CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Sistem Dajjal Tenaga Ritual Vol 3

23-5-2014 10:48 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6753| Komen: 6


Definisi - Tenaga Ritual:

“Daya yang terhasil kesan daripada perbuatan-perbuatan sengaja atau tidak sengaja yang bersifat ritualistik yang dilakukan secara langsung atau tidak langsung .” – Ensiklopedia Konspirasi Sepanjang Zaman.

Dalam kotak pemahaman umum, ritual dikaitkan dengan perbuatan yang dibuat bagi tujuan keagamaan secara tertib mengikut urutan-urutan tertentu bagi membolehkan ia disempurnakan.

Namun dalam keadaan tertentu juga, sesuatu perbuatan itu (kebanyakannya ialah perbuatan yang bukan amalan dalam Islam) boleh dianggap sebagai ritual walaupun dilakukan tanpa niat.

Menurut Collin Low dalam teorinya bertajuk Ritual Theory and Technique, setiap perbuatan boleh menjadi elemen penggalak dalam sesuatu ritual (biasanya sihir) kerana ritual itu adalah prosedur agama yang dicipta dengan ilham yang diberikan oleh sesuatu yang bukan manusia. Low menjelaskan, ritual bersifat jahat pula lazimnya dibuat berdasarkan budaya atau perbuatan-perbuatan jahat yang disukai manusia. Ia bagi membolehkan ritual itu dapat dijalankan setiap masa tanpa manusia sedar.

“A difficulty in trying to understand traditional ritual is that, it is framed within the world view of a time and culture. An example of this was the belief throughout medieval times that magic operated through the agency of an evil power..” –Collin Low

Dalam penjelasan mudah, ritual bersifat jahat itu dibuat mengikut kesesuaian berdasarkan budaya yang disukai manusia. Ia dibuat sedemikian bertujuan untuk menggerakkan ritual itu sepanjang masa supaya ia mampu menjadi ‘daya sokongan’ kepada pengamal sihir penyembah syaitan ‘Dajjalism’ dalam ritual sebenar.

Global Satanic Ritual: Daya ritual kesyaitanan

Kita ambil satu ritual dalam amalan Satanism yang dipetik dari sumber pengikut Anton LaVey (pengasas agama syaitan moden) di New York iaitu ‘Ritual for Moloch’. Moloch ialah Tuhan Lembu Mataharidalam agama Satanism. (tahu kisah Samiri menyesatkan kaum Yahudi dengan patung lembu? mungkin inilah patung lembu itu yang masih disembah manusia sesat sehingga hari ini). Dalam ritual itu, pengamal sihir Satanism atau Dajjalism perlu meletakkan simbol pentagram di setiap titik utama di tempat upacara ritual mereka. Dikatakan, syaitan akan berada di tengah pentagram (pentagon) itu sepanjang ritual berlangsung. (Dalam upacara ritual Bohemian Grove, Moloch dirujuk sebagai patung burung hantu)

(syaitan dijadikan daripada api dan api pula hanya akan menyala jika ada objek untuk ia ‘menumpang’ seperti kayu atau sebagainya. Maka, dapat disimpulkan bahawa sifat syaitan itu sama seperti api iaitu akan menumpang bagi membolehkan ia bergantung. Samalah juga jika dikatakan kehadiran syaitan itu dapat dikesan apabila ada objek seperti langsir, pokok atau sebagainya yang tiba-tiba bergoyang tanpa sebab, ia adalah kerana syaitan hadir menumpang di objek-objek itu. Syaitan juga menumpang di hati kita, dia menumpang dalam susuk yang dipakai, menumpang dalam tangkal-tangkal, menumpang di setiap tempat yang selesa baginya. Dalam konteks ini, syaitan menumpang di dalam simbol pentagram)

Juga jika boleh, mereka mahu pentagram ditempatkan di setiap titik utama bumi (jajaran ley lines?) bagi membolehkan ‘raja syaitan’ keluar menyaksikan ritual itu. Pentagram normal pula ditempatkan secara berselang-seli dengan pentagram terbalik.

