CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Tandas Dibina Bersama Kubah

5-5-2014 11:20 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14667| Komen: 117

                                    
        
                       
        
        
                                                                 


Bangunan Tandas Resort Di Desaru Menyerupai Masjid Didakwa Hina Islam   
            

                      
SEBUAH resort di Desaru, Kota Tinggi, Johor mencetuskan kontroversi apabila sebuah bangunan tandas  di dalam resort berkenaan didakwa menyerupai masjid.Gambar bangunan kecil itu yang mempunyai tiga kubah tersebar melalui blog pembangkang pada hari ini mendakwa tandas awam yang menyerupai masjid sebegitu hanya boleh ditemui di negeri yang ditadbir UMNO.

Bangunan berkenaan terletak dalam kawasan Lotus Desaru Beach Resort, pantai Desaru, Kota Tinggi, Johor dan didakwa ia seperti menghina agama Islam dengan rekabentuk sebegitu.

Pemeriksaan lanjut, penulis berjaya menghubungi pihak resort berkenaan  dan menurut kakitangan resort yang enggan namanya disiarkan, bangunan berkenaan memang memiliki kubah bagaimanapun ia telah wujud sejak tahun 90-an lagi di resort berkenaan.
Bagaimanapun, baru-baru ini pihak resort ingin memperindahkan lagi bangunan itu dan sejak itu ia menjadi perhatian orang ramai dengan corak binaan ala-ala Maghribi yang ditonjolkan melalui kubah berkenaan.

Menurut kakitangan itu, pihaknya menyedari kontroversi berkenaan pagi tadi apabila ia tersebar di internet dan beliau berkata pihak resort sudah pun bertindak menanggal dan menurunkan khubah berkenaan.

Katanya, pihak Jabatan Agama Islam Johor juga sudah hadir dan melihat bangunan itu ekoran kontroversi berkenaan.Sebelum ini, sebuah resort berhampiran di Tanjung Sedili juga mencetus kontroversi apabila sebuah bangunan yang digunakan sebagai surau di Tanjung Sutera Resort telah disalahgunakan sebagai lokasi membuat ritual agama Buddha.

Hasilnya, kini bangunan di Tanjung Sedili itu sudah pun dirobohkan dan pemilik resort berkenaan turut ditahan.





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lavakesurau 5-5-2014 01:06 AM
budusnyer akitek....

Quote Acong 5-5-2014 01:10 AM
terhina tak bila masj*d sama design cam tokong?


Quote lavakesurau 5-5-2014 01:25 AM
Acong posted on 5-5-2014 01:10 AM
terhina tak bila masj*d sama design cam tokong?

budus punyer akitek...



Quote Decaffeinated 5-5-2014 01:36 AM
dulu kat Penang....

Quote Decaffeinated 5-5-2014 01:38 AM
kalau setesen ketapi xpe kan...?

Quote freebird 5-5-2014 02:29 AM


musti caprut penyokong jdt ni rasa amat terhina bila pusat pemerintahan komunis guna kubah masjid...
Quote nagapompuan 5-5-2014 02:47 AM
Samdol. Sikit sikit terhina, sikit sikit menghina. Giler Penyakit senggugut aper laaa malaun ni sume.


Relex la. Macam tak caye dengan kekuatan, kesucian agama sendiri lak. Lemah sangat ke agama Islam ni sampai

toilet Berkubah pun dah terhina tercalar agama?
Quote miss_bear 5-5-2014 03:09 AM
Acong posted on 5-5-2014 01:10 AM
terhina tak bila masj*d sama design cam tokong?

laaaa, ini masjid ke
aku dulu dah berfikir2 nak masuk semayang tapi takut bukan masjid
macam masjid, macam bukan
sudahnya aku cari tempat lain
Quote mommymonster82 5-5-2014 04:36 AM
Ada surau jugak ke toilet semata?

Skit2 terhina.. Period ke haper
Quote peYno 5-5-2014 05:29 AM
jawa jdt mudah sentap...
Quote ajinomotonosuga 5-5-2014 05:42 AM
kubah, bulan sabit bintang seme tu bukan dari islam pun, tu seme anggapan orang islam berkenaan simbolik islam

no such thing as simbol simbol islam..dalam islam tadak main simbol2

kalo sapa kata kubah tu tanda islam, bulan sabit tu tanda islam.. oang ni oang jahil

serupa gak tadak nama nama islam.. selagi nama tu elok dalam bahasa masarakat tu..pakai aje ler..no such thing islamic name

no such thing islamic banking islamic ekonomi dan tak tinggal islamic law..ni seme rekaan manusia nak justify tuhan NAFSU depa

err lupa.. parti islam pun sewajar nya tak wujud

selagi beriman DAN amalan tu soleh , yakni dapat keredhaan Allah.. islamic ler tuh

