MH370: Waris penumpang mahu bantuan kewangan - Hamzah KUALA LUMPUR: Waris dan keluarga penumpang Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac akan mengemukakan cadangan kepada Jawatankuasa Waris Penumpang berhubung bantuan kewangan yang diperlukan dalam masa terdekat. Pengerusi jawatankuasa berkenaan Datuk Hamzah Zainuddin berkata perkara itu adalah antara isu utama yang dibangkitkan dalam pertemuan antara beliau dengan kira-kira 40 waris di sebuah hotel di sini, hari ini. Hamzah berkata cadangan itu akan dibawa ke mesyuarat jawatankuasa berkenaan esok untuk diteliti dan kerajaan sedaya upaya akan cuba membantu mereka mengharungi waktu yang amat sukar ketika ini. "Kami bekerjasama rapat dengan mereka untuk memastikan apa yang saya katakan sebelum ini, perkara berhubung kepentingan mereka sentiasa dekat di hati kita.
"Kami memahami keperluan mendesak untuk mendapat maklumat bagi pihak keluarga dan mereka yang memerhati di seluruh dunia," katanya dalam sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan waris penumpang MH370 di sini. Forum : http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=796841&extra=&page=1
|
ADVERTISEMENT