Realitinya, pentagram sudah pun ditempatkan di setiap pelusuk dunia, bukan sahaja di titik-titik utama yang kita andaikan di jajaran ley lines semata-mata. Pentagram kini sudah ditempatkan di seluruh dunia dengan jayanya tanpa mengira apa saja jenis titik. Bagaimana mereka melakukannya? Caranya mudah dan sangat berkesan, sudah tentu melalui projek masterpiece.. mind control.. menggunakan medium hiburan.

Mereka menyebarkan melalui muzik, kita ambil contoh paling dekat iaitu muzik-muzik bingit..metal (black metal, death metal dan seangkatan dengannya). Peminat muzik bingit ini pula lazimnya gemar memakai aksesori pentagram (mungkin terikut memakai pentagram disebabkan sudah terkena ‘potion’ mind control) bilangan mereka pula begitu ramai di seluruh dunia. Nampak pertalian ini? Mereka mempromosikan budaya memakai pentagram melalui medium muzik bingit bagi mewujudkan jiwarebellious di kalangan manusia (bukankah jiwa yang memberontak tanpa berlandaskan iman itu amat disukai syaitan?), jiwa rebellious itu juga tenaga (ingat HEF dan UEF dalam ulasan chakra dalam babTenaga Ritual bahagian 2?) jiwa rebellious itu juga tenaga yang akan memudahkan proses pengaliran tenaga pasif yang dijana melalui pentagram yang dipakai. Pentagram ditempatkan di seluruh dunia melalui ‘penjana pasif’ yang menjadikan pentagram sebagai lambang identiti peminat muzik bingit itu. Di sini, kita bukan mahu menuduh semua peminat black metal melakukan ritual tapi mahu memberi gambaran yang kelihatan samar selama ini. Lihatlah, betapa pentagram sudah ditempatkan di seluruh dunia bagi menjadi ‘daya sokongan’ kepada Ritual for Moloch.

Pemakaian pentagram disifatkan sebagai ‘daya sokongan’ untuk melengkapkan ritual supaya ‘kawasan liputan’ ritual itu dapat diluaskan radius ke peringkat global. Apa sudah jadi sekarang? Seluruh dunia sekarang sudah menjadi ‘kawasan liputan’ terluas dalam menjayakan ritual-ritual Satanism. Ia adalah perbuatan tidak sengaja yang mempunyai sifat ritualistik.

Kita renungkan dengan hadis Rasulallah:

Rasulullah bersabda: "Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia akan tergolong di dalam kaum itu." (Hadis riwayat Abu Daud)

Kita selongkar lagi, kita ambil pula contoh ini iaitu bacaan pelik dalam bahasa bercampur aduk yang dibaca oleh segolongan penyembah syaitan dalam upacara ritual sebenar:

“Who hail thy name, but hail nay EL, tu satan Ave, Fenris y Ragnarok, shalt live Satan Empire. Tu Lex Talionis, Ha-Satan.”

(nay dalam bahasa Inggeris kuno bermaksud ‘no’. ‘thy’ dalam bahasa Inggeris kuno bermaksud ‘your’. ‘y’ atau disebut ‘e’ dalam bahasa Sepanyol bermaksud ‘and’ atau ‘dan’. shalt dalam sebutan Inggeris kuno bermaksud ‘shall’ atau ‘will’ atau ‘akan’ dalam bahasa Melayu. ‘tu’ dalam bahasa Sepanyol bermaksud ‘you’.)

(EL atau ELOAH juga bermaksud Allah, ini juga bermaksud mereka tahu bahawa Allah itu Tuhan yang wajib disembah, tetapi mereka sengaja memilih jalan syaitan. Jelas bahawa Dajjal dan syaitan ada penyembah setianya di kalangan manusia yang sanggup menderhaka terhadap Allah)

Ada perasan dengan ayat ‘who hail your names….live satan empire’ atau bermaksud.. ‘sesiapa yang menyeru/menyebut nama-nama engkau tetapi melupakan EL….akan menghidupkan empayar syaitan’ dan ada perasan dengan perkataan ‘Ragnarok’? Tidak perasan dengan video game ‘Ragnarok’ yang menjadi ‘sebutan’ sebilangan orang? Bukankan penyembah syaitan menganggap ia satu ritual walaupun hanya sekadar menyebut? Ia juga sebagai daya sokongan untuk melengkapkan ritual.

