CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Nurul Trauma Ke Sekolah, Bimbang Dirotan Lagi !

2-5-2014 03:07 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15622| Komen: 196

MELAKA - Hanya kerana salah faham, seorang murid tahun dua sebuah sekolah kebangsaan di sini, cedera di belakang badan selepas dirotan guru Matematik, dalam kejadian Selasa lalu.
       
Nurul Noor Natasha Abdul Rahim, 8, dirotan guru lelaki berusia 40-an terbabit, selepas bertanya sesuatu yang tidak difahaminya kepada rakan lelaki di dalam kelas.
       
Bapa kanak-kanak itu, Abdul Rahim  Osman, 50, mendakwa tindakan guru yang dipanggil Ustaz itu bukan saja menimbulkan rasa sakit tetapi turut meninggalkan kesan lebam pada belakang badan anaknya yang dipanggil Adik.
       
“Sebelum kejadian, guru itu memberi penerangan, namun tidak dapat difahami Adik lalu dia bertanya kepada rakan lelaki yang duduk di sebelahnya untuk minta penjelasan.
       
“Tidak Semena-Mena Mereka Berdua Dirotan Di Belakang Badan Kerana Berbual Di Dalam Kelas, Selain Menuduh Mereka Membuat Maksiat,” Katanya Ketika Ditemui Di Rumahnya Di Taman Seri Telok Mas, Telok Emas, Di Sini Semalam.

        
Abdul Rahim yang bekerja sebagai pemandu di Syarikat Air Me-laka Berhad (SAMB) berkata, dia hanya mengetahui kejadian terbabit selepas dihubungi isterinya, Zainab Sarim, 49.
       
Zainab berkata, dia menjemput anaknya pulang dari sekolah kira-kira jam 1 tengah hari dan terkejut apabila melihat kesan lebam panjang seperti dirotan selepas membuka pakaian untuk mandi.
       
“Adik mengadu sakit di belakang badan dan saya terkejut apabila melihat terdapat kesan lebam. Setelah ditanya, Adik menceritakan dia dirotan guru. Akibatnya, Adik trauma dan takut untuk ke sekolah," katanya.
       
Berikutan kejadian itu, katanya, dia dan suami membuat laporan di Balai Polis Kandang, sebelum  membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Melaka pada hari sama.
       
Menurutnya, laporan itu dibuat kerana ia kejadian kali kedua selepas kejadian anaknya itu dirotan di kepala oleh seorang guru wanita, dua bulan lalu, disebabkan tidak mahir dalam subjek Bahasa Inggeris.
       
"Selepas kejadian dulu, suami yang kemudian bertindak bertemu guru disiplin selepas guru besar tiada ketika itu.
       
"Mereka berjanji mahu menyelesaikan secara baik namun bukan sahaja tiada tindakan diambil malah tiada permohonan maaf dibuat guru terbabit," katanya.
       
Zainab berkata, tidak salah sekiranya anaknya dirotan bagi tujuan mendidik tetapi tindakan itu perlu dilakukan di anggota badan yang sesuai seperti di tangan.
       
Sementara itu, Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Md Yunos Husin berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung perkara berkenaan dengan segera.
       
“Saya akan menyiasat kedudukan sebenar dakwaan itu," katanya  ketika dihubungi di sini, semalam.-sinarharian



Zainab menyapu ubat pada bahagian belakang anaknya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 2-5-2014 10:27 AM

Zainab menyapu ubat pada bahagian belakang anaknya.


p/s demi berita, anak diseparuh bogelkan...
Quote bidacool 2-5-2014 10:31 AM
Tembannya adik....... anak gadis tak manis di biar ke arah obesiti.....mohon ibu adik pantau diet adik ni.....

Off topic pulak....
Quote sueism 2-5-2014 10:33 AM
bidacool posted on 2-5-2014 10:31 AM
Tembannya adik....... anak gadis tak manis di biar ke arah obesiti.....mohon ibu adik pantau diet ad ...

mungkin mak pak dia ingat badan berisi sihat untuk anak,
kan org selalu kalau tengok budak kecik kurus kering
kata macam mak tak bagi makan aje.

Quote abas8888 2-5-2014 10:38 AM
ingat kambing lembu kuda ke nak pukul kat badan..ini kat sekolah , dan ikut peraturan guru biasa mana boleh jatuh hukum pada pelajar.. kena hantar pada guru disiplin..
Quote kikuri 2-5-2014 10:42 AM
kecik2 lagi dah kene tuduh buat maksiat...bertabahlah dik nurul
Quote bidacool 2-5-2014 10:47 AM
sueism posted on 2-5-2014 10:33 AM
mungkin mak pak dia ingat badan berisi sihat untuk anak,
kan org selalu kalau tengok budak kecik  ...

