CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Teluk Intan: Saya Tak Kenal Tunku Aziz

26-5-2014 10:33 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9964| Komen: 50

 


TELUK INTAN 23 Mei - Calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud membuktikan beliau langsung tidak mengenali sejarah DAP berikutan  beliau tidak mengenali Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim yang telah membongkar segala tindak tanduk DAP selama ini.

Beliau berkata beliau tidak mengambil tahu hal Aziz memandangkan Aziz bukanlah di zaman beliau.

"Dia (Kit Siang) adalah orang yang terbaik untuk menjawab soalan tersebut kerana ia berlaku bukan pada zaman saya. Walaupun kamu (wartawan) bertanya kepada saya kerana ia bukan berlaku pada zaman saya, namun saya masih memberikan mikrofon kepada pihak (lain)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada pemberita berhubung Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang dilihat merampas mikrofon ketika pemberita mengajukan soalan berkaitan Aziz baru-baru ini.

Pada 20 Mei lalu, seorang wartawan Astro Awani bertanyakan soalan kepada Dyana Sofya mengenai beberapa pemimpin Melayu DAP termasuk Tunku Abdul Aziz Ibrahim yang bertindak keluar parti sebelum ini.

Lim Kit Siang yang menyedari bahawa Dyana tidak akan mampu menjawab soalan tersebut terus bertindak mengambil mikrofon dari calon DAP itu untuk menjawab bagi mempertahankannya.

Tunku Aziz sebelum ini pernah mendedahkan bagaimana  DAP menggunakan orang  melayu sebagai senjata strategik, untuk melemahkan kuasa dan secara sistematik, sebagai minoriti menguasai majoriti Melayu-Islam atas bumi yang asalnya milik dan ibu pertiwi orang Melayu.

Tunku Aziz juga pernah ditawarkan sebanyak RM50 ribu bagi mengunci mulut supaya tidak mendedahkan dalaman parti DAP apabila beliau bertindak keluar daripada DAP.





5

Bagus
14

Marah
8

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (41 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tupaiterbang 24-5-2014 12:22 PM
Quote Anak_Nogori 24-5-2014 12:26 PM
kehkehkehkehkehkeh..bila seorang calun seorang lawyer seorang yg dicop bijak pandai oleh macai2nya tak tahu apa yg berlaku didalam partinya sendiri...kahkahkahkah.

Dei Dyana...budak2 pun tahu apa kisah tu..malah mereka tahu kisah pergolakkan didalam UMNO...mereka lahir pun bukan zaman tu gak lah dei..
Quote tupaiterbang 24-5-2014 12:28 PM
The Making of Princess Dyana


Behind the scene,before special efek


Last edited by tupaiterbang on 24-5-2014 01:05 PM

Quote dauswq 24-5-2014 12:33 PM
ade jek 2 melayu DAP jd wkl parlimen& dun sejak menang general election lepas
dan juga melayu DAP yg diberi peluang bertanding kt johor utk parlimen, tp kalah akhirnya..

bila nak kata melayu mcm tunku aziz kuar DAP, terus kata semua melayu dlm DAP dikhianati..
boleh faham dh mainan politik yg dimainkan
Quote DTECCONAN 24-5-2014 12:35 PM
bak kata diaorg, dia baru insaf

tgk jer la lama mana dia boleh kipas DAP
Quote badaksumbu 24-5-2014 12:47 PM
dia masuk dap 2011/awal 2012 kan, tunku aziz keluar dap 2012, mcm mn blh jd bkn zaman dia, kalau ye pun bkn zaman dia, dia x pandai membaca ke,

video xde ke?
Quote mak_wa95 24-5-2014 12:52 PM
korek jangan tak korek..
bongkar jangan xbongkar..
Quote mak_wa95 24-5-2014 12:53 PM
last2 sendiri kantoi
Quote Anak_Nogori 24-5-2014 12:53 PM
badaksumbu posted on 24-5-2014 12:47 PM
dia masuk dap 2011/awal 2012 kan, tunku aziz keluar dap 2012, mcm mn blh jd bkn zaman dia, kalau ye  ...

alah...macam Anwarlah....saya tak kenal siapa dia Dtk Eskay..bila disebarkan gambar dia bergelak ketawa dgn Dtk Eskay...jadi bisulah dia.

Org politik macam tulah...tipu nak cari makan...halal haram apa kira..
Quote Anak_Nogori 24-5-2014 12:55 PM
Org politik.

1. Saya tak mahu ulas.

2. Saya tak kenal.

3. Saya tak tahu.

Bila dah terjerat dgn soalan.
Quote Anak_Nogori 24-5-2014 12:56 PM
Dyana Sofya akui perlu bantuan jawab soalan

TELUK INTAN 23 Mei - Calon DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud hari ini mengakui beliau tidak mengetahui tentang kebanyakan isu dan memerlukan bantuan daripada pemimpin lain daripada parti itu untuk menjawab setiap persoalan yang dibangkitkan kepadanya.

