MALAYSIA Airports Holdings Bhd (MAHB) merancang untuk membangunkan projek pemangkin di KLIA Aeropolis dalam usahanya menarik lebih banyak pelaburan bernilai berbilion ringgit di kawasan berkenaan. Rangkaian projek pemangkin berkenaan akan menjadi pencetus perubahan wajah kawasan yang mengelilingi Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) itu selepas KLIA Aeropolis menerima pelaburan utama pertamanya daripada sebuah firma Jepun, Mitsui Fudosan untuk membuka gedung beli belah Mitsui Outlet Park KLIA. Langkah menarik pelaburan baharu itu juga bertepatan dengan sasaran MAHB untuk mengukuhkan asas pendapatannya daripada sumber perniagaan bukan berkaitan penerbangan. Pengurus Besar Kanan Perancangan MAHB, Khair Mirza, berkata pelan induk komprehensif KLIA ketika ini merangkumi beberapa komponen utama bagi melengkapi gedung beli belah Mitsui Outlet Park yang dijangkakan mula beroperasi pada tahun depan. “KLIA Aeropolis akan mempunyai kawasan suite perniagaan berhampiran gedung beli belah ini di samping komponen pembangunan lain membabitkan hospitaliti, rekreasi dan santai termasuk cadangan membina sebuah lapangan golf. “Kami juga merancang membangunkan sebuah daerah perniagaan berpusat yang bertentangan dengan pejabat korporat MAHB. Projek pemangkin “Pada masa sama, Lembaga Tabung Haji (TH) juga sedang dalam fasa perancangan akhir untuk meletakkan hab pemprosesan haji bersama sebuah hotel di kawasan ini,” katanya ketika ditemui di Sepang, minggu lalu. Khair berkata, beberapa projek pemangkin KLIA Aeropolis kini berada dalam peringkat perancangan, termasuklah cadangan untuk membangunkan hab kargo dan logistik sebaik saja Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) ditutup sepenuhnya pada Jumaat ini. Katanya, cadangan berkenaan akan membolehkan Malaysia secara umumnya meraih manfaat langsung yang besar kepada ekonominya. “KLIA Aeropolis ialah sebuah pembangunan mega dan kami mempunyai beberapa pihak yang berminat untuk melabur di dalamnya. MAHB sedang berbincang dengan mereka. Zon komersial bebas “Kawasan pertumbuhan ini juga adalah satu jendela peluang kepada Malaysia untuk menunjukkan kepada dunia apa yang kita dapat sediakan kepada pelabur antarabangsa,” katanya. Khair berkata, kira-kira 1,000 hektar kawasan di KLIA Aeropolis diperuntukkan untuk membina taman tema bertaraf dunia. KLIA Aeropolis juga, katanya akan menampilkan sebuah zon komersial bebas, sebuah pusat mesyuarat, konvensyen dan pameran, kawasan penjagaan alam sekitar dan zon pelancongan hijau. “Kawasan berkenaan dijangka siap dalam tempoh antara lima hingga 10 tahun akan datang,” katanya. Buat masa ini, kawasan seluas 2,428 hektar daripada 8,966 hektar KLIA Aeropolis sudah dimajukan. Kawasan yang masih belum dimajukan kini ditanam dengan pokok kelapa sawit. KLIA Aeropolis terletak kira-kira enam kilometer daripada KLIA dan terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).
|
Khair berkata, kira-kira 1,000 hektar kawasan di KLIA Aeropolis diperuntukkan untuk membina taman tema bertaraf dunia.
wana89 posted on 5-5-2014 11:48 AM
tapi kan abe abu, ni masih status diperkirakan,akan,masih..jadi xboleh bangga mana
walaupun d ...
ogresepuluh posted on 5-5-2014 11:51 AM
gini mau jadi bandara bertaraf dunia
hal imigrasi aja udah teruk
wana89 posted on 5-5-2014 11:43 AM
kalo betul la..abes la ada hati terbakar macam gunung berapi...
kan @Peterpan17 @dino
wana89 posted on 5-5-2014 11:56 AM
@wongedandotcom2 @superjoni .... ni contoh berita pembangunan malaysia yang masih status bisa, dipe ...
Kittie posted on 5-5-2014 01:30 PM
LCCT lg 4 hari nk forever katup pun ada lg yg windu dok ckp. Minat betul kat LCCT nih ek? Dr menteri ...
wana89 posted on 5-5-2014 11:48 AM
tapi kan abe abu, ni masih status diperkirakan,akan,masih..jadi xboleh bangga mana
walaupun d ...
Peterpan17 posted on 5-5-2014 01:39 PM
Wah!! bagus ni klu durang buat hab pemprosesan haji di kawasan ni. Aku setuju sangatlah. Lbh org ...
Peterpan17 posted on 5-5-2014 01:21 PM
Kawe dah panas. Airport yg dah ditutup dia buat issue. Kekekeke!!
ADVERTISEMENT