CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Siapa Amina Wadud ?

16-5-2014 11:18 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 26716| Komen: 27

Amina Wadud ialah seorang wanita, feminis, dan cendekiawan yang penuh kontroversi. Amina Wadud dilahirkan pada 25 September 1952 di Bethesda, Maryland. Bapanya merupakan seorang paderi Methodist dan ibunya pula berketurunan hamba dari Arab, Berber dan Afrika pada kurun ke-lapan Masehi. Beliau mengucap syahadah pada tahun 1972 sebelum mengetahui asal-usul keluarga sebelah ibu beliau.

Pada tahun 1988, beliau memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam Bahasa Arab dan Pengajian Islam dari Universiti Michigan (Michigan University). Semasa pengajian ijazah beliau mempelajari Bahasa Arab peringkat lanjutan di Universiti Amerika (American University), dan Pengajian Qur'an dan Tafsir di Universiti Kaherah (Cairo University), dan juga kursus dalam Falsafah di Universiti Al-Azhar (semua universiti tersebut terletak di Kaherah, Mesir).

Beliau kini berkhidmat sebagai Profesor Madya Pengajian Islam (Associate Professor of Islamic Studies) di Universiti Commonwealth Virginia (Virginia Commonwealth University) di Richmond, Virginia, Amerika Syarikat. Sebelum itu beliau menyandang jawatan Profesor Madya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, untuk tempoh yang lama semenjak 1989.

Kajian-kajian Amina Wadud tertumpu kepada jantina dan al-Qur'an. Beliau telah menulis untuk subjek berkenaan dalam bukunya Qur'an and Woman: Rereading the Sacred Text from a Woman's Perspective (Qur'an dan Wanita: Pentafsiran Kembali Ayat-Ayat Suci dari Kaca Mata Wanita). Edisi pertama buku tersebut diterbitkan oleh Sisters in Islam di Malaysia dan menjadi rujukan berkisar subjek-subjek jantina dan al-Qur'an oleh aktivis dan pengkaji akademik di seluruh dunia.

Setelah menerbitkan buku pertamanya itu, beliau membuat sering membuat syarahan di universiti-universiti dan perhimpunan-perhimpunan di Amerika Syarikat, Jordan, negara-negara Afrika dan Afrika Selatan, Nigeria, Kenya, Pakistan, Indonesia, Kanada, Norway, Belanda, Bosnia-Herzegovina, Sepanyol, dan Malaysia.

Buku terbaru beliau, Inside the Gender Jihad: Women's Reform in Islam, diterbitkan pada tahun 2006. Di dalamnya beliau bukan sahaja menganalisa al-Qur'an tetapi juga menceritakan pengalaman beliau sebagai seorang Islam, isteri, emak, kakak, cendekiawan dan aktivis.

Amina Wadud secara terbuka mengatakan beliau tidak bersetuju dengan beberapa ayat Al-Quran, terutamanya yang berkenaan memotong tangan pencuri kerana percaya memotong tangan merupakan perbuatan kasar (brutal behavior). Beliau juga menolak beberapa hukuman lain yang terdapat dalam Al-Quran.


Amina Wadud menganjurkan empat kaedah baru menafsir Al-Quran, iaitu 1) Pembacaan harafiah teks Al-Quran, 2) Hujah (legalistic) yang mengekang bagaimana ayat itu diguna pakai, 3) Tafsiran semula dari sudut pandangan sebaliknya (baru) , dan 4) Menolak Al-Qur'an apabila seseorang tidak bersetuju dengannya.

Imam wanita untuk Solat Jumaat

Amina Wadud menjadi subjek hangat di dalam perbincangan undang-undang Islam apabila beliau menjadi imam untuk Solat Jumaat kepada 100 orang lelaki dan perempuan di Gereja Besar Keuskupan St. John the Divine di New York pada 18 Mac 2005. Tindakan beliau ini memecah tradisi Islam bahawa hanya lelaki boleh menjadi imam dalam solat lebih-lebih lagi bagi Solat Jumaat (wanita dibenarkan menjadi imam untuk makmum yang terdiri dari kalangan wanita).

Sebelum itu, tiga buah masjid menolak untuk dijadikan tempat bagi acara tersebut dan sebuah muzium yang pada mulanya bersetuju menarik diri akibat dari ancaman bom.

Amina Wadud bukan pertama kali mencetuskan kontroversi. Pada Ogos 1994, beliau pernah menyampaikan Khutbah Jumaat bertajuk Islam as Engaged Surrender di Masjid Claremont Main Road di Cape Town, Afrika Selatan. Akibat dari perbuatan beliau tersebut, terdapat usaha-usaha untuk menyingkirkan beliau dari Universiti Commonwealth Virginia.

