Malaysia belum sedia isytihar kematian penumpang, kru MH370 KUALA LUMPUR: Selepas lebih enam minggu kehilangan pesawat MH370, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan Malaysia masih belum bersedia untuk mengisytiharkan kematian 239 penumpang dan kru pesawat berkenaan. “Saya akan umumkan nanti, namun buat masa ini saya fikir saya mahu mengambil kira perasaan waris mangsa dan sebahagian daripada mereka menyatakan bahawa mereka belum bersedia menerima berita itu sehingga menjumpai bukti yang kukuh,” katanya dalam temubual bersama wartawan CNN, Richard Quest. Namun, beliau berkata, ia adalah sukar untuk membayangkan sebaliknya. Forum : http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=796841&extra=&page=1
|
ADVERTISEMENT