MACHANG - Demi minat, Adnan Mohamad sanggup membelanjakan berpuluh ribu ringgit bagi memiliki burung ketitir yang menjadi kesukaannya sejak 30 tahun lalu.
Katanya, antara burung termahal yang dimiliki bernilai RM19,000 yang kini sering menempa nama menggondol pelbagai hadiah setiap kali menyertai pertandingan. “Bukan hanya di dalam negara, saya juga pernah memenangi hadiah di peringkat Asia dan kejayaan itu menjadi kenangan manis buat saya sekalipun bukan hadiah yang menjadi tujuan utama saya memelihara burung ini. “Memelihara burung ini sebenarnya sekadar satu hobi dan menyertai pertandingan juga sekadar suka-suka sambil bertemu rakan yang mempunyai minat sama,” katanya. Adnan berkata, setiap hujung minggu diisi dengan menjayakan pelbagai pertandingan di merata tempat demi minatnya yang mendalam dalam seni permainan tradisional itu. Katanya, jika ada pihak mengatakan hobi itu membazir masa dan wang, ia tidak benar kerana hobi itu tidak membebankan malah memberi kepuasan kepada penggemarnya.
“Burung ini dah banyak kali menang, rasanya dah lebih 40 kali dan bagi saya ia memang berbaloi sekalipun bukan kemenangan yang saya kejar. Apabila memiliki burung ketitir yang suaranya merdu, ia pasti akan menjadi kebanggaan sesiapa sahaja. “Lagipun kita boleh kenal ramai orang tanpa mengira latar belakang dan peringkat umur. Kami boleh duduk bersama, bercerita pasal burung ini,” katanya ceria ketika ditemui pada pertandingan suara burung di sini, semalam. Adnan yang mempunyai pengalaman luas dalam selok belok penjagaan burung ketitir dan bagaimana mengasuh burung peliharaan itu kini memiliki enam burung ketitir. Kata Adnan, pertandingan suara burung mampu menjadi platform yang mampu mengeratkan hubungan dan mengukuhkan perpaduan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. Tambahnya, seni suara burung itu tidak hanya terhad kepada Melayu sahaja tetapi turut diminati Kaum Cina dan Siam. |
9
Bagus |
9
Marah |
Terkejut |
5
Sedih |
6
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT