Rumah Katerer Kena Ceroboh: Hanya Set Pinggan Mahal Disapu Bersih ! Dalam kejadian Khamis lalu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Is, 43, kerugian kira-kira RM70,000 selepas hampir semua pinggan mangkuk dicuri penjenayah yang menceroboh banglo terletak di Jalan P Ramlee. Mangsa berkata, penjenayah turut melarikan peralatan katering, tujuh alat penghawa dingin, televisyen dan komputer miliknya. Menurutnya, kejadian hanya disedari sekitar jam 4 petang apabila dia datang ke banglo itu untuk melakukan pemeriksaan selepas hampir dua minggu tidak berkunjung ke rumah terbabit akibat sibuk dengan urusan kerja. “Saya bagaimanapun berasa pelik selepas mendapati pintu pagar kecil di rumah itu sudah terbuka. “Malah saya tambah sangsi apabila mendapati sebuah peti sejuk yang berada di dalam banglo itu tersadai di luar pekarangan rumah,” katanya. Dia yang mengesyaki penjenayah masih berada di dalam rumah kemudian melakukan intipan dari dalam kereta diletakkan tidak jauh dari banglonya itu. “Tidak lama kemudian, saya melihat seorang suspek lelaki cuba memindah keluar peti sejuk berkenaan melalui pintu belakang kediaman. Gambar hiasan Saya segera menghubungi pihak polis selain cuba mengejar suspek namun lelaki itu berjaya melarikan diri,” katanya. Menurutnya, salah seorang jiran bersebelahan banglo itu mendakwa ada melihat dua van muncul di kediaman itu, namun tidak menyangka ia adalah milik penjenayah. “Dia menyangkakan van itu adalah kepunyaan syarikat katering saya sebelum melihat beberapa lelaki memunggah peralatan katering dan pinggan mangkuk ke dalamnya. “Saya bernasib baik kerana memperoleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu dan perkara berkenaan sudah dilaporkan kepada Balai Polis Wangsa Maju,” katanya.
|
14
Bagus |
24
Marah |
23
Terkejut |
12
Sedih |
19
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT