Gambar hiasan Ok ceritanya macam ni. Suatu petang jam 4 lebih macam tu, cleaner di pejabat ni sedang mencuci tandas, mop lantai, cuci sinki dan lap cermin sambil dalam hatinya menyanyi lagu Kris Dayanti, mana saya tahu? Saya agak-agak je hehehe. Ok sorry kita sambung semula. Cleaner tu bersendirian dan itulah rutin harian beliau, iaitu memastikan tandas dalam keadaan bersih dan wangi untuk kegunaan staff di sini. Memang wajib dibersihkan setiap masa sebab ramai kan pengguna toilet ni, jadi haruslah sentiasa dalam keadaan bersedia untuk diguna. Tiba-tiba matanya terpandang akan sepasang selipar yang berada di belakang pintu tandas yang sedang terbuka separuh. Biasalah fikirnya ada orang yang mungkin hendak keluar setelah selesai membuang hajat. Emm takpelah dia fikir selepas orang tu keluar, dia nak mop lantai dan cuci mangkuk tandas tersebut. Sambil itu dia mengalihkan perhatian seketika untuk melakukan cucian di tempat lain dan kemudian perhatiannya difokuskan semula ke tandas berselipar tadi. Alamak!!! Selipar tu sudah tiada dan bila ditolak pintu tandas tu tiada sesiapa pun di situ dan dia yakin dan amat pasti tiada sapa yang melintasinya sejak tadi. Korang fikir apa??? Jeng jeng jeng….Selepas mendengar cerita makcik cleaner tu saya dan officemate semuanya takut nak ke tandas bersendirian. Sebelum ni ok aje ke tandas tak kira jam berapa pun, berseorangan pun, walau untuk tujuan apa sekalipun. Aduyaiii kali ini memang tak sedap hati langsung nak buang hajat, sebab terfikirkan hal tu. Nauuzubillah minta dijauhkan dari berselisih dengan ‘dia’. Ya Allah mintak jauhkanlah hendaknya. Saya seram juga beb!! Bila masuk tandas tu ok je, bila dah buang hajat dan nak keluar ke sinki untuk basuh tangan tu, dia terbayang macam-macam, korang boleh bayangkan kan? Eiii meremang bulu tengkuk, orang kata kalau meremang tu maksudnya adalah kan? Jadi saya paksa bulu tengkuk saya jangan meremang, boleh???
|
sinnerz posted on 6-5-2014 08:28 PM
pengalaman aku pada tahun 2002 kat tandas sebuah syarikat / kilang / warehouse .
keadaan tandas - ...
sinnerz posted on 6-5-2014 08:28 PM
pengalaman aku pada tahun 2002 kat tandas sebuah syarikat / kilang / warehouse .
keadaan tandas - ...
hajimex posted on 7-5-2014 12:57 PM
ko terduduk atas die... so die cakar2 suruh ko bangun... haha!
ADVERTISEMENT