Bagaimanapun katanya, perkara itu adalah normal dan menjadi kebiasaan baginya untuk menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada mereka yang lebih arif terutama Penasihat Parti itu, Lim Kit Siang yang selalu menemaninya.

Peguam itu memberitahu, tindakan itu juga dibuat kerana isu yang dibangkitkan berlaku bukan pada ‘masanya’.

"Pada saya perkara itu tidak menjadi isu. Memang sudah biasakan, dalam mana-mana sidang akhbar ada orang di sebelah untuk membantu.

"Tetapi kalau awak lihat artikel yang dikeluarkan awal-awal dulu, semua datang daripada saya," katanya ketika diasak secara bertubi-tubi oleh media dalam sidang akhbar di Pusat Operasi Pilihan Raya Kecil DAP Teluk Intan di Bandar Baru di sini hari ini.

Selain Kit Siang, yang turut hadir, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari.

Sebelum itu beberapa pemberita bangun dan meminta calon DAP itu sendiri menjawab beberapa isu termasuk mengenai dakwaan menjadi boneka DAP selain tindakannya yang selalu enggan menjawab soalan pemberita.

Bagaimanapun Dyana Sofya seperti kebiasaan dilihat cuba mengelak daripada menjawab soalan tersebut dengan meminta soalan diulang beberapa kali selain meminta pemberita terlibat menghuraikan maksud soalannya.

Beberapa soalan lain termasuk mengenai tindakan penyokong DAP mengganggu ceramah Gerakan pagi tadi di Pasar Pekan Baru juga hanya dijawab Dyana Sofya dengan kenyataan, "Saya akan lihat dulu perkara itu dan saya akan bagi kenyataan kemudian," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... oalan#ixzz32bcxQaoy
© Utusan Melayu (M) Bhd
Quote mak_wa95 24-5-2014 12:56 PM
orang atas xde apa2...cai yang sakit hati..

orang atas profesional...boleh minum bergelak ketawa...silap2 berbisan pula....
cai cai berpeluh dok pertahan orang atas...

orang atas dapat lembu se kondo..
cai dapat dengar suara bohhhh je...
Quote badaksumbu 24-5-2014 12:58 PM
Anak_Nogori posted on 24-5-2014 12:53 PM
alah...macam Anwarlah....saya tak kenal siapa dia Dtk Eskay..bila disebarkan gambar dia bergelak k ...

rasanya dia mmg x tau, ms wartawan tanya pun dia blur, mmg betul ke dia ckp dia x kenal tunku aziz? n bila ms pulak dia yg bg mikrofon, bkn lks ke yg ambik mic tu?

Quote nikaido 24-5-2014 01:02 PM
kalau najib, bukan sj x akan jwb soalan, org nak bertanya pun xboleh.
Quote totokreturn 24-5-2014 01:06 PM
Demi jilat calon cina, melayu umno yg kunun pejuang melayu, pertahan melayu, pembela melayu katanya berperah otak setiap haripikir cara nak jatuhkan calon melayu islam sampai org cakap tak kenal pun nak meratib....

Hidop melayu kunun, pejuang melqyu kunun.... iyyuckkss... jijik aku dengar
Quote Anak_Nogori 24-5-2014 01:06 PM
badaksumbu posted on 24-5-2014 12:58 PM
rasanya dia mmg x tau, ms wartawan tanya pun dia blur, mmg betul ke dia ckp dia x kenal tunku aziz ...

Mustahil dia tak tahu...Tunku Aziz salah seorang nama besar didalam DAP berbangsa melayu berjawatan Naib...mana mungkin seorang calun bakal MP sendiri tak tahu pergolakan didalam partinya sendiri.

Kalau Tunku Aziz tu hanya ahli biasa DAP cawangan ceruk tok kun..dia tak kenal...logiklah...malah isu Tunku Aziz keluar DAP mendapat liputan meluas didada2 Akhbar, TV dan media sosial.

Dia sebenarnya tergamam dan tak sangka disoal berkaitan dgn Tziz tu...pasal tu dia blur..dia tak sangka betul soalan tu akan keluar.

tu belum lagi wartawan tanya ada kah dia jenis tak kenang budi dan tak sedar diri?......mahunya lagi dia buat2 blur.
Quote razhar 24-5-2014 01:07 PM
Anak_Nogori posted on 24-5-2014 12:55 PM
Org politik.

1. Saya tak mahu ulas.

tambah satu lagi lembooooo tua celaka...

5. rembat hak rumah PPRT....
Quote tupaiterbang 24-5-2014 01:08 PM
[youtube]lghjm9-NuE8[/youtube]
Quote Loloq89 24-5-2014 02:18 PM
die ni cakap pon gagap2 pastu xreti jawab..

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.055608 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top