CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Krisis MAS: Hampir 300 Kru Kabin Letak Jawatan

14-5-2014 10:02 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 29110| Komen: 214

PETALING JAYA: Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang menanggung beban akibat tragedi MH370 kini berdepan masalah dalaman serius apabila hampir 300 kru kabinnya meletak jawatan menyebabkan syarikat kerugian dari segi kos latihan mencecah RM30 juta dalam tempoh dua tahun.

Faktor tekanan kerja, selain 'dipancing' syarikat penerbangan lain antara yang mendorong kira-kira 120 juruteknik pesawat, jurutera (40), pramugari dan pramugara (80) dan 30 juruterbang menamatkan perkhidmatan mereka di syarikat berkenaan.

Kebiasaannya, tindakan meletak jawatan itu berlaku apabila kru kabin selesai menjalani latihan yang dibiayai sepenuhnya syarikat yang dikatakan semakin kurang memberi tumpuan terhadap kebajikan kakitangan sejak tiga tahun lalu.

Sumber memberitahu mStar Online,  sudah beberapa tahun syarikat  gagal memberi bonus, keistimewaan kakitangan mendapat tiket penerbangan untuk bercuti bersama keluarga juga terhapus, selain beban tugas yang meningkat kerana kekurangan kakitangan.

"Pelbagai faktor ini menyebabkan kakitangan semakin tidak bersemangat untuk terus berkhidmat dengan syarikat hingga sejumlah besarnya berhenti tanpa mengambil kira sumbangan syarikat yang membiayai sepenuhnya latihan bagi mendapat tauliah Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

"Setiap kali kakitangan terbabit akan menamatkan latihan, sudah ada tawaran kerja daripada syarikat penerbangan lain dengan kadar gaji lebih tinggi, ia seolah-olah ada sindiket yang memerhati setiap kakitangan MAS dan menunggu masa sesuai untuk 'memancing' mereka," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Maklumat yang diperoleh menunjukkan MAS memperuntukan sejumlah dana yang besar untuk program latihan kakitangannya iaitu RM200,000 untuk setiap juruterbang MAS yang wajib menjalani latihan selama dua tahun dan RM190,000 pula kos bagi melatih jurutera penerbangan untuk tempoh latihan lima tahun.

Selain itu, kos latihan selama dua tahun untuk setiap juruteknik pula sebanyak RM75,000, manakala bagi pramugari dan pramugara pula tempoh latihan sepanjang empat bulan membabitkan perbelanjaan RM50,000 seorang.

Sumber itu berkata, sebagai syarikat penerbangan nasional, setiap tenaga pakar MAS 'ada harga' di pasaran industri penerbangan, sama ada di dalam atau luar negara.

"Siapa nak kerja dengan MAS kalau ada syarikat yang tawarkan gaji lebih RM30,000 sebulan bagi jurutera berpengalaman antara tujuh hingga 10 tahun dan ada juga juruteknik yang ditawarkan RM8,000 sebulan berbanding hanya RM3,000 di MAS," katanya.


Ditanya sama ada tragedi MH370 memberi kesan terhadap kakitangan syarikat itu, sumber itu berkata, ia menambah kesengsaraan mereka kerana tentunya syarikat yang menanggung rugi RM1.7 bilion sebelum ini akan berada dalam situasi lebih parah.

"Kalau bukan kerana MH370 pun semangat kerja kakitangan MAS sudah luntur sejak tiga tahun ini," katanya.

Menurut sumber itu lagi, jadual kerja kru kabin yang membebankan memaksa mereka bekerja untuk tempoh lama termasuk melalui penerbangan antarabangsa dan disambung dengan tugasan domestik sebelum dibenarkan bercuti.

"Situasi ini menyebabkan kru kabin tertekan daripada segi mental terutama apabila terpaksa berpisah lama dengan keluarga," katanya.

Bagaimanapun, pengurusan MAS tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan komen.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 13-5-2014 11:47 AM
Kesian pada mas airline.
Quote Innrukia 13-5-2014 11:50 AM
Bond la pekerja yg dihantar utk training. Kalau breach contract kena bayar kat MAS cost training tu blk
Quote CiliPadiSedap 13-5-2014 11:55 AM
bila lah pekerja porton nak letak jawatan ramai2?

