CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Anak Daranya Disahkan Idap Kanser Ovari

28-4-2014 03:48 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7861| Komen: 16


Kuantan: “Hati ibu mana yang tidak luluh apabila melihat dua anak yang cergas dan periang tiba-tiba disahkan menghidap kanser ovari.

“Saya terima ini sebagai ketentuan Tuhan dan tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat kepada mereka untuk meneruskan kehidupan. Tambah berat mengenangkan suami saya sudah meninggal dunia tujuh tahun lalu,” kata Lee Fong Yeng.

Fong Yeng, 46, berkata, kedua-dua anak perempuannya itu Janice Loh Shueyt Yan, 17, dan Carmen Loh Shueyt Yee, 13, disahkan menghidap penyakit itu selepas menjalani pemeriksaan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, akhir tahun lalu.

Ibu tunggal itu berkata, dia sebenarnya tidak menyangka kedua-dua anaknya mendapat penyakit itu kerana tiada ahli keluarga mereka mempunyai sejarah pernah menghidap kanser. “Pada peringkat awal sebelum disahkan menghidap barah ini, saya cuma menyangka mereka mengalami perubahan berat badan kerana perut mereka kelihatan membesar dan tidak mengalami simptom yang boleh dikaitkan dengan penyakit ini.

“Namun, selepas melihat keadaan perut mereka tidak mengalami perubahan selepas sebulan iaitu pada Disember, hati saya tergerak untuk membawa mereka menjalani pemeriksaan di HTAA.

“Doktor kemudian mengesahkan mereka menghidap penyakit kanser ovari dan perlu menjalani pembedahan sebelum keadaan kesihatan mereka bertambah teruk.

“Melalui wang sumbangan orang ramai dan badan bukan kerajaan (NGO), pembedahan dilakukan di HTAA pada Januari lalu iaitu seminggu sebelum Tahun Baru Cina,” katanya.

Fong Yeng berkata, dia kini tinggal bersama ibu dan bapanya, Lee Kau, 70, dan Chau Lai Kin, 70, di Bukit Setongkol, di sini, selepas suaminya meninggal dunia akibat serangan jantung. Katanya, dia bekerja sebagai jurujual di sebuah pusat beli-belah di bandar ini, tetapi terpaksa mengambil cuti tanpa gaji sejak Disember lalu bagi memberi tumpuan kepada kesihatan kedua-dua anaknya.

Menurutnya, anaknya kini perlu menjalani rawatan ‘Ozone’ iaitu cuci darah setiap bulan di Kuala Lumpur selepas pembedahan itu.

“Kini, apa yang lebih penting adalah melihat kedua-dua anak kesayangan kembali sihat. Wang ringgit boleh dicari, namun kasih sayang dan anak adalah anugerah Tuhan dan sukar dicari ganti.

“Setiap kali melihat wajah anak, hati saya sentiasa bersemangat untuk menyediakan rawatan terbaik dan mengharapkan mereka dapat meneruskan pengajian namun ia bergantung kepada keadaan kesihatan mereka kelak,” katanya.

8

Bagus
8

Marah
8

Terkejut
4

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote d-7-0ne 26-4-2014 07:47 AM
cina ni pun terima sbgai ketentuan tuhan.
Quote mrsLucky 26-4-2014 07:55 AM
Adoi sedih malang sungguh...dua sekali gus..
Quote biosfree 26-4-2014 07:58 AM
Sedih, harap ada perubahan positif, bab2 kanser ni.....too touching...
Quote noor2 26-4-2014 08:01 AM
d-7-0ne posted on 26-4-2014 07:47 AM
cina ni pun terima sbgai ketentuan tuhan.

manusia yang sombong ja suka mengutuk bangsa dan agama lain....

mana kita tahu masa depan selepas kematian ye tak?

simpati sangat pada ibu dan anak2 ni..

Quote Suchi 26-4-2014 08:10 AM
aritu tgk ig artis ade budak kecik umur 5-6 thn pun dah kena kanser ovari nih kalo tak silap lah
terkedu aku kecik2 dah kena

sian..
Quote rayna_raynes 26-4-2014 08:42 AM
Kena radiation or exposure to somtehing ke ni? Dua sekali yg kena
Quote huJanBaTu 26-4-2014 08:47 AM
bahana lynasss
Quote amiraira 26-4-2014 09:07 AM
Simpati mira baca artikal ni
Sabar je la kn
Memandangkn ibu pn dh redha dgn penyakit anak2, harap dipermudahkn
Perjalanan hidup mereka....
Quote sofea_jenab 26-4-2014 12:07 PM
kesiannya....muda lagi....dugaan masing2
Quote mak_wa95 26-4-2014 03:54 PM
Semoga tabah...
Quote addamnor 26-4-2014 04:06 PM
“Kini, apa yang lebih penting adalah melihat kedua-dua anak kesayangan kembali sihat. Wang ringgit boleh dicari, namun kasih sayang dan anak adalah anugerah Tuhan dan sukar dicari ganti.

“Setiap kali melihat wajah anak, hati saya sentiasa bersemangat untuk menyediakan rawatan terbaik dan mengharapkan mereka dapat meneruskan pengajian namun ia bergantung kepada keadaan kesihatan mereka kelak,” katanya.-myMetro

cina bukan islam..

melayu bohsia agama islam  dalam ic campak anak dalam longkang.
Quote enchikfitz 26-4-2014 08:15 PM
kasihan sangat kat family. semoga kuat menghadapi dugaan ini
Quote TuntungReturn 26-4-2014 08:26 PM

mari la kite mendoakan agar penyakit depa sembuh..aminnnn
Quote lalulali 30-4-2014 09:51 AM
kesian. semoga mereka cepat sembuh.
Quote irnawatimm 8-7-2014 10:57 AM
Jum lihat testimoni turunkan bacaan kencing manis dari 15 ke 6.6 dalam masa 20 hari
Juga Jum lihat testimoni vivix shaklee ni...
Pesakit kanser yang menghidapi Tumor sebesar 13 cm BEBAS dari Penyakit Kanser akhirnya setelah menggunakan VIVIX Shaklee Sebulan...Syukur alhamdulilah...



http://metrobestmom.blogspot.com ... sidan-mustajab.html
http://metrobestmom.blogspot.com ... shaklee-kepada.html
Quote amyainsamad 8-7-2014 11:01 AM
kesian......

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.052448 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top