Salah satu penganiayaan tanpa sedar mak bapak pd anak sendiri...... nnt anak dh remaja dia akan malu dgn fizikal dia, gigih kena diet bagai pulak......

Susah jugak anak skrg, sekali di rotan dah trauma..... dan cikgu pun satu hal, budak 8 thn dituduh buat maksiat? payah dgr komen sebelah pihak ni, apapun tindakan cikgu tu suka hati rotan anak org sesuatu yg keterlaluan.....
Quote isseliparjepun 2-5-2014 10:48 AM
Dah 2 cikgu rotan die?? Dulu cikgu bI skang ni cikgu Math plak?? Kesian budak ni. Kengkadang memang ade masalah budak yang lemah...kategori lembam. Memang lambat tangkap tapi cikgu kena sabar la. Rotan kat kepala ngan belakang badan..adakah cikgu tersebut mental??
Quote annehuda 2-5-2014 10:48 AM

        “Sebelum kejadian, guru itu memberi penerangan, namun tidak dapat difahami Adik lalu dia bertanya kepada rakan lelaki yang duduk di sebelahnya untuk minta penjelasan.


masa aku darjah 4, meja kt kelas aku mmg disusun dua. aku duduk sebelah budak lelaki nama nizam. seb baik aku takde ustaz psiko mcm nih kalau tak hari2 la aku kene rotan.

Quote Ha_Neul 2-5-2014 10:54 AM
guru-guru sekolah semakin mental.
Quote cubby_qt 2-5-2014 10:55 AM
Lemah belajar bukan dosa dan bukan kesalahan...

qt x kan marah murid yg tak dapat jawab sbb tak tahu atau tak faham.. tapi mmg hot bila murid berbual dalam kelas.. ketika kita mngajar..

berani marah jer la.. x berani rotan..
Quote bronox 2-5-2014 10:56 AM
Aku dulu darjah 2 dah kena rotan dengan cikgu sebab tak ingat sifir. Okay je.
Quote sueism 2-5-2014 11:03 AM
bidacool posted on 2-5-2014 10:47 AM
Salah satu penganiayaan tanpa sedar mak bapak pd anak sendiri...... nnt anak dh remaja dia akan ma ...

conclusion mak pak pun tak peka dengan kesihatan anak
cikgu pulak mental
Quote mommymonster82 2-5-2014 11:08 AM
Walau aper pon merotan begini bukan mendidik...budak perempuan pulak tu..

Harap cikgu tu dapat bg penjelasan sebenar.. And klu benar dia slh sila minta maaf dari ibu bapa tersebut..

Xkurg pon gaji klu minta maaf..tunjuk skit simpati n ngaku kesilapan...
Quote mommymonster82 2-5-2014 11:09 AM
Ha_Neul posted on 2-5-2014 10:54 AM
guru-guru sekolah semakin mental.


Dulu sbb internet n berita xsecepat n meluas mcm skrg. Klu bc dlm thread sblum ni pon ramai yg dulu dpt cikgu mental tp xberani balik ngadu.
Quote prettyuglybabe 2-5-2014 11:16 AM
aduhai.. tak payah la kot sampai bukak baju semata-mata nak tunjuk. anak perempuan tu..
Quote haryatie 2-5-2014 11:23 AM
budak umur 8 tahun dirotan mcm tu skali
cikgu ni tengah marah sgt ni..
btul ke ada pendapat yg mengatakn org yg panas baran ni, cepat marah ni kurang kasih syg..
maybe kut kat rumah takut bini atau bini x takut dia..
Quote bidacool 2-5-2014 11:24 AM
sueism posted on 2-5-2014 11:03 AM
conclusion mak pak pun tak peka dengan kesihatan anak
cikgu pulak mental

Mak bapak jugak anggap tak apa separa bogelkan anak kat suratkhabar.....

Kesimpulannya semua mental.....
Quote Cyempaka 2-5-2014 11:34 AM
berdasarkan fizikal dia dari belakang mungkin budak ni jenis slow sikit kot..
kesian dia..cikgu2 pun kadang2 ada yang berat sebelah, budak2 comel dilayan baik2, yg kurang comel tu nasiblah
Quote sueism 2-5-2014 11:37 AM
bidacool posted on 2-5-2014 11:24 AM
Mak bapak jugak anggap tak apa separa bogelkan anak kat suratkhabar.....

Kesimpulannya semua me ...

betul tu sokong sgt2 semua mental
nanti anak bila besar pun separuh mentah rasa nya

Lihat semua komen(196)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.133444 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top