Quote AHMADVW 13-5-2014 12:02 PM
mas, proton  GLC  yg bazir duit rakyat je,
sodap kroni konyang dpt supply brg kt company ni
Quote pu3_rania 13-5-2014 12:04 PM
Innrukia posted on 13-5-2014 11:50 AM
Bond la pekerja yg dihantar utk training. Kalau breach contract kena bayar kat MAS cost training tu  ...

Setuju dgn cadangan hang
Simpati dgn MAS escpecially pada CEO MAS iaitu Ahmad Jauhari Yahya
Setiapkali ada PC pasal MH370 di TV & bila camera fokus pd beliau, dpt rasakan beban yg sgt berat beliau kena pikul dari riak airmuka & rasa simpati sgt pd beliau
Quote thieo 13-5-2014 12:13 PM
Ini gaya2 raih simpati ka apa?
Quote myvios 13-5-2014 12:17 PM
pu3_rania posted on 13-5-2014 12:04 PM
Setuju dgn cadangan hang
Simpati dgn MAS escpecially pada CEO MAS iaitu Ahmad Jauhari Yahya
Seti ...

kesian AJ.. tu la kenapa keluar dari malakoff dulu...

Quote asamfish 13-5-2014 12:36 PM
depa mmg ade bond pun
not only bond tapi interest free loan yg mas bagi masa training (bukan free)
dan masalah dalaman mas ni bukan hanya berlaku selepas mh370
tapi dari dulu kini dan selamanya
cume tak berapa nak masuk paper jah
Quote Badut.Sarkas 13-5-2014 12:41 PM
Ok la ok la.. amik la duit epf ngan petronas kasi selamat.. paham dah what u want.
Quote alinone78 13-5-2014 12:42 PM
myvios posted on 13-5-2014 12:17 PM
kesian AJ.. tu la kenapa keluar dari malakoff dulu...

N kesian Malakoff juga skrg
Kenapa la ko keluo AJ???

Adakah ini karma?
Quote alinone78 13-5-2014 12:46 PM
Kesian MAS tersepit antara
Kepentingan orang atas
Kehendak staf
Keperluan penumpang
Quote aks_berhad 13-5-2014 12:58 PM
aku nak berfikiran positive sikit.

MAS adalah syarikat kerajaan. melatih para pekerja utk menjadi berpengalaman adalah salah satu teras dlm pembangunan modal insan. kerajaan mmg ada memperuntukkan sejumlah bajet yg amat besar utk memberi latihan profesional kepada rakyat bg meningkatkan keupayaan dan kompetensi, then boleh bekerja dgn syarikat2 swasta dgn gaji yg lumayan dgn return pendapatan akan dicukaikan semula.

benda latihan ni mmg ada ditawarkan di bawah mcm2 geran dan agensi kerajaan, cth MSC, SKMM and even MOHE sendiri pon ada. MAS rasanya tak terkecuali...

tp again la, ia cuma mmberi pulangan balik jika penerima latihan bekerja di dlm negara shaja.
Quote Acong 13-5-2014 01:02 PM
kenapa kakitangan MAS nie tidak bersyukur?


Macai
K Pilah
N9
Quote boyagombak 13-5-2014 01:06 PM
Padan muker.Tutup jer MAS
Quote ninja boy 13-5-2014 01:13 PM
lumrah mana2 company mmg camtuh,
Quote fadlily 13-5-2014 01:13 PM
Again brain drain.. Memang ramai dah kuar, termasuk la member(technician mas) dah lari ke emirates . Keja 5 tahun gaji ciput jerk..emirates offer dia 3x ganda. Cabut la. Camon la repair pesawat kot. Bukan repair kereta. Kerajaan akan sustain jugak company2 yang sakit. Proton tu pun ramai yang telented dah kuar pas drb amik alih nih.. Last2 jadi la macam modenas tu hah, hidup segan mati tak mahu..
Quote SUHA 13-5-2014 02:23 PM
Kesian dekat MAS sbb baru skrg nak tersedar. Selama ni duit megalir mcm air jah, masuk poket sana sini.. Hmm
Quote senahsanasini 13-5-2014 02:25 PM
Klu senah apply dpt tak?
Quote sueism 13-5-2014 02:26 PM
Yes my friend airport manager bagitau dah lama dia org tak
dapat bonus. Tapi time gaji memang MAS tak pernah lambat bayar.

Lihat semua komen(214)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.064687 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top