CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Pukul Isteri Dengan Kemaluan Palsu

28-5-2014 10:37 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 26972| Komen: 269

Gambar hiasan


KUALA TERENGGANU - Seorang buruh didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan memukul kepala dan badan isterinya menggunakan kemaluan palsu.

Mohd Zulkarnain Ismail, 44, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap isterinya, Che Alirawati Che Abdullah, 36, jam 7.15 petang pada 21 Mei lalu di kediaman di Jalan Surau Haji Daud.

Tertuduh yang beralamat di Kampung Batu 6, Chendering bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu dan meminta dibicarakan.

Majistret Rozianti Mohd Hanaphi menetapkan tarikh 16 Jun depan sebagai sebutan semula kes dan mengarahkan tertuduh dijamin sebanyak RM4,000 oleh seorang penjamin.

Dalam kejadian jam 7.15 petang itu, tertuduh didakwa memukul menggunakan kaki dan tangan dan menghantukkan kepalanya ke kepala pengadu serta memukul kepala dan badan pengadu menggunakan sebatang zakar palsu di hadapan anak-anak.

Kesan pukulan itu menyebabkan isterinya mengalami sakit pada badan dan bengkak di kepala.

Selepas kejadian, isterinya kemudiannya bertindak melarikan diri sebelum terserempak kereta peronda polis dan meminta bantuan anggota polis untuk membawanya ke balai polis berdekatan.

Berdasarkan fakta kes, kejadian itu berpunca daripada tindakan isterinya yang tidak boleh menerima gurauan tertuduh yang meletakkan zakar palsu di punggungnya ketika tidur.

Menurut isterinya, sebelum ini, suaminya yang juga seorang penagih dadah sering memukulnya jika berlaku pertengkaran.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Tertuduh ditahan jam 4.45 pagi pada 22 Mei lalu di kediamannya dan hasil ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.

Pendakwaan dikendalikan Inspektor L Rathna.

5

Bagus
9

Marah
6

Terkejut
8

Sedih
7

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (38 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 28-5-2014 10:22 AM
....apa kena la pelik sgt kes depa kat ganu ni:lol
Quote famri7 28-5-2014 10:23 AM
Advance sungguh ummah trengganu..dildo 10 inches dah jadi alat harian diorang dah.depan anak lagi..

Tapi cerita atas cam porn jah..
#toodramatictobetrue
Quote ultra78 28-5-2014 10:24 AM
Dalam kejadian jam 7.15 petang itu, tertuduh didakwa memukul menggunakan kaki dan tangan dan menghantukkan kepalanya ke kepala pengadu serta memukul kepala dan badan pengadu menggunakan sebatang zakar palsu di hadapan anak-anak.

Dah hilang akal?
Quote sueism 28-5-2014 10:24 AM
kemaluan palsu? adakah itu dildo?
Quote mikasa 28-5-2014 10:24 AM
Anak2 umur berapa la agaknya yer
Quote genchi 28-5-2014 10:26 AM
ganu kepelikang tanpa batasang
Quote Innrukia 28-5-2014 10:27 AM
Lawak hokay:lol
Quote jengkoil 28-5-2014 10:29 AM
Kemaluan pelesu adakah seakan tangan/kaki pelesu fungsinya?
Quote OmJualGas 28-5-2014 10:29 AM
ini babi penagih dadah pula....
Quote edee_91 28-5-2014 10:30 AM
Persoalannya, siapa yang guna kemaluan pelesu tersebut????
Quote saladin780 28-5-2014 10:30 AM
Berdasarkan fakta kes, kejadian itu berpunca daripada tindakan isterinya yang tidak boleh menerima gurauan tertuduh yang meletakkan zakar palsu di punggungnya ketika tidur.

Quote edee_91 28-5-2014 10:31 AM
Si isterinya kah, atau si suaminya kah?
Quote famri7 28-5-2014 10:32 AM
Buruh yang sangat kinky.
Quote the_killer 28-5-2014 10:32 AM
sex maniac
Quote xAthenax 28-5-2014 10:33 AM
gila baboon
mendildokan punggung bini yang tengah tidor
Quote Changa 28-5-2014 10:36 AM
saladin780 posted on 28-5-2014 10:30 AM
Berdasarkan fakta kes, kejadian itu berpunca daripada tindakan isterinya yang tidak boleh menerima g ...

ummah LGBTQ di dalam almari??
Quote chinta89 28-5-2014 10:36 AM
kalau anak tu kecik2 lagi..

ape la diorg pk? benda ape la bapak diorg pukul mak diorg?
Quote mak_wa95 28-5-2014 10:40 AM
gila mental....tua dah weh..bukan muda lagi..

kehidupan anak2 dengan keluarga begini..

44 tahun penagih dadah,apa nak diharapkan lagi..
Quote amiraira 28-5-2014 10:49 AM
kelakau la family ni...
pakai toys lagi......

Lihat semua komen(269)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.043121 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top