CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Cukai Pintu Naik 200%

7-5-2014 05:50 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 29079| Komen: 335

TERENGGANU .... CUKAI PINTU AKAN NAIK SEHINGGA 200% MULAI AWAL TAHUN HADAPAN



KUALA TERENGGANU: Pengumuman kenaikan kadar baru cukai pintu di negeri Terengganu yang akan bermula awal tahun depan disifat membebankan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Isu Kenaikan Cukai Pintu Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, kenaikan sehingga 200% itu antara faktor menyumbang kenaikan kos sara hidup rakyat negeri terbabit.

Katanya, pihak jawatankuasa sudah menghantar memorandum bantahan kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terhadap kenaikan kadar baru itu pada Selasa.

Ahli parlimen Kuala Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrain Shah berkata, kenaikan itu kelak bakal menyusahkan rakyat.

“Kebelakangan ini sudah banyak kenaikan kos sara hidup berlaku termasuk harga letrtik dan minyak serta GST yang akan datang. Ini merupakan tamparan yang lebih hebat dan cabaran getir kepada rakyat,” katanya.

Nota bantahan diserahkan kepada Pegawai tadbir Pejabat Datuk Bandar, Mohamad Muda.

16 Januari lalu, menteri besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengumumkan cadangan menaikkan cukai pintu di kawasan pentadbiran MBKT berkuatkuasa 1 Januari tahun depan.

Kadar baru itu dikatakan bagi menanggung beban kewangan kerajaan berikutan kadar cukai lama yang masih diguna pakai sejak tahun 1981.

Cukai pintu ke atas pemilik kediaman serta premis perniagaan di negeri itu adalah kadar yang ditetapkan sejak 32 tahun lalu walaupun nilai semasa didakwa sudah meningkat berkali ganda.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote scorpionkiki 7-5-2014 01:30 PM
Nail aku talk terkejut... Kalau turun baru terkejut
Quote Acong 7-5-2014 01:30 PM
dapat wang ehsan pun mau naik gak?
Quote nebulagazer 7-5-2014 01:32 PM
Nape tak naik...da semua nk guna duit...tiapkali menteri mane naik pon...sibuk majukan kampung sndr...vangangsss
Quote noor2 7-5-2014 01:32 PM
BN sayang rakyat....
Quote ajie2000 7-5-2014 01:34 PM
PR & BN sama je...

baik sokong pasok momogun..
Quote NIXAR 7-5-2014 01:37 PM
sapa suruh pilih khalid. padan la muka
Quote namirulmukminin 7-5-2014 01:40 PM
Dulu PAS dah hapuskan cukai pintu... Sapa suruh gatal tangan pi pangkah BN... Padan muka hangpa...
Quote dino 7-5-2014 01:51 PM
aku dah sebut byk kali psl ni.. akhirnya totok bukak thread...
betapa klau melibatkn negeri umno senyap je media semua...
Quote kecimpret 7-5-2014 01:52 PM
baru laa adil sume naikkan cukai
Quote ultra78 7-5-2014 01:52 PM
Nanti BR1M boleh cover tu


Quote dino 7-5-2014 01:52 PM
namirulmukminin posted on 7-5-2014 01:40 PM
Dulu PAS dah hapuskan cukai pintu... Sapa suruh gatal tangan pi pangkah BN... Padan muka hangpa...:l ...

aku dah sebut hari tu kan....
tu baru satu isu.... byk lg tuh...  

Quote dino 7-5-2014 01:53 PM
ultra78 posted on 7-5-2014 01:52 PM
Nanti BR1M boleh cover tu

br1m tu leh la byr cukai pintu.... pakcik aku rumah die kena byr rm500.... die relaks je,... maybe guna duit br1m... ade la balance rm150
Quote dino 7-5-2014 01:55 PM




Quote namirulmukminin 7-5-2014 01:56 PM
dino posted on 7-5-2014 01:52 PM
aku dah sebut hari tu kan....
tu baru satu isu.... byk lg tuh...

Mata ngenyit2, jangan sangka otak tak pandai menipu.... Tu la kelebihan Mat Said..
Quote freebird 7-5-2014 01:56 PM
korang ingat nak pergi belajar kat antartika tu murah ke????
kena singgah kat buenos aires lagi, kena belajar menari tango lah...semua guna duit, taw!!!
berkorbanlah sedikit untuk pemimpin!!!
Quote dino 7-5-2014 01:56 PM




Quote dino 7-5-2014 01:58 PM
namirulmukminin posted on 7-5-2014 01:56 PM
Mata ngenyit2, jangan sangka otak tak pandai menipu.... Tu la kelebihan Mat Said..

dok gocoh gok.... tp wat senyap...



Quote kecimpret 7-5-2014 01:58 PM
namirulmukminin posted on 7-5-2014 01:40 PM
Dulu PAS dah hapuskan cukai pintu... Sapa suruh gatal tangan pi pangkah BN... Padan muka hangpa...:l ...

laaaa dah hapuskan ka?..bengong tul kasi tukang samun kuasa...mmg dirembat cukup2 laaa
Quote namirulmukminin 7-5-2014 02:00 PM
dino posted on 7-5-2014 01:55 PM



Hok ni ke??

Lihat semua komen(335)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.052501 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top