CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tinggal Di Pondok Bas Pun Gila Ke?

2-5-2014 10:36 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6473| Komen: 37

Batu Pahat: Seorang lelaki nekad menghabiskan sisa hidupnya dengan tinggal di pondok bas sejak tiga tahun lalu apabila mendakwa sering dipukul abangnya yang juga pesakit mental ketika tinggal bersama di Kampung Tengah, di sini.

Sejali Senin, 50, mendakwa tindakan abangnya itu menyebabkan dia mengambil keputusan tinggal di pondok bas di Jalan Yong Peng-Batu Pahat berhampiran Parit Tengah, di sini.


Menurutnya, dia bekerja mengambil upah di kebun sayur berhampiran hanya berpendapatan RM20 sehari.

“Ramai orang sangka saya gila, tetapi yang gila sebenarnya adalah abang bukan saya. Saya sudah biasa dengan cara hidup begini dan bangku di pondok bas ini menjadi katil saya. Bila bosan, saya akan mendengar radio dan inilah saja harta yang saya ada,” katanya .

Dia berkata demikian kepada Harian Metro ketika ditemui menjalani ‘kehidupan hariannya’ di pondok bas.

Sejali berkata, dia mempunyai adik-beradik yang lain, tetapi tidak mahu mendedahkan jumlah adik-beradiknya dan sebab mengapa dia tidak mendapatkan bantuan mereka.


SEJALI bersyukur mempunyai pekerjaan walaupun hidup sebagai gelandangan di pondok bas.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 2-5-2014 07:11 AM

SEJALI bersyukur mempunyai pekerjaan walaupun hidup sebagai gelandangan di pondok bas.
Quote yipun_78 2-5-2014 07:14 AM
bagus gak dia bukan jenis meminta2 tp berusaha gak
Quote glump 2-5-2014 07:30 AM
Mcm tunggu bas kat umah dia.wal hal dia yg dok kat tpt tunggu bas.. entah apa2
Quote xpdckelate 2-5-2014 07:39 AM
bina la pondok kat kebun sayur tu...pi dok kat pondok bas,orang lain pun nak guna,adoiya
Quote Dewa19XKangen 2-5-2014 07:43 AM
masa aku jaga stesen bukit merah dulu gini juga la,satu pakcik bini lari makan mandi tido dstesen,ikut shif keja ngan propel,nak halau bukan gila,memandang pun stesen setahun lebih lg nak katup kasi ja la,masa pegawai mai ja suruh dia nyorok.lg pun dia orang tempatan situ,stesen tu ngan kawasan sekitar ada nilai sentimental value bagi dia..
Quote blackred99 2-5-2014 07:56 AM
kdg2 pun ada stesen bus yg tak digunakan, biarlah pakcik tu duduk situ walaupun keselamatan tak terjamin, jgn nak dihalau pulak.
Quote fifie_olin 2-5-2014 08:23 AM
tp org yg nk tggu bas rimas laa...
siap bersidai2 bj...
Quote mjla 2-5-2014 08:25 AM
Ketua kg tak amik peduli kaaa.....
Quote lavendernovella 2-5-2014 09:24 AM
Kesiannyer ..... elok dia watpondok kt kebun sayur, sambil keje sambil jage kebun .. lebih baik ..

Boleh buat iktibar buat semua ...termasuk saya  
Quote sueism 2-5-2014 09:27 AM
la nasib lah tunjuk gambar kalau tak
aku tak boleh nak bayang pondok bus tu macamana
almaklum lah aku call bus stop aje hehehe
Quote eden77 4-5-2014 09:39 AM
kesempitan hidup kian mula melanda negara ini secara besar-besaran. percayalah 1 hari nanti pekara ini menjadi pemandangan biasa bagi negara. Untuk itu perlu ditangani dengan teliti dan mengenalpasti punca permasalahan.
Quote budaktua 4-5-2014 10:12 AM
dia tak rasa ke yg dia dah conquer tmpt 2...? @ mmg org tempatan dah halalkan tmpt tu utk dia?
Quote tengokjerrr 4-5-2014 10:13 AM
patut dia bina pondok kat mana2 yg lebih selamat ... org awam tentu tak selesa nak guna pondok bas tu.

Kat kg saya matpet bina pondok atas pokok besar jauh dibelakang rumah setelah dibuang keluarga .. huhu
Quote noor2 4-5-2014 10:33 AM
tongkatwaran75 posted on 2-5-2014 07:11 AM
SEJALI bersyukur mempunyai pekerjaan walaupun hidup sebagai gelandangan di pondok bas.

sah gila....dia pikir ni hak dia ka...kesian org awam lain nak tunggu bas...


ada ka org gila mengaku gila...

Quote TuntungReturn 4-5-2014 10:36 AM
eden77 posted on 4-5-2014 09:39 AM
kesempitan hidup kian mula melanda negara ini secara besar-besaran. percayalah 1 hari nanti pekara i ...


bangla dtg malaysia bleh kaya..orang malaysia lak jdk miskin..
Quote batmana 4-5-2014 10:45 AM
mjla posted on 2-5-2014 08:25 AM
Ketua kg tak amik peduli kaaa.....

ketua kg goyang telur, time amik duit elaun, bole pi amik plak..
pada yg tak tau, jadi ketua kg. mmg dpt elaun, jadi penghulu lagila..

patutnya ketua kwsn bahagian tu watla keje, pi sumbat abg dia kt hosp. bahagia ka..
wat la sesuatu cm org ada telur ..

ni ketua kg. penghulu semo keje apa?

mau je aku bagi penampo seekor2..

Quote noor2 4-5-2014 10:48 AM
sejak 3 tahun....alahai.....kesiannya penduduk yang nak tunggu bas....

betui2 mental la org ni....
Quote naina 4-5-2014 10:48 AM
Lorr ku igt pndok bus buruk2
Rupanya cantikk
hbs konker sederet tempat duduk tu
hbs org lain nk duduk mana?
xgila tp guna hak awam buat persendirian
50thn bukan tua sgt.msh gagah lerr
Quote Aneem 4-5-2014 10:50 AM
Kalau deal dgn org mental tak sehat ni..
fizikal mmg ok.. mental mula je ok..
boleh jwb dan faham soalan..
tapi ikut mood...
kalau tetiba angin dia datang sorg pun tak leh nak halang..
Dan dh knp dibiarkan je ddk kat situ..
org lain nk nunggu pun seriau..
Kalau la ditebas dgn parang orang yg tnggu bas, sah dia lepas...sbb ada masalah mental..
yg kena tebas mati free..

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.095103 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top