CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mi Bandung ‘Perisa’ Lipas

29-5-2014 10:01 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12813| Komen: 110

Mi bandung ‘perisa’ lipas

KUALA LUMPUR -  Seorang konsultan kewangan terkejut apabila menemui anak lipas ketika menikmati mi bandung yang dipesannya di sebuah restoran terletak di Setiawangsa.

Lebih mengecewakan, hidangan tercemar itu menyebabkan dia mengalami masalah kulit.

Mohd Amin Jumberi, 42, berkata, dia memesan hidangan berkenaan di sebuah restoran ketika kunjungan pada jam 6.30 petang, Isnin lalu.

Bagaimanapun katanya, seleranya terbantut apabila menyedari satu objek hitam dalam mangkuk mi itu adalah anak lipas.

“Saya memanggil pekerja di situ dan dia sekadar meminta maaf atas apa yang telah berlaku.

“Dia mengambil nama dan nombor telefon saya dan berjanji pengurus restoran akan menghubungi saya. Namun sehingga kini saya tidak menerima sebarang panggilan dan permohonan maaf daripada pihak restoran berkenaan.

“Apa yang membimbangkan apabila kulit saya mengalami gatal-gatal pada sebelah malam, mungkin disebabkan makanan yang telah tercemar itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Kata Mohd Amin, itu merupakan kali kedua dia ke restoran berkenaan dan dia amat kesal dengan apa yang berlaku kerana pihak pengurusan tidak menitikberatkan hal kebersihan.

“Saya belum membuat sebarang tuntutan, namun saya sedang fikirkan untuk tuntut ganti rugi kerana bahan kotor yang saya makan mungkin boleh menjejaskan kesihatan saya,” katanya.

Ekoran kejadian itu, dia telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Setapak serta aduan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut.


2

Bagus
7

Marah
5

Terkejut
4

Sedih
8

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (30 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyqaldina 29-5-2014 09:33 AM
haiwan yang paling aku takut adalah lipas...
Quote sam_survivor 29-5-2014 09:35 AM
lipas kecik je kot.. haha
Quote fiezameysekali 29-5-2014 09:36 AM
teringat dulu beli mee goreng kat tepi2 jalan
mkan2 tgk lam mee ade lipass

terus buang mee tu
x g da beli kat makcik tu...

eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
Quote yayangmama 29-5-2014 09:37 AM
huhu...perencah tambahan...bole efek pada kulit ye?
Quote gaara_X 29-5-2014 09:40 AM
penyakit dari benda kotor cam nie perlbagai wei.....
Quote palmolive 29-5-2014 09:49 AM
kes sama cm kdai mkn kt area umah aku..oda k.t.bandung...terselit cantik kaler itam..pekerja kedai tu xmtk maaf pun...banned terus dh...kami panggil kedai lipas
Quote amiraira 29-5-2014 09:58 AM
missyqaldina posted on 29-5-2014 09:33 AM
haiwan yang paling aku takut adalah lipas...

tecit mcm tu pn takut dikkk
Quote amiraira 29-5-2014 09:59 AM
lipas pn nk rasa mi bandung
Quote sekel 29-5-2014 10:00 AM
mmg dasar ko tu berpenyakit kulit................ hak tuiiiii
Quote eniliana 29-5-2014 10:02 AM
cantik lengan dia...nampak kulit asal jenis mulus.... haha tak pepasal je..out of topic
Quote ninjago 29-5-2014 10:03 AM
euuuuuwwwwwwwwwwwwwww.. tu dlm bekas claypot eh. tu mmg tempat favorite lipas ok.
Quote tapibukanaku 29-5-2014 10:04 AM
jgn sampai pas ni ada mee bandung perisa tikus pulakk
Quote mak_wa95 29-5-2014 10:04 AM
sekarang ni,kena balik ke zaman dulu la..kena belajar masak,masak sendiri..kena belajar jahit..jahit baju sendiri...hahahaha dalam perancangan aku la tu..bila tah nak p belajar
Quote clarizsa 29-5-2014 10:06 AM
eeuuwww... pakcik ni melahap x rasa ke lipas dlm kuah tu? sbb i pnah terkena kuah roti canai ade telur lipas... mmg leh detect n terus muntah...

pastu rasanya kulit gatal2 tu xde kaitan kot...
Quote asermullen 29-5-2014 10:07 AM
laaa.. mee bandung 3 ringgit, takkan nak letak ketam pulak...
Quote Vellfire 29-5-2014 10:18 AM
asermullen posted on 29-5-2014 10:07 AM
laaa.. mee bandung 3 ringgit, takkan nak letak ketam pulak...

mee bandung biasa letak lipas ke?
Quote batmana 29-5-2014 10:23 AM
tu bru lipas, klu cm bear grylls, mkn bangkai skalipun ada abs, 6 pack skali


Quote kumbang7 29-5-2014 10:31 AM
clarizsa posted on 29-5-2014 10:06 AM
eeuuwww... pakcik ni melahap x rasa ke lipas dlm kuah tu? sbb i pnah terkena kuah roti canai ade tel ...

er..mcm mana ko boleh rasa? selalu termakan lipas ke
Quote encikWawad 29-5-2014 10:31 AM
mungkin yang pokcik ni nampak anak lipas sekor
tapi yang dah di telan telurnya or menda2 lain yang kotor
tu yang sakit kulit kot
tapi pengotornya kedai niiiiii
orang setiawangsa sila bagi tauu
kedai mana menghidang pakai claypot niii

Lihat semua komen(110)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.050366 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top