CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Hudud: Ramai Sudah Buka Mata

9-5-2014 04:37 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5393| Komen: 17

Hudud: Ramai sudah buka mata, kata Asri

Dr Asri Zainul Abidin

SHAH ALAM - "Bagus juga Pas bawa hudud ini, sebab Dr Wee Ka Siong (Timbalan Presiden MCA) sudah baca tentang hudud," demikian antara petikan menarik daripada Profesor Datuk Dr Asri Zainul Abidin sepanjang berlangsungnya Wacana Sinar Harian Siri ke-27 hari ini.

Menurut Asri, kelantangan Kelantan dalam membawa isu hudud pada masa ini telah menyebabkan ramai pihak mula buka mata dan cuba belajar tentang hukum itu.

"Ramai yang telah cuba belajar hukum ini.

"Tengok hari ini Ka Siong sudah baca tentang hudud,"  katanya pada Wacana Sinar Harian siri ke-27 bertajuk 'Hudud: Bersediakah Kita" di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.

Sebelum itu, Ka Siong memberitahu kepada peserta wacana dan ahli panel bahawa beliau telah mengambil masa hampir empat hari untuk membaca dan memahami tentang undang-undang hudud Kelantan sebelum memenuhi jemputan sebagai ahli panel wacana kali ini.

"Saya sudah baca empat hari dan minta kawan Melayu tolong jelaskan tentang hukum yang berkaitan," katanya sambil menerima tepukan gemuruh daripada hadirin.

Wacana kali ini turut menampilkan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Timbalan Pengarah Institut Wasatiyah Malaysia, Jabatan Perdana Menteri, Dr Mushaddad Hasbullah.

Wacana ini, dikendalikan oleh penganalisis politik, Dr Maszlee Malik.




Hudud bukan hanya untuk rakyat bawahan

SHAH ALAM - Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Asri Zainul Abidin hari ini menyatakan bahawa hukum hudud perlu dilaksanakan namun hukuman tersebut perlulah dikenakan kepada semua golongan termasuk golongan tertinggi negara.

Dr Asri yang juga merupakan bekas Mufti Perlis berkata, sebagai contoh di negara Arab Saudi, hukuman hudud hanya dikenakan ke atas rakyat namun tidak bagi golongan istana, oleh itu tambahnya kalau mengikut hudud sebenar semua golongan perlu disabitkan hukuman hudud sekiranya didapati bersalah.

"Sebagai Muslim kita wajib menyokong hukuman hudud.

"Tetapi perlaksanaan hudud perlulah untuk semua golongan, bukan untuk rakyat bawahan sahaja.

"Sebab kalau ikut hadis Nabi, kalaulah Fatimah mencuri, beliau wajib dipotong tangan.

"Oleh itu untuk perlaksanaan hudud kita perlu pastikan semua golongan akan dikenakan hudud, walaupun orang tersebut merupakan golongan istana," katanya pada Wacana Sinar Harian siri ke-27 bertajuk 'Hudud: Bersediakah Kita" di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan, Asri menegaskan bahawa secara peribadinya beliau menyokong perlaksanaan tersebut namun Kelantan perlu mengemas kini undang-undang yang sedia ada.

"Perlaksanaan hudud di Kelantan, secara peribadinya saya menyokong penuh.

"Namun Kelantan perlu mengemas kini undang-undang yang sedia ada. Pastikan kerangka-kerangka ke arah perlaksanaan hudud itu diperkukuhkan terlebih dahulu.

"Misalnya, membendung hiburan, merangka pusat baitulmal supaya lebih efisien, bidang pendidikan yang lebih baik, mewujudkan suasana kondusif dan sebagainya selain memperkuatkan dan mengemaskini undang-undang yang sedia ada," katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BotakChinPeng 8-5-2014 12:04 PM
Sokong hukum hudud.

Jangan benarkan hukum ajaran sesat pas
Quote BotakChinPeng 8-5-2014 12:04 PM
Sokong hukum hudud.