Berikut pula adalah prosedur dan bacaan dalam melengkapkan ritual syaitan yang diambil dari sumber yang sama, hanya sekadar maklumat:

1. Head to South, trace pentagram thrust through center and read the chant: Shaitan, devil jinn of theBurning Desert sands and Sun, thy stave and thy fork unto the flame that is my soul shall be illuminated, Shaitan the Adversary, my soul enflamed!

2. Head to East, trace pentagram thrust through center and call Lucifer, read the chant - Lucifer, bringer of Illumination and love who resides in Shadow and Light, cover and cloak my spirit with thy twelve wings of chosen men, serpent skin covered from the shedding of the Dragon, bring forth the serpent essence of my soul. Lucifer bringer of light and Illumination, I summon thee forth!

3. North, trace pentagram thrust through center and call Seth (Belial), read the chant - Seth, isolator and strengthening force of Storms, that chaos which I have tempered in thy elegance of darkness, Seth with the Eye of Algol. Seth, Lord of Storms and the Red Lands I summon thee forth! (Eye of Algol…eye bermaksud satu mata..bukan Eyes of Algol, tapi Eye of Algol)

4. Head West, trace pentagram thrust through center and call Leviathan, read the chant - Let now the Serpent encircle me, Leviathan the Coiling Serpent of timeless being, I summon your essence. Great chthonic daemon of endless being, I seek to drink of your cup and behold the mystery of the depths!

5. Turn to the East, completing the Circle, extend the arms forth and give the I’l Cornuto or Sign of the Horns, and say:

Before me Lucifer! I invoke the Powers of Air!
Behind me Leviathan! I invoke the Powers of Water!
On my right hand, Shaitan! I invoke the Powers of Fire!
On my left hand, Belial! I invoke the Powers of Earth!
For about me flames the Pentagrams,
And in the Column shines the Six-rayed Star of Babalon-Lilith.
Repeat the Qabalistic cross give the Sign of Silence.

Touch the forehead, say Ateh.
Touch the root chakra, say Malkuth.
Touch the right shoulder, say ve-Geburah.
Touching the left shoulder, say ve-Gedulah.

Berdasarkan bacaan dan prosedur dalam ritual tersebut, dapat difahami bahawa ada pertalian antara pentagram, syaitan (rujuk sebagai shaitan), jin (rujuk sebagai jinn), illumination (illuminati), Seth (musuh Horus), Yahudi (rujuk pada baris twelve wings of chosen men), Dajjal (dirujuk sebagai Eye of Algol),Star of David (dirujuk sebagai Six-rayed Star of Babalon), simbol tangan (rujuk Sign of the Hornsseperti gambar di bawah) dan Kabbalah (dirujuk sebagai Qabalistic, jika tidak salah). Nampak pertalian itu semua? Bukankan sudah jelas sistem ritual Dajjal ini?


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pestol 25-3-2014 03:06 PM


Ukiran Quatzelcoatl menunjukkan simbol 'sign of the horns'.
Rujuk artikel Jejak-Jejak Dajjal Dalam Pentas Sejarah
Quote pestol 25-3-2014 03:07 PM
Rasanya, ramai yang tahu mengenai fungsi Master Carpet atau Checkered Floor dalam menghidupkan ritual satanis dalam Freemason, Illum atau seangkatan dengannya. Maklumat mengenainya juga boleh dirujuk dalam blog-blog ilmiah berbahasa Melayu. Maka, tidak perlu dijelaskan secara terperinci di sini kerana blog-blog ilmiah berbahasa Melayu yang lain sudah menjelaskannya dengan baik sekali. Begitu juga dengan penjelasan mereka mengenai fungsi tiang Masonic iaitu Jachin dan Boaz.

