CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Setiausaha Wanita UMNO turut sokong Dyana sebagai Calon DAP

21-5-2014 10:37 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2698| Komen: 0


Bekas Setiausaha Wanita UMNO Bahagian Ipoh turut sokong Dyana sebagai Calon DAP

“Saya tetap ahli UMNO, saya tidak akan sekali-kali keluar UMNO, melainkan saya dipecat oleh UMNO,” kata Yammy Samat, ibu kepada calon DAP Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud.

Bekas Setiausaha Wanita UMNO Bahagian Ipoh itu berkata, walaupun berlainan parti dengan anaknya, sebagai ibu, beliau wajib menyokong dan membantu Dyana Sofya menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) tersebut.

Katanya, dengan memberi dan mencurahkan sokongan kepada calon DAP yang juga anaknya, ia tidak bermakna beliau belot kepada parti, malah UMNO harus faham hati seorang ibu.

"Tidak ada seorang pun ibu di dunia ini mahu melihat anaknya tidak berjaya. Saya mahu anak saya berjaya. Oleh itu, untuk pastikan dia berjaya, saya kena turut memberi sokongan dan membantunya.

“Kalau UMNO menganggap perbuatan saya ini melanggar etika parti, terpulang kepada mereka (UMNO) untuk mengambil tindakan. Yang penting, saya mesti tolong anak saya menang,” katanya.



Dyana Sofya, 27, seorang peguam muda dan juga Setiausaha Politik Lim Kit Siang dipilih pucuk pimpinan DAP sebagai menjadi calon Melayu parti itu pada PRK Parlimen Teluk Intan melawan calon Barisan Nasional (BN) iaitu Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong.

Menurut Yammy, beliau tidak bersetuju jika dikatakan sebagai pembelot hanya kerana memberi sokongan kepada anaknya yang berlainan parti, kerana jika mengikut kategori belot, dalam UMNO sendiri pun tidak sedikit yang berbuat demikian.

Ditanya, adakah beliau kecewa kerana tidak pernah dipilih sebagai calon oleh parti untuk bertanding pada mana-mana pilihan raya, Yammy berkata: “Saya tak pernah kecewa, kalau saya kecewa dah lama saya keluar UMNO, menyertai DAP. Bukan Dyana yang masuk DAP, saya yang akan masuk DAP dulu.

"Abang saya pun Ketua Cawangan UMNO dan saya adalah antara wanita pertama dilantik oleh UMNO sebagai Setiausaha Wanita Bahagian. Cuma masyarakat atau parti kena ingat, dalam sesebuah negara memerlukan pembangkang.

"Dalam satu keluarga pun akan ada seorang dua pembangkang, tidak ada satu keluarga yang sealiran. Macam setandan pisang…,” katanya yang berpendapat sudah sampai masanya parti memberi peluang kepada anak muda untuk menjadi pemimpin.

Kata beliau, zamannya sebagai pemimpin sudah berlalu dan parti wajar memikirkan alternatif yang lebih maju ke hadapan iaitu mengetengahkan anak muda dan memberi peluang kepada mereka menunjukkan kepimpinan.

“Kita yang sudah ‘senja’ (veteran) ini, jangan masih ada lagi sikap daalam diri hendak berebut jawatan. Bagilah kepada anak muda.

“Ketika peluang ini datang dalam keluarga saya, saya ambil sepenuhnya kesempatan ini. Takkan saya nak buang anak saya kerana parti, lagipun belum tentu parti akan menghargai jasa saya selama ini,” katanya.

Jelas Yammy, beliau tidak kisah kalau dicemuh oleh masyarakat dan ahli parti sendiri kerana tindakannya menyokong Dyana Sofya kerana sebagai ibu, sudah pasti impiannya hendak melihat anaknya berjaya.

Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=804348&extra=page%3D1&page=1
1

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:50 AM GMT+8 , Processed in 0.022151 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top