REMBAU: Seorang lelaki nyaris rentung selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dipandunya hangus dijilat api selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 230 Lebuhraya PLUS menghala selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat dekat sini, kira-kira 7.30 pagi tadi. Menurut Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Rembau, Mohd Yusof Samad, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu mangsa, seorang lelaki yang berusia awal 20-an hilang kawalan dan terbabas selepas salah sebuah tayar hadapannya pecah lalu melanggar besi penghadang di tengah lebuhraya. Ekoran perlanggaran itu menyebabkan kereta mangsa terbakar. Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Tuanku Jaafar, Seremban menuju ke tempat kerja di Melaka. Pihak Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan pada 7.40 pagi tiba di tempat kejadian tidak berapa lama kemudian dan mengambil masa kira-kira lima minit untuk memadamkan api.
|
ResellerMaxis posted on 9-5-2014 05:32 PM
nampak sangat myvi ni setanding kereta mahal macam lambo, ferrari dan lain-lain yang mudah terbaka ...
shernazz posted on 9-5-2014 05:35 PM
harus la
tu pasal la myvi ni merasakan depa mcm lambo
dok lane 3 saja tanpa ke tepi
ResellerMaxis posted on 9-5-2014 05:38 PM
abang @peYno jer masih xreti-reti nak jadi salesman perodua..sibuk jual preve dia tu..
shernazz posted on 9-5-2014 06:03 PM
tapi kete laun tu jarang plak dengornye
shernazz posted on 9-5-2014 06:03 PM
preve for urban people katanya
ADVERTISEMENT