CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mempelam Harumanis Kini Rm25 Sekilo

29-4-2014 10:45 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11104| Komen: 45



KANGAR: Kenaikan mendadak harga mempelam harumanis hingga RM25 sekilogram ketika ini mendorong sesetengah peniaga di Perlis mencampurkan buah tersebut dengan mempelam jenis lain untuk menipu pembeli.

Berikutan itu, Menteri Besar, Azlan Man menasihatkan peniaga harumanis supaya berlaku jujur dengan pembeli.

"Saya dapat tahu terdapat segelintir peniaga mendakwa mempelam yang dijual adalah harumanis tetapi sebenarnya bukan.


"Mereka juga mengguna pelbagai helah untuk menyakinkan pembeli," katanya.

"Mereka campur harumanis dengan mempelam jenis lain selain buah tidak cukup tua, dan mereka memeramnya dengan karbaid," kata beliau.

Azlan mengulas rungutan orang ramai mengenai penipuan itu selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan kali ke-35 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Padang Siding dekat sini, hari ini.

Beliau berharap perbuatan itu dihentikan segera lebih-lebih lagi Perlis akan menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 yang bermula 24 Mei hingga 4 Jun depan.
Azlan menasihatkan pembeli supaya membuat aduan kepada pihak berkuasa jika yakin mereka tertipu.

Mengenai kenaikan harga padi dari RM1,050 kepada RM1,200 satu metrik tan yang diumumkan kerajaan baru-baru ini, Azlan mahu para petani berusaha meningkatkan kualiti padi sejajar dengan kenaikan harga terbabit.

Sebelum itu, Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Perlis, Shaidan Nordin memuji PPK tersebut kerana mencatat keuntungan hampir RM170,000 tahun lepas selain tiada teguran negatif oleh juruaudit dalaman dan luar. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakweneelofa 28-4-2014 11:45 PM
buah mempele
Quote xpdckelate 29-4-2014 12:03 AM
peniaga tak jujur ni tak lama,dunia lepas tunggu akhirat
Quote alinone78 29-4-2014 12:14 AM
Boleh explain beza harumanis n pelam biasa?
Knp mahal sgt?
Quote mikasa 29-4-2014 12:21 AM
aku dpt 22/kg
Quote sueism 29-4-2014 02:08 AM
Apa nie Jual Pelam pun nak tipu .
Quote kakikuDibibirmu 29-4-2014 05:05 AM
dekat utagha mana ada buah mempele, yang ada cuma 2 buah jah, buah рeliaq dengan buah kоte mamak jah
Quote AdsMsia 29-4-2014 05:34 AM
kwn aku balik perlih
offer sekilo rm20
tu pun dah kira mahai
sekilo ada la dlm 2 bijik kut
ceshhhhh
cengkadak cekik darah
Quote noor2 29-4-2014 06:01 AM
wow.....nanti sama rega dgn durian...
Quote Acong 29-4-2014 06:40 AM
pas makan, berak pun harumanis
Quote haryatie 29-4-2014 07:58 AM
asyik nk menipu jerk...
berkat ker duit hasil jualan tu..
Quote siputsedut 29-4-2014 09:05 AM
macam mana nk tau buah pelam harummanis dengan bukan? pelam ni mmg tanam kat perlis je ke?
Quote annehuda 29-4-2014 09:09 AM
sedap sgt ke harumanis ni? kawan aku ckp mcm kacukan pelam + kuini jah
Quote axl_bach 29-4-2014 09:30 AM
siputsedut posted on 29-4-2014 09:05 AM
macam mana nk tau buah pelam harummanis dengan bukan? pelam ni mmg tanam kat perlis je ke?

bleh jer nak tanam kat tempat lain, tp so far x pernah menjadi....x pasti apa faktor yg menyebabkan harumanis nih hanya menjadi di Perlis...tu pun area Kangar n ke atas....dekat2 sempadan Kedah kurang gak jadinya
Quote axl_bach 29-4-2014 09:31 AM
mikasa posted on 29-4-2014 12:21 AM
aku dpt 22/kg

aku baru beli, RM18/kg....paling murah leh dpt RM15/kg tp kena beli >10kg laaaaa

Quote eyansss 29-4-2014 10:04 AM
annehuda posted on 29-4-2014 09:09 AM
sedap sgt ke harumanis ni? kawan aku ckp mcm kacukan pelam + kuini jah

aah...  rasa cam gas2 kuini sket...  pastu manis dia tak menyengat...  tapi sape yang tak suka kuini rasanya takkan gemar makan harum manis ni...
Quote annehuda 29-4-2014 10:05 AM
eyansss posted on 29-4-2014 10:04 AM
aah...  rasa cam gas2 kuini sket...  pastu manis dia tak menyengat...  tapi sape yang tak suka kui ...

sbb kt kebun aku ni ade kuini sesat. kalau aku tanam pokok pelam sebelah tu agak2 jadi tak harumanis ?

Quote siputsedut 29-4-2014 10:06 AM
annehuda posted on 29-4-2014 09:09 AM
sedap sgt ke harumanis ni? kawan aku ckp mcm kacukan pelam + kuini jah

nama dia mcm sedap..harum pastuh manis plak tu..aku ni reti la jenis2 mempelam..tau tunjuk jah
Quote siputsedut 29-4-2014 10:07 AM
axl_bach posted on 29-4-2014 09:30 AM
bleh jer nak tanam kat tempat lain, tp so far x pernah menjadi....x pasti apa faktor yg menyebabka ...

ooo ye ke...patut la kalau sebut harum manis je mesti berkait dengan perlis...sana takde ke buffet pelam...?ala2 buffet durian..eat till you pengsan
Quote rospinki 29-4-2014 10:12 AM
jual mahal2...pastu takde sapa nk beli, buang tepi jalan katanya rege jatuh 25sensebijik..rugi. dari nak cepat kaya terus rugi bertingkek2

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.301578 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top