CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cinta Fb Bawa Ke Hotel Bajet

15-5-2014 10:29 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10174| Komen: 40

Cinta FB bawa ke hotel bajet

ALOR SETAR - Seorang wanita baru mengenali teman lelakinya melalui laman sosial Facebook (FB) dicekup dalam serbuan Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) di sebuah hotel bajet, dekat sini.

Wanita berusia 26 tahun terbabit mendakwa berasal dari Sabah datang ke Semenanjung Malaysia semata-mata untuk mencari pekerjaan atas bantuan teman lelakinya.

Difahamkan, dia sanggup menaiki kapal terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sebelum dibawa teman lelakinya ke negeri ini untuk mendapatkan kerja.

Malah, dia bagaimanapun memberikan alasan terpaksa menginap di hotel bajet terbabit untuk menjimatkan wang, malah mendakwa baru sahaja memasuki bilik itu.

Namun, teman lelakinya berusia 23 tahun bertindak menyembunyikan diri di bawah katil hotel berkenaan semasa serbuan sehingga memaksa penguatkuasa mengangkat katil itu.

Dalam operasi jam 12.30 tengah malam, pasukan penguatkuasa Jaik turut menahan beberapa pasangan termasuk seorang kanak-kanak di hotel bajet sekitar bandaraya Alor Setar, dekat sini.

Bawa anak OKU berkhalwat

Dalam perkembangan sama, seorang ibu muda sanggup membawa anak perempuannya berusia tujuh tahun semata-mata untuk bermadu kasih bersama teman lelakinya yang berusia 23 tahun.

Difahamkan, wanita berusia 25 tahun dari Teluk Kechai, dekat sini, dalam proses penceraian bersama suaminya, bagaimanapun masih memegang status isteri orang.

Ibu muda terbabit tidak bekerja, manakala pasangannya yang bekerja di sebuah pasaraya mendakwa hubungan dia bersama wanita terbabit hanyalah kakak angkat semata-mata.

Manakala, wanita terbabit mendakwa keluar dari kediaman mereka bersama anak perempuan orang kurang upaya (OKU) kerana tiada tempat berlindung selepas dihalau keluar.

Turut ditahan, suami orang berusia 32 tahun dari Jalan Datuk Kumbar, dekat sini, bersama anggota sukarelawan wanita sebuah jabatan dari Pulau Pinang.

50 penguatkuasa sertai Ops Khalwat

Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-Undang Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Mohd Roshidi Mahmud, 50, berkata, penguatkuasa menyertai operasi demi membendung perbuatan tidak bermoral terbabit.

Katanya, serbuan dilakukan di beberapa lokasi seperti di Jalan Lencong Barat, Seberang Perak, Lebuhraya Darul Aman dan sekitar bandaraya Alor Setar, dekat sini.

“Dalam operasi kali ini, ada pasangan dikesan sudah beberapa kali ditahan termasuk di Lorong Petani sebelum ini. Tidak ketinggalan, pasangan tukang masak dan jurujual,” katanya.

Jika sabit kesalahan, mereka dikenakan hukuman denda RM2,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya mengikut Seksyen 9 (1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah) 1988.

“Ibu bapa dinasihatkan mengawal penggunaan laman sosial anak-anak mereka. Dari Facebook boleh membawa maksiat apabila mereka melakukan pertemuan di hotel,” katanya.

Malah, katanya, dia meminta masyarakat tempatan memandang serius isu sedemikian meskipun ia tanggungjawab pihak tertentu kerana ia amanah Allah SWT kepada semua


5

Bagus
5

Marah
3

Terkejut
11

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (29 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makton 15-5-2014 08:36 AM
huh??

kuang jaq btui pmpuan ni. dgn anak yg tak paham apa2 tu ko gunakan dia nak buat maksiat!
eeee... kasi rejam je pmpuan ni!!
Quote shernazz 15-5-2014 08:40 AM
Anak oku tu..
Ape ko pikir kalo bawak anak org xkn syak ek
Lain kali ko bawak mak pak ko skali.kire btunang dolu di hotel bajet
Quote namirulmukminin 15-5-2014 08:41 AM
Kedah darul.......
Quote Loxlaxman 15-5-2014 08:48 AM
Atas tutup .... bawah bagi free kat jantan..
Quote shamsadis 15-5-2014 08:57 AM
'kepala atas berbalut kemas kepala bawah dibiarkan bebas' - Ostat Maideen

Hujahnya ialah jika berbalut ia akan lemas biarkan ia bebas kelak akan bertindak balas
Quote zwaty 15-5-2014 09:04 AM
dia bwak anak dia..sbb dia pya "sifat ibu"...x tnggal anak dia kat mana2....
dia wat mcmtu sbb "nafsu".....
Quote Czaziq 15-5-2014 09:09 AM
ape nk jd la dengan isteri orang n suami orang skang ya?? berapa lama je hidup kat dunia ni masih berani buat bende bodoh? x igt pasangan ke?
Quote pagarkayu 15-5-2014 09:14 AM
namirulmukminin posted on 15-5-2014 08:41 AM
Kedah darul.......

darul hotel bajet

Quote manehnya 15-5-2014 09:26 AM
fuh.. aku dapat bayangkan kesedapannya.... muda sama muda...
Quote prettyuglybabe 15-5-2014 09:41 AM
kasihan kat anak tu. aduhai...


Quote gaara_X 15-5-2014 09:49 AM
nak test dulu...interbiew dalam bilik secara privasi...
Quote lululun 15-5-2014 09:52 AM
aduhai.... benda2 macam ni dah melampau sangat....

pendidikan harus bermula dari rumah..... sedihnya tengok keadaan macam ni. pakai tudung tapi seolah2 hanya perhiasan...
Quote unoryah 15-5-2014 09:57 AM
perempuan dari Sabah tu memalukan perempuan2 Sabah je
macamlah di Sabah ni kurang jantan..ishh
Quote duniaku85 15-5-2014 10:21 AM
lelaki skrg mulut manis..sbb tu ramai pmpuan terpedaya dgn janji2 manis diorg tu..padahal!!! jantan tu mmg tak guna..mengayat sebab nk benda lain je
Quote Badut.Sarkas 15-5-2014 10:36 AM
tu la.. terpengaruh lagi ngan agenda yahudi.. orang dah cakap jangan guna FB!!! tu ciptaan yahudi semata2 utk menyesatkan umat isele..

Quote kucen_miang 15-5-2014 10:40 AM
jauhnya datang . dari Sabah ke semenanjung buat maksiat. nak buat, celah2 pokok kat Sabah nun pun boleh buat.
Quote MelahJanda 15-5-2014 10:42 AM
untuk perhatian @razhar selanjutnya jua.
Quote Staratila 15-5-2014 10:46 AM
Kepala bertutup tapi perangai memalukan
Quote kudajantan77 15-5-2014 10:47 AM
atas tutup bawah buka ... drp dulu aku skeptical dgn pompuan2 pakai tudung nih ...

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.053253 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top