buat lah bangunan camna sekali pun, buat lah undang2 camna sekali pun, buatttttttttt lah apa pun sekali pun terdaya termampu dan kalo di izin jadi oleh Allah swt

kalo pekara itu baik dan dalam keredhaanNYA, islamic lah tuh

duduk dalam bank islam negara islam parti islam di kalangan orang islam society orang islam pakai undang2 islam tapi kalo amalan tu kurafat, amalan tu syirikkkkkkk, amalan tu ikut ikutan yahudi nosoro, amalan itu di benci di murkai Allah dan rasulNYA.. amalan itu terpisah dari agama, amalan itu menzalimi kejadianNYA yang lain, amalan itu itu boleh di katakan tidak akan memperkasakan IMAN sesoang itu, amalan itu akan jatuhkan dia ke lembah api nuraka haaa

oang kristian amik palang tu jadi simbol kristian, Madonna nari separuh bogel tonggeng2 pun pakai rantai salib, model2 separuh bogel tu pun ada pakai rantai salib nak tunjuk depa kristian

lalu orang islam pun nak tiru, kene ada SIMBOL so depa dakwa kubah tu simbol islammmm, bulan sabit tu simbol islam

hang pakai Palang Merah, haku pakai Bulan sabit.. wahhh lainnnnnnnnn ye? btui ke lain? hahahaha

yang kelako nya doktor islam takmo sentuh pesakit..katanya haram sentuh pasei bukan mahram so depa pakai kayu cam pembaris tu tenyeh2 pesakit..insulting tak? ini ker amalan orang beriman?

saya kira kalo kita tak sibuk pasal SIMBOL seme tu dan fokus pada amalan macam mana yang Allah redha, tentu kita tidak berada dalam golongan yang rugi ..kan kan kan?

kita habiskan masa fikir macam mana nak perkasakan umat, tapi sebelum tu kene perkasakan diri dan oang terdekat lah

perkasakan umat bukan main dengan SIMBOL!! perkasakan umat ialah dengan siram dan baja benih IMAN umat tuh dan itu ler bersabit AMALAN

dah tau majoriti oang islam miskin, dah tau majoriti oang islam dok dalam pusat serenti, dalam penjara

dah tau majoriti peragut penjenayah penghisap dadah seme tu adalah ORANG ISLAM..

dah tau seme ni pasai pa tak buat apa2? kalo dah buat pun pasai pa masih teruk? review dan kaedah tu macam mana?

adakah dengan HUDUD maka seme statistik turun? saya berani dan yakin kata TIDAK !! TAK MUNGKIN ! pasai pa?

pasai tuhan tidak akan tukar ketetapan ketetapanNYA
pasai tu dia kata dia takkan tukar nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu yang tukar..nak paham bab ni kene faham SIAPA ITU MANUSIA..kene kaji perangai  manusia yang FITRAH, contoh nya semulajadi manusia akan ikut KUMPULAN kumpulan , so kene study pasai psikoloji pasal GROUP BEHAVIOUR atau sains masarakat or sains sosial

bukan nya hidup ni semudah main simbol dan tukar2 simbol, besimbol2 seme ni adalah CARA IBLIS tipudaya anak2 adam, mengelabui dan menutup fikiran depa dari bekeje..ni ler kaedah iblis gak

things are what they appeared to be ! omputih kata  

shakespeare kata dunia ini pentas lakonan

saya kata plak dunia ni pentas main silap mata!

bukan tokleh pakai simbol..simbol ni alat komunikasi gak, jimat cepat dan efektif kalo kene pada tempatnya

sign and symbol, ni sabjek komunikasi gak so bukan saya tak tau apa yang saya cakap

tapi islam itu bukan dari manusia bukan ciptaan manusia bukan bukan bukann..islam itu deen Allah, aturcara, the way supaya hamba hambaNYA hidup selamat di dunia dan selepas dunia, merasai keadilan keselamatan dunia dan akhirat..manusia takkan berdaya dapatkan satu formula yang perfect dulu kini dan selamanya untuk hidup di dunia sebab manusia itu lemah dan penuh kelemahan  pasei dia ciptaan

so yang mencipta or Allah swt turunkan agamaNYA untuk hambaNYA melalui para pesuruhNYA

dalam islam tadak simbol2 so called islamic tu..takdok !! bertudung apa jenis pun berpurdah seme tu..itu bukan simbol islam, berkhatan pun bukan simbol islam berserban jubah pun bukan, tadak satu apa buleh di katakan SIMBOL ISLAM.. warna hitam kaaa warna hijau kaa..tadak satu buleh di dakwa warna islam

