CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kilang Ke-2 Perodua Di Sendayan, N9

29-5-2014 10:11 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13342| Komen: 53


KUALA LUMPUR: PERODUA dan Daihatsu Motor Co of Japan akan melabur kira-kira RM600 juta untuk membina kilang pengeluaran enjin baharu di Sendayan, Negeri Sembilan.
  
Daihatsu dan PERODUA masing-masing akan menguasai 51 peratus dan 49 peratus kepentingan ekuiti dalam syarikat pengeluaran enjin baharu itu, yang akan mempunyai modal berbayar RM165 juta.         

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata pelaburan baru itu adalah sebahagian program transformasi PERODUA untuk menjadi sebuah syarikat yang berdaya saing di peringkat global, dalam aspek kualiti, kos dan penyampaian serta memperkemas eko-sistem pengeluaran enjin dan transmisi dalam industri automotif.         
      
      
Kilang pengeluaran enjin baharu itu yang dijangka mula dibina pada September ini, dibangunkan di tapak seluas 142,000 meter persegi akan menggajikan 150 pekerja baru dan mempunyai keupayaan pengeluaran sebanyak 140,000 unit setahun.  
  
Ini adalah pelaburan kedua Daihatsu di Sendayan, selepas pembinaan kilang pengeluaran gear automatik, Akashi Kikai Industry Malaysia Sdn Bhd, yang mula beroperasi pada Mac lalu.
  
PERODUA mempunyai 10 peratus kepentingan ekuiti dalam syarikat itu.
              


Bagus
3

Marah

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BotakChinPeng 29-5-2014 10:04 AM
WOW! Hebbbattt
Quote kecimpret 29-5-2014 11:50 AM
sendayan dgn salak tinggi jauh tak?..aku baru bedal sebijik umah kat salak tinggi
Quote budakbaik10 29-5-2014 11:56 AM
kecimpret posted on 29-5-2014 11:50 AM
sendayan dgn salak tinggi jauh tak?..aku baru bedal sebijik umah kat salak tinggi

sendayan ke salak tinggi dlm 40km something gitu laa....
Quote kecimpret 29-5-2014 11:57 AM
budakbaik10 posted on 29-5-2014 11:56 AM
sendayan ke salak tinggi dlm 40km something gitu laa....

uihhh jauh gila mabok
Quote budakbaik10 29-5-2014 11:59 AM
kecimpret posted on 29-5-2014 11:57 AM
uihhh jauh gila mabok

ehh x la jauh giler....zaman skrg ni normal la berulang alik keje jauh...huhuh..

aku ulang alik keje dr umah 130km sehari...
Quote kecimpret 29-5-2014 12:00 PM
budakbaik10 posted on 29-5-2014 11:59 AM
ehh x la jauh giler....zaman skrg ni normal la berulang alik keje jauh...huhuh..

aku ulang alik ...

130km?...tu mmg jauh gila mabok!
Quote BotakChinPeng 29-5-2014 12:37 PM
Enjin apa agaknya daihatsu nak keluarkan di  situ
Quote dellema 29-5-2014 12:41 PM
kecimpret posted on 29-5-2014 04:00 AM
130km?...tu mmg jauh gila mabok!

sndayn ke salak tinggi tak jauh le, dlm 30-40 minit jer..
Quote Bell 29-5-2014 12:46 PM
@peYno   .......
Quote the_killer 29-5-2014 12:47 PM
Untung la Urang Minangkabau....
Quote BotakChinPeng 29-5-2014 12:47 PM
Daihatsu rocks
Quote Kidzx 29-5-2014 06:16 PM
kilang untuk keluarkan enjin saja atau dengan kereta sekali?
Quote R.A.M.A_mirror 30-5-2014 01:13 AM
Kidzx posted on 29-5-2014 06:16 PM
kilang untuk keluarkan enjin saja atau dengan kereta sekali?

enjin saje...tq

Quote BotakChinPeng 30-5-2014 10:14 AM
Nak dapat pelaburan  kilang pemesinan blok  enjin  macam ini amatlah susah. Kilang pasang kereta  senang saja nak bina.

Tengok saja honda.
Dah buat kapasiti 100000 setahun di malaysia  tapi masih tak mau bina engine shop  .
Quote BeeHaa 30-5-2014 10:22 AM
budakbaik10 posted on 29-5-2014 11:56 AM
sendayan ke salak tinggi dlm 40km something gitu laa....

X sampai lah..
ada kwn2 husband duduk bandar sri sendayan ulang alik nilai 3 g keje..jln x jem aman damai bahagia 15 min je sampai.
Quote BotakChinPeng 30-5-2014 10:27 AM
Kidzx posted on 29-5-2014 06:16 PM
kilang untuk keluarkan enjin saja atau dengan kereta sekali?

mungkin bukan enjin saja



   Its business activities will be the manufacturing and sales of automotive engines, as well as development, design, manufacturing and sales of engine production equipment.     


http://www.thestar.com.my/Busine ... rodua-and-Daihatsu/
Quote budakbaik10 2-6-2014 09:46 AM
dellema posted on 29-5-2014 12:41 PM
sndayn ke salak tinggi tak jauh le, dlm 30-40 minit jer..

untuk pencerahan...yg saya maksudkn jauh 130km tu saya laa...bkan nya merujuk kpd org yg ulang alik sendayan ke salak tinggi...
Quote Nesta13 2-6-2014 10:02 AM
mcm menarik kalo beli rumah kat sendayan
Quote BotakChinPeng 2-6-2014 11:36 AM
Aku rasa ini kilang akan hasilkan enjin dalam lingkungan 1500cc untuk toyota sekali

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.413197 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top