CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Duduk Ditanah Haram Lagi Tanya Apa Salah Kami?

22-5-2014 12:59 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14572| Komen: 156

Gambar hiasan


300 peneroka resah diminta kosongkan tanah

Tanjong Karang: Nasib lebih 300 peneroka kebun sawit di Bestari Jaya, dekat sini, terumbang-ambing apabila menerima notis supaya tanah yang diusahakan sejak 30 tahun lalu dikosongkan berikutan ia adalah milik kerajaan negeri.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan terbaru kerajaan negeri itu menunjukkan sikap rakus mereka untuk menghalau peneroka yang sudah mengusahakan tanah pertanian itu sejak sekian lama.

“Notis yang diletakkan hanya di pokok kelapa sawit untuk mengosongkan tanah dalam tempoh sebulan adalah tidak munasabah walaupun kita mengetahui tanah itu milik kerajaan negeri.

“Sewaktu kerajaan Barisan Nasional memerintah, kita masih berikan peneroka peluang untuk mengusahakan tanah pertanian dan kita tidak menghalau penduduk, malah berbincang untuk memajukan kawasan berkenaan walaupun tanah itu milik kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, tanah berkenaan memang hak milik kerajaan negeri, namun tempoh sebulan yang diberikan kepada peneroka adalah tidak munasabah.

“Kita tahu dari segi undang-undang, tanah itu hak milik kerajaan negeri, tetapi notis sebulan adalah amat tidak munasabah memandangkan tanah yang mereka usahakan lebih 30 tahun di kawasan tanah pertanian itu.

“Kita akan kumpulkan mereka yang tertindas dan berusaha melalui pihak guaman untuk membuat rayuan di mahkamah ataupun mencari penyelesaian dengan tuntutan ganti rugi,” katanya.

Pengusaha kebun sawit, Tan Kuan San, 63, berkata, dia begitu resah kerana mendapat notis berkenaan sedangkan hasil yang diusahakan masih belum mendapat keuntungan.

“Saya mengusahakan seluas enam ekar kebun kelapa sawit dan bimbang nasib saya sekiranya dipaksa keluar dari tanah yang saya usahakan lebih 20 tahun lalu.

“Saya berharap kami semua akan bersatu hati memohon agar kami tidak diusir,” katanya.

15

Bagus

Marah
4

Terkejut
9

Sedih
11

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (40 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rdzaccess 22-5-2014 09:55 AM
sepatutnya mereka harus bayar sewa tanah tu ... ni macam resmi pokok dedalu ...
Quote -electrifying- 22-5-2014 09:58 AM
mcm biasa. memburukkan sesuatu kerajaan.jgn dgr sebelah pihak shj
Quote mikasa 22-5-2014 09:58 AM
Tunggu penjelasan dari pihak satu lagi.kekadang ada yg ambik peluang nak menonjol diri
Quote Badut.Sarkas 22-5-2014 09:58 AM
ni kat batang berjuntai la ini.. secara logiknya kalau dah 30 tahun ko tanam sawit situ, pokok2 tu dah almost expired. and kalau ko cakap pokok lum kuarkan hasil, u should know that few years ago lagi kerajaan negeri dah suruh korang chow dari situ.. yang ko gi tanam apsal?

salah siapa?
Quote encikWawad 22-5-2014 09:58 AM
30 tahun makan hasil freee atas tanah orang tak bayar cukai no nothing
sebulan tu dah kira bertuah dahhh - puiii
Quote vespa_oren 22-5-2014 10:03 AM
Sawit sampai 30tahun jer hasil xsalah, @kucingTomey
Quote MarryPottet 22-5-2014 10:05 AM
dah tak boleh nak kompang pasal isu air, dia timbulkan isu ni plak

noh udang tu kan ada banyak tanah
kalau dia betul2 prihatin,  bagilah peneroka2 tu duduk percuma kat tanah dia plak
Quote bidacool 22-5-2014 10:07 AM
kasihan tp nak buat mcm mana ya...... dh sah tanah bercucuk tanam milik orang......
Quote annehuda 22-5-2014 10:08 AM
tp lah kan aku rasa takde salahnye kerajaan negeri buat mcm tu. sbb mmg tanah diorg pun. ye mmgla nampak keji kan tp peneroka kt situ pun 30thn bercucuk tanam atas tanah org, takde terllintas niat di hati nak pegi beli tanah sendiri pastu usahakan sendiri? melainkan kalau sepjg tanam kelapa sawit tu ade perjanjian ngan kerajaan negeri tiap2 bulan nk byr ufti byk ni byk ni ke. ke sbb dah sedap2 tiap2 thn takyah bayar cukai tanah cukai pendptan bla bla bla ?
Quote perang_candu 22-5-2014 10:09 AM
rasanya isu halau penduduk dari tanah kerajaan ni memang dah berlaku sejak zaman BN perintah.. yang berbeza cuma Parti yang cuba nak jadi juara dalam isu ni.  perkataan yang popular = zalim.
Quote jaja4 22-5-2014 10:11 AM
hoh, duduk lama bertahun2 x bermakna ko ade hak kt tanah tu, patut da bersedia dr awal cari rumah tetap yg betul2 sah ko punye.
Quote akughi 22-5-2014 10:21 AM
dulu mase umno halau peneroka kemain menyalak puak2 pembangkang konon kerajaan kejam....

ari ni org yg kuat menyalak tu la yg backup kerajaan pujaan sbb halau peneroka....cam syial je perangai beruk2 ni
Quote afie_m 22-5-2014 10:22 AM
peneroka ni pun satu....dah tanah org ..paham2 lah.......konsepnya...buat rumah atau apa2 ja atas tanah org, pastu bila tuan tanah halau minta ganti rugi.....mcm kes setinggan lah....
bila nak kena roboh, minta rumah untuk diduduki....
Quote Anden 22-5-2014 10:26 AM
annehuda posted on 22-5-2014 10:08 AM
tp lah kan aku rasa takde salahnye kerajaan negeri buat mcm tu. sbb mmg tanah diorg pun. ye mmgla na ...

Tak kesian lansung kat depa ni...dah bertahun2 cucuk tanam...untung tak pernanh plan masa depan beli tanah baru yg lain ka? Jenis bangsa mau barang free...

Harap halau je..dah 30 thn....dah cukup reta..duit ringgit nak pindah milik beli tanah baru...
Quote solstice 22-5-2014 10:29 AM
Bosan ngan peel manusia yg dok kat tanah kerajaan/public
Pas tu nak buat macam hak mak bapak depa

Sbb tu lain kali nak tolong manusia cenggini kena hati2 jugak
Quote AHMADVW 22-5-2014 10:37 AM
sdgkan doktor khir toyo pun blh msuk nama dlm tanah teroka
Quote nagapompuan 22-5-2014 10:39 AM
Parasite bebeno. Dah duduk tanah orang, berdekad pulak tu. Lagi mau first class vip treatment ke?

Orang lain bertungkus lumus beli tanah, buat rumah berhutang bagai, ngko senang2 pacak

ditanah bukan hak sendiri? Lepas itu keluh kesah nyalahkan tuan tanah?
Quote atira 22-5-2014 10:41 AM
ni betul boleh guna perumpamaan sapa tah smalam..
yg kita kesian.. kasi tumpang rumah... last2 mintak hak milik lagi besaq dari tuan rumah
Quote ElmoRed 22-5-2014 10:52 AM
sila angkat kaki. tq

Lihat semua komen(156)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.054583 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top