JOHOR BAHRU 27 Mei - Kementerian Pendidikan bercadang melatih semula sehingga 65,000 guru subjek Bahasa Inggeris (BI) pada masa akan datang dalam usaha mempertingkatkan kemahiran dan penguasaan bahasa antarabangsa itu dalam kalangan generasi muda. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tahun lalu 5,000 guru BI telah dilatih semula manakala tahun ini 20,000 orang akan dilatih dalam usaha melaksanakan hasrat tersebut. Menurutnya, usaha itu penting dalam meningkatkan mutu dan kualiti BI seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. "Selain itu, pihak kementerian turut memberi fokus kepada peningkatan penguasaan subjek Sains dan Matematik dalam kalangan pelajar," katanya yang berucap sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Sekolah Tun Fatimah (STF) 2014 di sini hari ini.
|
pakwetizzaqyah posted on 27-5-2014 06:03 PM
lagi lagi dan lagi... ini smua guru mau gaji dan cuti sebulan sekolah fefeeling dak2 skolah la ni..t ...
caprut posted on 27-5-2014 06:08 PM
ptotla rmai student xley ckp bi. guru yg ngajar bi pon trpksa dilatih lg. tp ckgu bi ni poyo gak. ...
Centurion posted on 27-5-2014 06:25 PM
Sesapa cikgu bi pompuan yg single bleh antar resume kat aku...
elnor_81 posted on 27-5-2014 06:17 PM
Nak wat guane...aku yg bkn opsyen terpaksa ajar bi gak..mau x ke laut bdk2 ni...aku skang blaja bali ...
Kittie posted on 27-5-2014 06:21 PM
Soalan jujur untuk yang tak berapa sangat BI ni, apa yang susah pasal BI untuk korang? Grammar? Voca ...
pakwetizzaqyah posted on 27-5-2014 07:34 PM
aku pelik...kerajaan ni kata perlukan guru BI..aku yang mmg yakin boleh mengajau BI ni mohon le... ...
ADVERTISEMENT