Taktik Dap Pancing Undi SHAH ALAM - Puteri Umno menyifatkan pemilihan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud bagi PRK Parlimen Teluk Intan sebagai strategi memancing undi. Ketuanya, Mas Ermieyati Samsudin berkata, BN tidak akan terikut-ikut dengan rentak DAP yang menurunkan calon muda, sebaliknya pemilihan calon BN dibuat secara menyeluruh. “Tidak semestinya DAP hantar calon Melayu, kita pun perlu buat begitu. Kita pilih calon bukan berdasarkan jantina, rupa paras, usia atau bangsa, tetapi melihat secara keseluruhan. “Apa yang penting ialah calon itu dapat berkhidmat kepada rakyat,” katanya. Mas Ermieyati berkata, DAP sepatutnya memilih calon yang lebih matang dan mempunyai hala tuju jelas dalam politik. “Tidak salah meletakkan calon muda atau dalam kalangan wanita. Tetapi, biarlah yang mempunyai hala tuju dalam politik. “Jika DAP sekadar mempergunakan Dyana Sofya, itu cara yang tidak betul dan saya bersimpati dengan dia,” katanya.
Katanya, Puteri Umno sudah mula menggerakkan jentera kempennya di Teluk Intan. Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=804348&extra=page%3D1&page=1
|
1
Bagus |
8
Marah |
6
Terkejut |
3
Sedih |
9
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT