CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bomba Tewas Dengan Tedung

2-5-2014 09:28 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14825| Komen: 117

Sungai Buloh: “Seluruh badan kebas dan hampir rebah sebaik ibu jari tangan saya dipatuk ular tedung,” kata pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Yusafri Mohd Yusof, 29.

Dalam kejadian jam 6.30 petang kelmarin, mangsa dipatuk reptilia berbisa itu ketika sedang bertugas menangkap haiwan itu di Bukit Darah di sini.

Menurutnya, pihak bomba sebelum itu menerima panggilan kecemasan daripada seorang penduduk yang mendakwa seekor ular tedung cuba menceroboh masuk rumahnya.

“Saya bersama rakan setugas kemudian bergegas ke lokasi kejadian untuk menangkap ular itu. Sebaik tiba di rumah pengadu, saya dapati seekor ular tedung sepanjang satu meter sudah ditangkap dan diikat dengan tali oleh pemilik kediaman itu.

“Saya cuba membuka ikatan tali, namun ular itu secara tiba-tiba terus mematuk bahagian ibu jari tangan kiri saya. Bagaimanapun saya sempat memindahkan ular itu ke dalam karung guni,” katanya ketika ditemui di wad Hospital Sungai Buluh semalam.

Menurutnya, kesan bisa ular itu menyebabkan dia berasa hampir hitam dan nyaris rebah.

“Namun, saya kuatkan semangat sementara mendapatkan bantuan perubatan walaupun tubuh ketika itu kebas sepenuhnya.

“Saya segera dihantar ke Hospital Sungai Buloh dengan menaiki jentera bomba. Sebaik tiba di hospital, doktor segera memberikan suntikan vaksin sebelum saya dimasukkan ke wad hospital,” katanya yang kini mula stabil.

Yusafri mendakwa kali pertama dipatuk ular sepanjang lapan tahun berkhidmat sebagai anggota bomba dan penyelamat.

“Bagaimanapun kejadian ini tidak mematahkan semangat saya untuk terus berkhidmat untuk masyarakat,” katanya yang dijangka keluar dari hospital beberapa hari lagi.

YUSAFRI dirawat di Hospital Sungai Buloh.


KEADAAN ibu jari yang dipatuk tedung.

10

Bagus
18

Marah
22

Terkejut
13

Sedih
11

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (82 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 2-5-2014 06:59 AM

YUSAFRI dirawat di Hospital Sungai Buloh.


KEADAAN ibu jari yang dipatuk tedung.
Quote azlinahmad 2-5-2014 07:06 AM
patukan yang boleh membunuh tu
Quote batmana 2-5-2014 07:08 AM
Malang x berbau.... Harap lebih Berhati2 pas ni
Quote Acong 2-5-2014 07:21 AM
cemana tuan rumah tu tambat ular tu dgn tali cam pets?
Quote ctaz 2-5-2014 07:21 AM
perghhhhh...nasib baik tau jenis ular dan sempat hantar spital....
Quote xpdckelate 2-5-2014 07:22 AM
kena sentiasa berhati-hati,ada kelalaian dalam kes ni,nasib baik selamat
Quote redz85 2-5-2014 07:29 AM
bang ini bukan ular sawa.. speedy recovery
Quote biosfree 2-5-2014 07:31 AM
Ular tedung tuu....
Quote bidacool 2-5-2014 07:42 AM
Speedy recovery abang bomba.....
Quote kentel 2-5-2014 07:59 AM
sempoi la abg bomba...respect!!
Quote crossfire 2-5-2014 08:05 AM
kalau ular tedung selar, jgn memain... abam bomba tu silap percaturan kot ...
Quote fifie_olin 2-5-2014 08:09 AM
nsb baik kne jari...kalo kne bebird
Quote ninja boy 2-5-2014 08:10 AM
ular tertambat belum tentu selamat
Quote abas8888 2-5-2014 08:27 AM
depa kena pakai sarung tangan tak semasa proses tangkapan? kalau takde, kena masukkan dalam SOP, pakai sarung tangan yang kalis patukan..selain kalis api..
Quote genchi 2-5-2014 08:44 AM
ushh skit je lukanya tp mmg boleh bwk maut kalo lmbt.. sib bek tawu ular jnis apa yg patuk boleh trus mntk anti venom

tp dulu tgk detective conan.. kene patok ular.. curah dgn teh limau
Quote matamata 2-5-2014 08:54 AM
Tak semestinya handle ular kena sarung tgn lah....kdg2 handle ular pakai srg tgn lbg bahaya....lebih2 lagi ular kecik
Quote matamata 2-5-2014 08:55 AM
Dan.....kalau pakai sarung tgn kevlar pun blm tentu dpt halang patukan ular....kevlar kalis peluru....tp tak kalis tusukan
Quote BotakChinPeng 2-5-2014 09:02 AM
Tetak je ular. Takyah tangkap
Quote sapp73 2-5-2014 09:05 AM
macammana tuan rumah boleh ikat ular tu pakai tali....sukar jugak tu, ...kesian abang bomba ni...kemalangan semasa bertugas...ni antara risikonya

Lihat semua komen(117)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:47 PM GMT+8 , Processed in 0.122000 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top