CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Jual Bayi Untuk Langsai Hutang Along

23-5-2014 11:21 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3913| Komen: 37

Ketua operasi dan perunding kewangan PKPKL Nazri Mohd Daud menunjukkan gambar bayi yang akan dijual oleh sebuah keluarga bagi mendapatkan duit untuk membayar hutang "ah long" 



KUANTAN: Hampir separuh kakitangan dari sebuah agensi kerajaan di sini dilaporkan berhutang dengan Ah Long menyebabkan ramai di kalangan mereka dihimpit kesusahan lebih-lebih lagi kad pengeluaran wang automatik (ATM) turut dipegang oleh ceti haram.

Perkara mengejutkan itu didedahkan oleh Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur, Samsudin Mohamad Fauzi yang datang ke sini hari ini dalam usaha untuk membantu sebilangan kecil mereka yang terlibat.

Beliau mendakwa, hasil maklumat awal yang diperoleh oleh pihaknya mendapati hampir separuh daripada 3,000 kakitangan agensi kerajaan terbabit terlibat dengan masalah hutang.

"Kita telah datang ke Kuantan setelah menerima maklumat daripada kakitangan agensi kerajaan terbabit yang meminta pertolongan untuk mengatasi masalah itu dan dalam masa yang sama pihak majikan turut menghubungi kita berhubung soal yang itu," katanya di sini hari ini.

Tanpa mendedahkan butiran jabatan kerajaan yang terlibat, Samsudin berkata Ah Long terbabit juga bertindak berani dengan datang ke jabatan berkenaan bagi mengutip hutang.

Menurutnya, perkara itu juga telah dibawa ke pengetahuan pihak berkuasa bagi membolehkan pihak yang berkenaan mengambil tindakan segera terhadap peminjam wang haram itu.

Beliau juga mendakwa kegiatan peminjaman wang oleh Ah Long di Kuantan semakin serius dengan kebanyakan peminjam wang yang terlibat berselindung di atas nama syarikat peminjam wang berlesen.

"Siasatan kami mendapati Ah Long ini mempunyai lesen untuk menjalankan kegiatan meminjamkan wang ini di Johor Baharu dan Kuala Lumpur, namun mereka turut menjalankan kegiatan yang sama di sini dan ia melanggar syarat-syarat lesen yang telah ditetapkan," katanya.

Dalam masa yang sama, beliau mendakwa sepasang suami isteri di Banting, Selangor mahu menjual bayi mereka yang baru dilahirkan gara-gara terdesak hendak membayar hutang Ah Long.

"Maklumat berhubung kes tersebut baru kita perolehi hari ini, dan difahamkan pasangan itu kini sedang mencari pembeli untuk menjual bayi mereka. Kita akan ke rumah mereka dalam tempoh terdekat untuk membantu menyelamatkan bayi berkenaan," katanya.

Sehubungan itu juga beliau menggesa pihak berkuasa memandang serius perkara ini terutama Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Beliau meminta kementerian itu supaya mengambil tindakan drastik dengan menyerahkan kuasa di bawah Seksyen 29 B Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 kepada pihak polis kerana kementerian itu tidak mempunyai kakitangan yang mencukupi untuk menguatkuasakan akta itu di seluruh negara.

Di bawah seksyen itu mana-mana pemberi pinjam wang berlesen secara sendiri atau melantik orang ketiga mengekori mangsa mengugut atau menganggu boleh dikenakan denda tidak lebih RM100,00 atau hukuman penjara dan sebatan bagi kesalahan berulang.            