islam tadak warna2, tadak simbol2..islam is pure BLANK  dan ko isikan apa jua suka ko pada tempat kosong itu according to ur kaum or ur budaya setempat dan selagi amalan itu

tidak syirikkkk
tidak haram jelas bersyubahat etc.. buleh aje ko amalkan dan amal soleh itu buat ko jadi oang yang beruntung dan bukan orang2 yang rugi macam tuhan bersumpah pada MASA

bila kita simbolkan islam maka kita telah sempitkan yang luas, bila kita bentuk kan rupakan islam macam ni islam macam tu..maknanya islam itu telah di sempitkan di susahkan dan akibatnya masarakat KELIRU dan depa jadi susah so depa tak suka agama ini dan tak amal apa yang wajib di buat

nak solatttttttttt kene carik masjid musti ada kubah, musti ada ayaq..tadak ayaqqq? qada je la sok2

kendian kutuk oang yang tak basuh berak sedangkan agama dia mudahkan dengan kaedah istinja'

ini ler perangai oang tak beriman , cuma dia orang islam...dia ingat islam dan iman tu 2 mende yang sama

kalo oang islam MESTI lah oang beriman..ni ciptaan manusia !!! kata2 manusia, macam di mesia kalo orang melayu MESTI agama dia islam..ni sapa ajar kalo tak manusia yang ajar..btui kan?

quran, tuhan yang kata kalo belum di uji, kamu belum di anggap orang beriman..oang beriman akan di uji!  ujian mungkin bentuk kesenangan hidup dunia, mungkin bentuk kesusahan hidup

so oang kaya di uji kesyukuran dengan kemewahan hidup dia, oang miskin di uji kesabaran dia dalam kemiskinan

anggap diri orang islam kendian cipta parti islam kendian dakwa negara ini negara islam kendian kata ada universiti islam, ada bank islam, ada undang2 islam so tak cukup iman kaa seme tu..bukan bukti kah?

buktinya ialah perhatikan segalanya, kadar dan statistik jenayah mungkar cerai dera anak sumbang mahram dadah rogol eksiden jalanraya dan segalanya..seaaaaaaagalanya perhatikan dan jawap sendiri
Quote kakikuDibibirmu 5-5-2014 05:54 AM
nabi kalau hidup balik, benda pertama yang dia takajut tengok mesejid lah, berbeza betul dengan zaman dia
Quote alinone78 5-5-2014 06:16 AM
ajinomotonosuga posted on 5-5-2014 05:42 AM
dah tau majoriti peragut penjenayah penghisap dadah seme tu adalah ORANG ISLAM..

dah tau seme ni pasai pa tak buat apa2? kalo dah buat pun pasai pa masih teruk? review dan kaedah tu macam mana?


Pelbagai kaedah dah buat
N semua kaedah dah review
Pemulihan dari cold turkey kepada perubatan
Pencegahan daripada umum kepada khusus
Fokus Penguatkuasaan dari orang ramai kepada orang kena pengawasan

Cuma tembak mati j belum

Bukan senang nak elak penagih dari relapse Last edited by alinone78 on 5-5-2014 06:19 AM

Quote alinone78 5-5-2014 06:20 AM
miss_bear posted on 5-5-2014 03:09 AM
laaaa, ini masjid ke
aku dulu dah berfikir2 nak masuk semayang tapi takut bukan masjid
...

Lol
Kalau dak mau ko terkujat
Tandas rupanya
Quote noor2 5-5-2014 06:26 AM
ajinomotonosuga posted on 5-5-2014 05:42 AM
kubah, bulan sabit bintang seme tu bukan dari islam pun, tu seme anggapan orang islam berkenaan simb ...

ya awloh.....panjangnya...berpinor baca
Quote noor2 5-5-2014 06:28 AM
Acong posted on 5-5-2014 01:10 AM
terhina tak bila masj*d sama design cam tokong?

...

kat malaysia kena ada kubah....
Quote Al-Patih 5-5-2014 06:29 AM
terlebeh makang tempeh kot meke ni ....
Quote sueism 5-5-2014 06:43 AM
noor2 posted on 5-5-2014 06:26 AM
ya awloh.....panjangnya...berpinor baca

samalah kita pun baca sampai nak pitam
sama gak macam one of my friend solat x tinggal (seriously x tinggal)
tapi perangai hazab, suka panggil org anak haram, bangsat ,
sial semua cukup.

Quote Badut.Sarkas 5-5-2014 06:43 AM
Ni salah satu agenda halus yahudi!  Tapi kan.. kalau ada tandas rupa gereja, aku rasa yang tersentap tetap isele gak.. ngan alasan tandas tu ejen kristian!  Masuk tandas terus xleh ngucap dah.

Lihat semua komen(117)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.249645 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top