Rumah tangga Abby dan suami mungkin tidak dapat diselamatkan lagi. PETALING JAYA: Keretakan rumah tangga pelakon Abby Abadi nampaknya tidak dapat diselamatkan lagi apabila pelakon itu akan memfailkan perceraiannya pada Khamis (esok). mStar Online dimaklumkan, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, akan memfailkan perceraian terhadap Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini kira-kira pukul 9 pagi. Abby dan Muhammad Noor Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan. Mereka bernikah di Selatan Thailand. Terdahulu pada 17 Mei lalu Abby menulis status di laman Instagram miliknya meminta agar para peminat mendoakan keadaan rumah tangganya itu. Sebelum berkahwin dengan pemuda dari Kelantan itu, Abby pernah bernikah dengan pelakon Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga orang anak.
|
mzzenma posted on 18-5-2014 01:10 AM
Ala uollss..pic plissss
suterabiru123 posted on 18-5-2014 01:12 AM
Jenuh dah ni duk try uload..xmo p...sorry.. Mohon yg lain tolong...hihi
skymania posted on 18-5-2014 01:13 AM
apa ig die..aku tak follow la plak.. meh aku try sat..
mzzenma posted on 18-5-2014 01:14 AM
Dia meroyan lg kah
Dasar macit sgt arbaiyah ni
amiraira posted on 18-5-2014 01:15 AM
Sahih ke?
hakuu posted on 18-5-2014 01:13 AM
Wut happen?? Paan lari dari rumah ke?
aderaderker posted on 18-5-2014 01:17 AM
ig dia private la uollsss..
suterabiru123 posted on 18-5-2014 01:17 AM
Wallahualam... Tp mcm hint2 umah tangga sdg bermasalah
fiezameysekali posted on 18-5-2014 01:18 AM
Tgk cm ok je.huhu
skymania posted on 18-5-2014 01:19 AM
private la plak... try usha twitter.. gambo terbaru 5 hours ago..
ADVERTISEMENT