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dino 23-5-2014 09:30 AM
bengong nak berhutang ngan along apa hal....
ko berhutang rm1k leh jd 50k la bodoh..... ishhh bebal sungguh....
Quote NIXAR 23-5-2014 09:34 AM
kalau betul mcm apa dilaporkan, lebih separuh dr 3000 maknanya 1000 lebih jugak yg ada masalah ni.
Quote annehuda 23-5-2014 09:36 AM
tulah bile org kata pekerja sektor awam ni tak berkualiti marah plak dah tu gi bebal sgt berhutang along apesal? sbb takde duit nk beli tudung paritdah n nk join hai o jual korset ke?
Quote callance 23-5-2014 09:38 AM
diri sndiri yg cari masalah ngan ah long, x perlu dibantu..
Quote katokcun 23-5-2014 09:40 AM
sanggupnye jual anak sendiri...penat ngandung...pastu jual...
Quote airfilterkotor 23-5-2014 09:43 AM
Kakitangan gomen laa paling senang nak buat loan dengan along besar.
Pun ada jugak yg pinjam dengan along kecik. Tak paham.
Quote AbukRokok 23-5-2014 10:03 AM
naikkan la gaji gomen seperti saranan 30% tu utk seluruh gomen utk membantu masalah di kuantan ini
Quote kikuri 23-5-2014 10:04 AM
ehubungan itu juga beliau menggesa pihak berkuasa memandang serius perkara ini terutama Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.


MPK ke
Quote BotakChinPeng 23-5-2014 10:05 AM
Bideo peminjam ada ?  Takde video tak caya
Quote no_el 23-5-2014 10:18 AM
org atas busy la ni
ahad ni nk jd pres FAM..
tak dan nk negok masalah negeri...
Quote MengkuduMasam 23-5-2014 10:21 AM
knapa diberi lesen "peminjam wang berlesen" nih?

Quote BotakChinPeng 23-5-2014 10:27 AM
PTPKL ? Hahahaha. Muka penipu sekor sekor.


Kalo tanya bahalol ini semua mereka akan kata hampir separuh tempat kerja bapak tiri anak saudara masing masing berhutang dengan along.  Peminjam wang berlesen pun semua hanya along.
Sebab nak dapat publisiti murahan & lebih duit untuk pertubuhan mereka  dari pihak kerajaan Last edited by BotakChinPeng on 23-5-2014 11:24 AM

Quote Badut.Sarkas 23-5-2014 10:27 AM
kakitangan kerajaan konpem majoriti melayu beragama islam.. nape gi pinjam kat along dan terlibat dengan riba? tak haram ke?

pong pang pong pang halal haram.. belakang tengok babi je yang haram.. lain sume jalan.
Quote makton 23-5-2014 10:28 AM
hmpir sparuh?

kaya la along2 kat kuantan....
Quote dino 23-5-2014 10:28 AM
airfilterkotor posted on 23-5-2014 09:43 AM
Kakitangan gomen laa paling senang nak buat loan dengan along besar.
Pun ada jugak yg pinjam denga ...

mmg sah2 depa dah buat loan sblm tuh.... asyik mengelat byr.... takleh nak wat loan dah cari along....
ade staff gomen ni balance tinggal rm50.... die wat loan tipu payslip... tp dpt trace.... mmg stok khinzir tak sedar diri...
Quote atira 23-5-2014 10:30 AM
gila la.. ni bukan stock khinzir lagi dah...
khinzir pon tak mcm depa
Quote isseliparjepun 23-5-2014 10:34 AM
dino posted on 23-5-2014 10:28 AM
mmg sah2 depa dah buat loan sblm tuh.... asyik mengelat byr.... takleh nak wat loan dah cari along ...

Balance rm10 pun ade weyh...nak caya tak nak caya je. Tapi percayalah. Bahana meminjam. Udah aku katakan..sesetengah penjawat awam ni lebih rela bergaya asal hidup papa kedana. Lelaki tang keter..baju..kasut...memang A, tepon..i phone memang latest. Pompuan lak tang tudungnya. Bertingkat2 rege ratus ratus...anak minum susu takat lactogen, dugro camtu. Pffttt.
Quote amyainsamad 23-5-2014 10:37 AM
adoii..
Quote dino 23-5-2014 10:38 AM
isseliparjepun posted on 23-5-2014 10:34 AM
Balance rm10 pun ade weyh...nak caya tak nak caya je. Tapi percayalah. Bahana meminjam. Udah aku k ...

tu la mslhnya.... spesis ni merungut psl brg naik mmg kena hempuk....
asal naik gaji je... tukar kereta.... hutang lg... sampai lebam....

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.042317 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top