Tapi sebelum tu....

SEGALA persoalan mengenai Pusat Akuatik di Kompleks Sukan Negeri di Kangar, Perlis sama ada boleh digunakan atau tidak pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2014 akan terjawab hari ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim ketika beliau mengadakan tinjauan bersama-sama pihak media yang kini membuat liputan Sukma 2014 di Pusat Akuatik tersebut semalam.
"Apa yang boleh saya katakan, keputusan sama ada Pusat Akuatik ini boleh digunakan atau tidak akan diberitahu esok (hari ini). Saya akan sekali lagi melakukan tinjauan ke Pusat Akuatik esok (hari ini).
"Sampai sekarang (semalam)... (Pusat Akuatik) tidak boleh digunakan. Ada beberapa perkara yang perlu dilakukan terutama melibatkan lantai di bahagian platform (bagi acara terjun). Bagi saya, keselamatan atlet-atlet muda kita lebih penting.
"Jadi saya hadir ke sini mewakili Menteri (Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar) untuk meninjau persiapan pihak kontraktor di Pusat Akuatik. Saya juga lihat, papan anjal ada 'lari' sedikit tetapi itu masalah kecil dan boleh diperbetulkan," kata Shahidan.
Menurut Shahidan, beliau tetap mahu melihat acara akuatik Sukma 2014 dilangsungkan di Pusat Akuatik itu walaupun sudah ada 'cakap-cakap belakang' bahawa pihak penganjur tidak mampu menyiapkan venue berkenaan yang nilainya mencecah kira-kira RM300,000.
"Walaupun saya tidak berpuas hati dan masalah ini tidak patut berlaku tetapi saya yakin kontraktor masih mampu menyiapkan Pusat Akuatik ini.
"Saya juga tahu ada pihak yang mencadangkan (acara akuatik Sukma 2014) diadakan di Kedah tetapi biarlah kita cuba dahulu (menyiapkan Pusat Akuatik di Kangar). Apa-apa kita tunggu esok (hari ini)," tambah Shahidan yang juga bekas Presiden Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM).
Sementara itu, Setiausaha Kehormat ASUM, Edwin Chong memaklumkan tiga elemen utama yang kini menjadi perhatian pihaknya selepas beliau turut menemani Shahidan meninjau Pusat Akuatik tersebut hampir satu jam.
"Pertamanya mengenai pengaliran air di kolam renang. Kedua, lantai di platform dan ketiga membabitkan pencahayaan. Apa yang dapat saya lihat, pihak kontraktor tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan walaupun (ASUM) telah memberi penerangan sebelum ini.
"Mengenai pengaliran air, saya lihat ia tidak menepati piawaian dan situasi ini tidak boleh untuk diadakan pertandingan. Tentang lantai di platform pula, ia juga tidak mengikut standard dan keadaan ini boleh membahayakan para peserta kerana ia agak licin.
"Satu lagi perkara yang merisaukan saya adalah pencahayaan. Kebiasaannya, untuk menganjurkan sebarang pertandingan, tahap minimum pencahayaan lampu adalah 600 lux. Bagi Sukan Olimpik atau Kejohanan Dunia,, ia haruslah 1500 lux.
"Namun, saya agak risau tahap pencahayaan lampu di Pusat Akuatik ini tidak mencecah 600 lux. Jika acara terpaksa berlanjutan hingga ke malam, situasi ini pasti mengundang masalah," jelas Edwin.
Akuatik (terjun) Sukma 2014 dijadualkan bermula Rabu ini melibatkan dua acara - 3 meter (m) papan anjal lelaki dan 1m papan anjal wanita.
Renang turut dilangsungkan pada hari yang sama melibatkan lapan acara - 200m gaya bebas lelaki dan wanita; 100m kuak dada (lelaki dan wanita), 50m kuak lentang (lelaki dan wanita) dan 400m rampaian individu (lelaki dan wanita).


[youtube]UZDczVPhmmA[/youtube]



Quote axl_bach 29-5-2014 04:41 PM
mmg last minute giler kowt kompleks renang tu....adoyaiiiii
Quote kucingTomey 29-5-2014 04:42 PM
pa cita ni.... @NIXAR


...HARU SUNGGUH NOOOO
Quote NIXAR 29-5-2014 05:14 PM
kucingTomey posted on 29-5-2014 04:42 PM
pa cita ni.... @NIXAR

ni mesti kontraktor ganu darul runtuh buat ni. dh jd perlis indera koyak plak dah. tensen iols
Quote MissMamamia75 29-5-2014 05:29 PM
kontraktor Malaysia ni mmg fail & tak de kepakaran dlm membina bumbung/atap etc..
banyak benor dah kes runtuh/bocor...



Quote jofizo 29-5-2014 05:32 PM
kan hari tuh nk pindah kat kedah tp peghelih konpident kata boleh siap, esok nak start hari nnih baru pasang tiles....
Quote dino 29-5-2014 05:38 PM
jofizo posted on 29-5-2014 05:32 PM
kan hari tuh nk pindah kat kedah tp peghelih konpident kata boleh siap, esok nak start hari nnih bar ...

menda tak siap gigih nak guna gak
Quote munchkin 29-5-2014 05:43 PM
wowww...just wowww
Quote tebuanharimau 29-5-2014 05:47 PM
kontraktor sama kat Ganu tu kah?
Quote mak_wa95 29-5-2014 06:34 PM
dah berjangkit dah...dari ganu ke perlis
Quote alesandra 29-5-2014 06:48 PM
skrg ada sukma ke?sendunya .haram tau
Quote Al-Patih 30-5-2014 05:45 AM
kalu masoh bertanding renang ...tak kan nak pakai payung masoh ujang ....
Quote azrain98 30-5-2014 06:39 AM
kenapa buat last minute..?????

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.038446 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top