Perkara yang perlu difahami di sini hanyalah mengenai getaran tenaga yang boleh terhasil, kesan daripada penggunaan elemen-elemen ritual tersebut. Kita tidak akan ketengahkan pendapat-pendapat atau kajian-kajian baru dalam artikel kali ini, sebaliknya kita akan mengutip semula hasil kajian-kajian yang telah diberitahu melalui artikel-artikel terdahulu dalam siri tajuk Tenaga Ritual. Kami berharap, pembaca masih ingat kandungan-kandungan hasil kajian yang pernah diketengahkan dalam artikel sebelum ini. Kita akan gunakan semula semua hasil kajian itu di sini untuk membuat satu kesimpulan lain.

Kita kutip semula pendapat Dr. Philip Calahan menerusi kajiannya bertajuk Kings Chamber of the Great Pyramids yang kemudiannya disokong oleh kajian yang dibuat Mary Hardy dan Dean Hardy dariAmerican Institute of Electrical Engineering yang menemui penemuan menarik (tetapi tidak mengejutkan sesetengah pihak) iaitu piramid dan binaan berbucu mampu menjadi saluran untuk menjana tenaga bagi menghasilkan vortex. (rujuk artikel Tenaga Ritual Bahagian 1)

Kajian tersebut (khususnya subjek mengenai vortex) kemudian secara tidak langsung disokong pula olehUlf Leonhardt dan Paul Piwnicki dari Department of New Scientist di Royal Institute of Technology Sweden pada 2006 dengan penemuan mengenai blackhole tiruan yang mampu bertindak seperti terowong masa (terpulanglah jika anda selesa menyebut ia sebagai stargate, pintu dunia ghaib atau gerbang jin atau sebagainya).

Kita kutip juga pendapat Barbara Brennan mengenai gelombang tenaga yang terhasil daripada sistemChakra yang melibatkan penyatuan unsur tenaga chakra iaitu Human Energy Field (HEF) denganUniversal Energy Field (UEF) ketika manusia berkoordinasi atau melakukan kontak dengan persekitarannya. Koordinasi HEF itu pula menghasilkan tenaga yang disebut aura yang akan bercantum dengan UEF, manakala tekanan atau getaran tenaga itu pula akan menghasilkan ‘daya penolakan ke atas’ menyerupai vortex bukaan dan ‘daya tolakan ke bawah’ menghasilkan vortex tutup sepanjang proses koordinasi tubuh manusia dengan persekitarannya. (rujuk Tenaga Ritual Bahagian 2).

Kutip semula pendapat-pendapat tersebut untuk mencari pertalian dengan perkara ini. Kemudian kita cuba pula untuk meneroka mistik dengan bantuan kajian sains. Cuba temukan satu kesimpulan berpandukan hasil-hasil kajian tersebut. Ada satu unsur yang serupa dalam semua kajian yang telah disebutkan iaitu tenaga, dan unsur yang serupa itulah yang kita jadikan medium untuk melakukan hubung kait secara mistik.

Dalam konteks monumen ritual, kita sudah mengetahui bahawa binaan-binaan tertentu mampu menjana vortex untuk menghasilkan pintu alam ghaib. Maka di sini, kita akan cuba memahami maksud binaan-binaan tersebut dengan sedikit pendedahan mengenai sacred geometry secara kasar, bukan melakukan pengiraan secara terperinci. Kita akan cuba mendalami sacred calculations atau mystical calculations(kaedah kiraan mistik) dalam artikel-artikel akan datang, bergantung kepada kehendak sesuatu artikel, insya-Allah. Yahudi dan Satanis sangat mahir dalam matematik. Ia sedikit memeningkan bagi yang kurang mahir matematik.
Quote pestol 25-3-2014 03:12 PM
Binaan-binaan yang mempunyai unsur Masonic seperti tiang berkembar mirip Jachin dan Boazmempunyai variable atau pemboleh-ubah (istilah matematik) nisbah kiraan tertentu berpandukan model (hanya sekadar mengklasifikasikan ia sebagai model) dalam bentuk asal Jachin dan Boaz. Model asal ini pula kita boleh ambil daripada binaan-binaan monumen yang mempunyai sifat serupa dengan Jachin dan Boaz terutamanya binaan dalam tamadun-tamadun awal (hanya sekadar pendapat yang tidak disokong). Skala binaan itu dibesarkan atau dikecilkan mengikut nisbah-nisbah tertentu bagi membolehkan ia bertindak untuk memanipulasi tenaga yang berada disekelilingnya secara efektif atau berkesan.