Jangan benarkan hukum ajaran sesat pas
Quote jallaxx 8-5-2014 12:29 PM
http://bit.ly/Q8rQcf

saya sokong hudud perlu dikenakan kepada semua golongan kerana semua golongan hamba Allah. Laksana hudud seperti yang diperintah oleh Allah, bukan mengikut acuan sendiri.

Pelik betul kerajaan arab saudi tu...
Quote namirulmukminin 8-5-2014 12:38 PM
"Beta tidak pandai berbuat salah".... Kekdah nye.....
Quote kakikuDibibirmu 8-5-2014 12:42 PM
jallaxx posted on 8-5-2014 12:29 PM
http://bit.ly/Q8rQcf

saya sokong hudud perlu dikenakan kepada semua golongan kerana semua golonga ...

engkau dah kenapa baharu 10 minit dah kena troublemaker
Quote akusukaq 10-5-2014 09:16 AM
namirulmukminin posted on 8-5-2014 12:38 PM
"Beta tidak pandai berbuat salah".... Kekdah nye.....

Golongan istana  tak disabitkan dengan hukum hudud . Hudud hanya untuk rakyat biasa yang diperintah bukan yang memerintah.
Quote dualchicks 10-5-2014 09:29 AM
Totok minangkorbu...sila huraikan pendapat anda ...ada mmg minat issue nih
Quote shamsadis 10-5-2014 10:17 AM
selepas dilaksanakan hudud harap ada yang membela, kerana mereka yang dilaksanakan hudud contohnya bersalah mencuri dan dipotong tangannya, hendaklah diberi kad OKU dan elaun2 OKU dan penjagaan kesihatan kepada mereka yang disebat hendaklah terjaga diberi ubat2 yang bersesuaian contohnya...

Islam tidak membiarkan pesalah2 yang dilaksanakan hukumannya dibiar begitu sahaja tetapi hendaklah diberi peluang untuk meneruskan kehidupan kerana Allah swt maha pengampun lagi maha penyayang.
Quote edee_91 10-5-2014 10:30 AM
selagi sistem hukuman dikatakan hanya untuk orang Islam, ianya bukanlah hukum hudud. bodo woi sapa yang kata hukum potong tangan bila mencuri hanya valid untuk pesalah beragama Islam je. sumpah bodo.
Quote mekmalu 10-5-2014 10:47 AM
aku pun masih byk yg jahil lg pasal nih....
rasa cam nk pegi je nnti...

Quote batmana 10-5-2014 10:50 AM
knapa kita marah klu org yg cume blajar takat spm, berckp psl Quantum field theory dlm media umpama professor. kemudian bagi 'fatwa' certain teori ni kene ubah..

tapi, tk marah klu org tu cume  ada diploma masakan aja berhujah psl hukum hudud?..


pada aku, klu tk layak tu, tak payahla bagi hujah.. klu bukan ahlinya..
Quote devilito2 12-5-2014 07:35 AM
saya sokong hudud...
Quote gaara_X 12-5-2014 07:48 AM
itu perlunya ilmu....bukan melalui pembudayaan cakap kosong...
Quote roy3 12-5-2014 07:49 AM
Bgus la da xda sp pertikai hudud.dlu belah2 gomen dn pencacai suka permainkn hudud.skang trend udah berubah
Quote ISTRIMITHALI 12-5-2014 10:54 AM
hukum hudud pun perlu diadili oleh org2 yg jujur...
ape2 undang2 yg dilaksanakan pun perlukan peguam yg jujur.. baru lebih telus..
tp hudud adalah sistem undang2 terbaik utk negara malaysia sbb
pelaksanaannye mengambil kira punca, n akibat hukuman itu sendiri
Quote far_east00 12-5-2014 12:55 PM
terbaiklah,
Quote Anak_Nogori 17-5-2014 06:27 PM
baru MCA nak kenal Hudud PAS...dah tangguh plak ye..

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.043295 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top