TOKYO 22 Mei - Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan harapan agar kerajaan dapat menyediakan satu langkah bagi membolehkan Proton dilindungi daripada persaingan kereta-kereta import yang kini membanjiri pasaran negara. Bekas Perdana Menteri berkata, Proton memerlukan perlindungan itu kerana ia dianggap masih baharu dalam industri automatif global. "Keluaran kami masih kecil, sukar untuk kami (Proton), operasi kami belum dalam keadaan skala ekonomi yang baik, jadi pada masa ini sukar bersaing dengan syarikat automotif yang lebih besar kerana mereka mempunyai skala ekonomi," katanya pada sesi dialog dengan panel antarabangsa pada Persidangan Antarabangsa Nikkei ke-20 mengenai Masa Depan Asia di sini hari ini. Berkuat kuasa 16 Mei baru-baru ini, Dr. Mahathir dilantik sebagai Pengerusi baharu Proton Holdings Bhd. (Proton) menggantikan Tan Sri Mohd. Khamil Jamil. Beliau yang merupakan Penasihat Proton sejak 2003 juga dilantik sebagai Pengerusi Group Lotus plc. Menurut Dr. Mahathir, Proton diwujudkan sebagai sebuah syarikat automotif nasional dan pernah menguasai 80 peratus pasaran kereta dalam negara. Bagaimanapun, pada ketika ini ia telah merosot kepada 23 peratus sahaja ekoran dasar liberal pengimportan kereta oleh kerajaan. "Kita cuba bersaing sebaik mungkin, cara terbaik ialah mengembangkan pasarannya ke peringkat antarabangsa," katanya. Dr. Mahathir menambah, Proton tidak mahu menjadi seperti Thailand yang hanya memasang dan mengeksport kereta sahaja tetapi Proton mahu berusaha lebih daripada itu. "Kita mahu belajar dari A hingga Z, jadi kita tidak mahu mengeksport seperti cara Thailand," katanya.
|
9
Bagus |
5
Marah |
8
Terkejut |
20
Sedih |
14
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Dr. Mahathir menambah, Proton tidak mahu menjadi seperti Thailand yang hanya memasang dan mengeksport kereta sahaja tetapi Proton mahu berusaha lebih daripada itu.
"Kita mahu belajar dari A hingga Z, jadi kita tidak mahu mengeksport seperti cara Thailand," katanya. - UTUSAN
"Keluaran kami masih kecil, sukar untuk kami (Proton), operasi kami belum dalam keadaan skala ekonomi yang baik, jadi pada masa ini sukar bersaing dengan syarikat automotif yang lebih besar kerana mereka mempunyai skala ekonomi," katanya pada sesi dialog dengan panel antarabangsa pada Persidangan Antarabangsa Nikkei ke-20 mengenai Masa Depan Asia di sini hari ini.
airfilterkotor posted on 23-5-2014 09:39 AM
Syukurlah kat Johor jer ada 26 pusat pameran. Kuasa beli jawa tinggi. Proton dah bau semua tu dah. ...
airfilterkotor posted on 23-5-2014 09:39 AM
Syukurlah kat Johor jer ada 26 pusat pameran. Kuasa beli jawa tinggi. Proton dah bau semua tu dah. ...
airfilterkotor posted on 23-5-2014 09:45 AM
Menggeletar jari kawan tu nak reply bila baca posting ko neh.
CiliPadiSedap posted on 23-5-2014 09:42 AM
kereta global preve projek lembu putih.
tgklah brape sales global.
ADVERTISEMENT