Di sebalik bantahan dan kritikan majoriti masyarakat Islam terhadap tindakan Amina Wadud, beliau masih menerima jemputan untuk bercakap dan menjadi imam untuk Solat Jumaat. Pada 28 Oktober 2005, beliau menjadi imam kepada lebih kurang 30 orang setelah menyampaikan syarahan di International Congress on Islamic Feminism (Kongress Antarabangsa Feminisme Islam) di Barcelona, Sepanyol.

Majoriti masyarakat Islam menolak sama sekali wanita sebagai imam untuk solat Jumaat dan solat lain yang makmumnya terdiri daripada laki-laki.













1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pestol 15-5-2014 10:50 AM
ish baru abang lokman taw ada lak ajaran amina wadud. belajar tinggi tapi??
Quote Artemesiaa 15-5-2014 10:51 AM
Dia kena ngaji lagi ni
Quote pestol 15-5-2014 10:52 AM
[youtube]K44_GTueMm4[/youtube]

Bukan syiah tapi? dasyat la!
Quote pestol 15-5-2014 10:54 AM
Artemesiaa posted on 15-5-2014 10:51 AM
Dia kena ngaji lagi ni

apa guna bljar sampai sana tinggi2 pastu sesat? apa yang dia belajaR?
Quote asher 15-5-2014 10:56 AM
kegilaan yg sangat melampau..laki pompuan solat dlam 1 saf..
Quote Artemesiaa 15-5-2014 10:58 AM
pestol posted on 15-5-2014 10:54 AM
apa guna bljar sampai sana tinggi2 pastu sesat? apa yang dia belajaR?

Sekadar belajar tapi kurang pemahaman mana nak sama
Quote kentel 15-5-2014 11:08 AM
mohon @jefri90 beri komen...
Quote pestol 15-5-2014 11:08 AM
SESEORANG memberi komen pada artikel 'SIS, Anak Murid Aminah Wadud? ' Tulisnya..



"Dr Aminah Wadud mengajar di UIAM PJ dalam Islamic Revealed Knowledge Dept yang dipelopori oleh Tan Sri Dr Kamal Hassan manatan Rektor UIAM pada tahun 89 hingga 93. Beliau mengajar subjek Scineces of Quran dan beberapa kursus yang lain. Beliau telahpun mengutarakan bahawa perempuan layak menjadi Imam dalam solat yang dimaklumkan lelaki.

Tetapi apabila diminta membawa nas dan dalil, sampai akhir semester, beliau gagal. Dan beliau juga tidak menunjukkan bahawa Islam ini adalah pelindung kepada wanita. Dalam penulisannya lebih cenderung kepada Islam yang di zaman Rasulullah itu tidak sesuai dengan zaman sekarang. Oleh itu banyak perkara perlu diubah dan dipinda mengikut kehendak masyarakat sekular yang dikuasai fahaman berasaskan Rom dan Yunani yang terdapat di Eropah dan Amerika Utara.

Sister in Anti ISlam mendapat dokongan dan tunjuk ajar untuk menghentam Islam trasional dari Dr Aminah. Seorang phd dari Jab Pengajian Islam Universiti Michigan. Dr Mashitah Ibrahim dan Zambry Kadir lebih mengenali beliau.

Quote jefri90 15-5-2014 11:16 AM
kentel posted on 15-5-2014 11:08 AM
mohon @jefri90 beri komen...

errr komen pasai apa? hurm kisah aminah wadud ni bukan hot awal 2000an dulu ke? memang ramai menyelar dia dah.... tgk posting baru lagi..ingatkan ada kisah terbaru dia bertaubat ke, insaf ke, atau still buat keje gila dia ni...

Quote ElmoRed 15-5-2014 11:20 AM
bahaya betul...maybe she reads too much alone, so byklah suara2 yg bermain manipulasi di fikiran dia. hmmmm semoga dia cepat mendapat hidayah
Quote donut_1752 15-5-2014 11:22 AM
makin menjadi2
Quote larikesurga 15-5-2014 11:29 AM
tenggelamlah kau dalam lautan kesesatan yang dalam...
Quote lucky_peace 15-5-2014 12:05 PM
ini cerita lama dah ini, heboh gak 7, 8 tahun yang dahulu hah...
Quote jarikuku 15-5-2014 12:08 PM
dunia akhir zaman
Quote alphawolf 15-5-2014 02:21 PM
Wow...ketinggalan keretapi sungguh TT ni....
Quote anees~nuhara 15-5-2014 02:54 PM
haha...sadissss.
Quote kucen_miang 15-5-2014 04:59 PM
ko baru keluar dari gua ke?
Quote tahilalatmanis 16-5-2014 04:43 AM
yg hairan ada yg nk jadi makmum dia! Dorang pun sama bodoh!
Quote iza.moha 16-5-2014 08:18 AM
Klu ada ajaran sesat mesti ada gak pengikutnya

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.077460 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top