Dalam tamadun Mesir, kita ambil contoh kuil-kuil firaun di mana tiang-tiang kuil tersebut menyerupaiJachin dan Boaz. Manakala kuil pula seperti sedia maklum, ia adalah tempat ritual firaun dijalankan. Maka, kaedah binaan tiang-tiang itu juga dibina berdasarkan keperluan ritual. Mohon maaf jika pendapat ini salah, tiang-tiang ini yang dibina hasil daripada pengaruh Greek dan Rom yang sampai di Mesir pada ketika tamadun awal menjadi model asas dalam konsep arkitektural Masonic yang kemudian dinamakan sebagai Jachin dan Boaz.
Quote pestol 25-3-2014 03:12 PM
Ia mungkin menjadi model asas setelah arkitek-arkitek Mason mengambilkira nisbah kiraan tiang-tiang di lokasi ritual firaun tersebut. Berdasarkan rekod-rekod sejarah, ritual firaun selalunya melibatkan upacara sihir, manakala kisah firaun derhaka dalam al-Quran menjelaskan mengenai amalan sihir semasa pemerintahan firaun. Maka, binaan tiang-tiang atau rumah-rumah ritual yang dibina semasa pemerintahan firaun juga sudah tentu dipengaruhi oleh nasihat-nasihat tukang sihir kepada firaun. Tukang sihir menjadi penasihat paling berpengaruh dalam setiap keputusan yang dibuat oleh firaun. Sudah tentu juga tukang-tukang sihir itu mempunyai pengetahuan untuk membina binaan yang menepati kehendak raja sihir iaitu syaitan. Syaitan pula sudah tentu memerintahkan tukang sihir untuk membina kuil dan tiang-tiang mengikut saiz tertentu. Maka jika bercakap mengenai saiz, sudah tentulah melibatkan kiraan. Kiraan geometrik itu pula mungkin direkodkan oleh Yahudi satanis yang mengamalkan sihir sejak zaman tamadun Mesir lagi, lalu diwarisi sehingga hari ini untuk terus membina binaan bercirikan Mason sehingga hari ini.

Yahudi yang mewariskan pengetahuan sihir semasa zaman firaun pula mungkin daripada golongan yang menjadi hamba suruhan kepada tukang-tukang sihir, atau mungkin daripada golongan Yahudi yang enggan mengikut ajaran Nabi Musa. Maka, pengetahuan itu direkodkan untuk diwariskan kepada Yahudi-Yahudi seterusnya, itu pun mungkin selepas mereka melihat ‘nikmat dunia’ yang berikan syaitan kepada firaun, supaya generasi mereka yang mengamalkan sihir dapat menguasai dunia dengan bantuan syaitan seperti firaun pernah mengecapinya. Realiti sekarang, Yahudi sudah pun menguasai dunia.

Belum jelas mengenai pendapat bahawa sesebuah binaan untuk tujuan beragama itu perlukan kiraan tertentu dalam memenuhi keperluan mengikut amalan sesebuah agama? Kita kembali kepada Islam yang kita cintai, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim untuk membina Kaabah bersama anaknya Nabi Ismail di sebuah kawasan di padang pasir Makkah. Lokasi untuk membina Kaabah itu pula sudah ditentukan oleh Allah, manakala bentuk dan saiz Kaabah juga mungkin sudah ditentukan oleh Allah. Maka, kiraan arkitektural yang diperlukan untuk membina Kaabah sudah ditentukan oleh Allah di atas lokasi yang juga sudah ditentukan. Bukankah tempat suci umat Islam itu ialah lokasi yang sudah ditetapkan oleh Allah? Begitulah juga dengan kawasan al-Aqsa yang mana keluasannya meliputi masjid as-Sakhra dan masjid al-Aqsa juga adalah lokasi yang ditentukan oleh Allah. Masjid al-Aqsa didirikan di atas sebuah kawasan yang dinamakan al-Aqsa, yang juga meliputi masjid as-Sakhra iaitu bangunan berkubah emas yang juga disebut sebagai Dome of the Rock. (hanya sekadar pendapat). Lokasi itu sudah ditentukan Allah kerana Allah lebih mengetahui segala rahsia yang dirancang-Nya di tempat-tempat suci itu.

