Kangar: Hanya kerana ditegur supaya bersolat, seorang remaja perempuan berusia 18 tahun tergamak melukakan hati bapanya apabila bertindak keluar dari rumah keluarganya di Bintong, di sini, sejak Khamis lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari, Sharifah Atiqah Syed Azharudin yang juga anak sulung daripada dua beradik menghilangkan diri tanpa membawa pakaian mahupun wang. Bapanya Syed Azharudin Syed Bainy, 42, berkata pada malam sebelum kejadian, dia ada memarahi Atiqah kerana tidak menunaikan solat menyebabkannya merajuk lalu memberitahu ibu tirinya Siti Zubaidah Abdullah, 44, mengenai perkara itu. Menurutnya, anaknya sebelum ini menetap di Kuala Lumpur bersama ibu saudaranya sebelum tinggal bersama mereka selama dua minggu sejak awal bulan ini. “Memang saya menegurnya kerana tidak bersolat selain perwatakannya yang begitu sosial bersama rakan-rakannya menyebabkannya mungkin merajuk lalu keluar dari rumah. “Namun, saya terkejut kerana dia tidak pulang semula ke rumah pada petang kejadian sebelum diberitahu salah seorang rakan isteri bahawa Atiqah ada datang berjumpa bagi mencari kerja untuk membeli tiket bas tanpa diketahui tujuannya,” katanya. “Saya merayu orang ramai atau sesiapa terserempak dengan Atiqah dapat menghubungi talian 012-4104286 atau 012-4875231,” katanya. Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes diklasifikasikan sebagai orang hilang.
|
“Namun, saya terkejut kerana dia tidak pulang semula ke rumah pada petang kejadian sebelum diberitahu salah seorang rakan isteri bahawa Atiqah ada datang berjumpa bagi mencari kerja untuk membeli tiket bas tanpa diketahui tujuannya,” katanya.
annehuda posted on 22-5-2014 10:10 AM
nih mane satu ni? jumpe sbb nk cari keje ke sbb nk beli tiket bas?
makton posted on 22-5-2014 10:38 AM
alasan nak larik je tu..
alang2 mak bapak dh bebel2, ada can nak larik.
konon2 majuk.. puiiiiii
cikatilia posted on 22-5-2014 10:40 AM
kan??
silap2 dah menanti dgn kereta nya or tiket kapal terbang utk ke lambok or siamm
makton posted on 22-5-2014 10:51 AM
dah smpai lombok jgn duk hantar2 surat mintak mak bapak jemput amik bawak balik!
duduk je lombok ...
ADVERTISEMENT