Dalam kes rumah ritual satanis, maka tidak mustahilkah kiraan arkitektural sesebuah binaan itu ditentukan oleh syaitan? Kiraan itu kemudiannya menjadi asas kepada ilmu senibina arkitektural hari ini. Mungkin sebahagiannya (berdasarkan beberapa kes) juga telah diserap masuk ke dalam ilmu senibina yang kita panggil sebagai kejuruteraan awam. Manakala pengetahuan senibina yang mengamalkan kiraan-kiraan mistikal pula dimiliki sepenuhnya oleh Yahudi dan Freemason di kalangan manusia. Maka terbinalah binaan-binaan moden yang pelik tetapi kelihatan menarik di mata manusia seperti Burj Dubai dan sebagainya yang dibina dengan kepakaran jurutera dari Amerika dan Eropah. Ia mungkin dibina bagi melengkapkan sesuatu keperluan ritual di lokasi lain (tidak semestinya di kawasan berhampiran, boleh jadi juga di sempadan melintasi laut).
Quote pestol 25-3-2014 03:12 PM
Malah jika diperhatikan pendapat-pendapat popular masyarakat dunia (street smart) mengenai peristiwa 9-11 yang meranapkan bangunan berkembar mirip Jachin dan Boaz di New York, ia juga dikaitkan dengan amalan ritual satanis. Melalui pendapat-pendapat itu, dikatakan kejadian itu sengaja dibuat pada 11-9-2001 kerana menurut susun lapis spiritual dalam ajaran sesat Yahudi iaitu Kabbalah, angka 9 ialah turutan sebelum (di bawah) Tempat Tertinggi iaitu Tuhan yang berada di turutan angka ke-10. Maka tiada lagi angka yang berada di atas 10, kerana 10 ialah angka tertinggi yang dianggap sebagai angka tuhan.

Jadi menurut pendapat umum itu, ritual 9-11 ialah tindakan menidakkan kewujudan angka 10 selepas 9. Kedudukan angka 9 tidak dituruti angka seterusnya iaitu 10, tetapi terus naik ke angka 11, atau ‘skip’ atau ‘lompat’ terus ke angka 11 dengan maksud menidakkan tempat tertinggi iaitu 10. Ritual itu juga dikatakan bermaksud menidakkan atau menafikan kekuasaan tuhan dengan meletakkan sesuatu (di angka 11) sebagai kuasa yang lebih tinggi daripada tuhan. Peristiwa 9-11 adalah ritual untuk mencabar tuhan.
Quote pestol 25-3-2014 03:13 PM
Teori dari pendapat umum itu tidak terhenti di situ, bentuk bangunan WTC yang mirip bentuk Jachin dan Boaz juga menjadi medium untuk melengkapkan ritual. Malah, Jachin dan Boaz juga dianggap (secara ritual) sebagai ‘The Gate’ atau pintu gerbang bagi kemunculan semula raja mereka yang kita andaikan sebagai Dajjal.

Melalui teori yang sama. Pada hari yang sama peristiwa 9-11 juga, bangunan Pentagon turut ‘dikatakan’ diserang (atau sebenarnya dirancang oleh tangan ghaib?). Bentuk pentagon pula adalah segi lima seperti yang terdapat dalam pentagram, iaitu bintang (star) bucu lima yang menjadi medium ritual sihir dalam agama Wicca, Asatru dan lain-lain agama syaitan. Kebanyakan ritual pula menggunakan api (sifat syaitan).

Jika diperhatikan di sini. Pada 9-11-2001, adalah ritual mencabar tuhan dimana berlaku pembakaran Star (bangunan Pentagon) dan juga berlaku pembakaran Gate (bangunan WTC) atau Star & Gatemenggunakan api dengan mencabar tuhan supaya Dajjal dimunculkan semula untuk keluar dari stargate(pintu gerbang ghaib). Ia dikatakan upacara ritual terbesar yang pernah dilakukan dalam sejarah. Pendapat umum itu pula semakin mendapat perhatian oleh beberapa pengkaji agama di Amerika dan sebilangannya juga menyokong berdasarkan hujah-hujah yang boleh diterima. Malah, bukti penipuan George W.Bushmengenai konspirasi 9-11 juga sangat jelas melalui ucapan-ucapan yang kami sifatkan sebagai ‘terlepas cakap’. Bush memang selalu terlepas cakap, sebab itulah petualangnya semakin terserlah. Anda boleh menemui buktinya jika meneliti laporan-laporan akhbar sejak September 2001 hingga habis penggal pentadbiran Bush, buatlah penelitian secara bersungguh. Juga boleh lihat buktinya melalui klip-klip siaran berita televisyen Amerika, ia boleh ditonton di Youtube.

Itu adalah teori mengenai contoh ritual yang dilakukan tanpa kita semua sedar. Tapi, bagaimana pula dengan ritual-ritual lain yang dibuat secara terancang di peringkat global? Jika peristiwa 9-11 dianggap sebagai ritual terbesar, maka mana lebih besar jika kita melakukan sesuatu perbuatan yang menjadi ‘daya sokongan’ kepada ritual sebenar? Bukankah itu juga satu ritual terbesar?

Dalam satu peringkat, zina juga dikelaskan sebagai ritual di kalangan penganut agama pagan. Ia dikatakan ritual untuk mengagungkan Goddess of Sex and Love iaitu Athenna. Malah, keadaan tidak sedarkan diri akibat dipengaruhi dadah atau arak juga dianggap sebagai satu ritual satanis pada waktu-waktu ritual sebenar dijalankan walaupun jaraknya melintasi sempadan lautan. Penganut agama syaitan ini (Wicca,Asatru, Bohemian Grove dan seangkatan dengannya) merencanakan kelab-kelab malam sebagai tempat manusia menikmati arak, mencari pasangan untuk zina dan sebagainya.

Ia juga sebagai medium menjadikan manusia menurut segala keperluan mengikut kehendak mereka untuk menjana ‘daya sokongan’ bagi memenuhi keperluan ritual. Ia digerakkan secara global. Kita di Malaysia juga mampu menyumbang tenaga sekiranya ritual itu sedang dijalankan di England atau Perancis atau Scotland atau Amerika kerana titik-titik pentagram sudah disebarkan ke seluruh dunia. Pentagram pula berfungsi dengan cara yang sama seperti piramid. Maka tidak hairanlah jika manusia hari ini begitu mudah menurut nafsu akibat terlibat dalam upacara ritual satanis secara tidak sengaja.

Binaan bercirikan Mason yang terus dibina sehingga hari ini pula menjadi keperluan untuk mereka melakukan ritual sihir. Ia mungkin sebagai bayaran kepada syaitan yang telah memberi kedudukan kepada mereka di dunia ini.

Apabila dikombinasikan semua kajian tersebut dengan satu persamaan iaitu tenaga, dapat disimpulkan bahawa tenaga yang terhasil itu akan dijana melalui satu sistem janakuasa mistik.

Sistem daya sokongan pelengkap ritual ini dirancang dengan begitu baik bagi membolehkan tenaga-tenaga pasif di peringkat global bersatu dengan tenaga-tenaga aktif yang dijana dalam ritual sebenar. Ingat lagi dengan HEF dengan UEF dalam bab Tenaga Ritual Bahagian 2? Ia adalah koordinasi antara daya pasif dengan daya aktif.

Mengapa Dajjal mewujudkan sistem ini? Ia bagi membolehkan manusia melakukan ritual pasif terhadapnya dalam keadaan tidak sedar bagi menyokong ritual aktif. Ia adalah sistem Dajjal. Dajjal adalah pakar dalam amalan sihir, dia licik memanipulasi setiap perbuatan manusia supaya menjadi selari dengan kehendak ritual yang mendewakannya di samping syaitan. Dia mahu simbol-simbol yang diperlukan dalam ritual berdiri megah di serata dunia, dia memanipulasi kejahilan manusia.

Berhati-hatilah dalam setiap perbuatan...elemen sihir itu ada di mana-mana sahaja, sama ada kita sedar atau tidak..kita sedang menghadapinya..

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.040761 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top