CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Polis Mulakan Operasi Pertama Menjejaki Pesalah Trafik

26-4-2014 04:20 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5980| Komen: 18

Polis Mulakan Operasi Pertama Menjejaki Pesalah Trafik

PETALING JAYA: Ops Cantas Trafik telah dilancarkan secara-besaran dengan pihak polis sedang berusaha menjejaki pesalah trafik di seluruh negara.
Operasi berkenaan bermula di Ipoh, di mana anggota polis trafik dilihat mengetuk setiap pintu rumah dengan membawa dua waran tangkap yang dikeluarkan terhadap pesalah trafik yang mempunyai lebih daripada 15 saman tertunggak.
Operasi pertama dijalankan antara pukul 3 hingga 6 petang Khamis.

Dalam Operasi yang dilancarkan di seluruh negara ini, pihak polis juga akan menahan pesalah trafik ini dalam sekatan jalan raya yang akan diadakan mulai minggu hadapan.

"Kami masih menyasarkan pesalah trafik biasa terlebih dahulu," kata Pemangku Ketua Polis Trafik Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abdul Latiff kepada The Star pada Jumaat.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak bimbang kerana pesalah biasa akan diber peluang untuk membayar saman walaupun mereka ditahan.

"Objektif operasi ini ialah mahu pesalah trafik ini membayar saman mereka," tegasnya.
Mohd Fuad berkata pihak polis telah menyediakan waran tangkap kepada 215,000 pesalah trafik.

"Kami akan mengadakan sekatan jalan raya di seluruh negara untuk menangkap pemandu yang melanggar undang-undang mulai minggu hadapan.
"Selepas ditahan dalam sekatan jalan raya, pemandu ini akan dibawa ke balai polis sekiranya mereka enggan membayar saman berkenaan mereka akan dibebaskan dengan jaminan polis bersama seorang penjamin," katanta sambil menambah, pihak polis akan memohon tarikh baru bagi individu yang mahu mencabar kes saman mereka atau memohon agar saman yang lebih rendah dikenakan.

Beliau berkata pihaknya telah bersiap sedia dengan kelengkapan mereka sebelum sekatan jalan raya diadakan pada minggu hadapan.

"Kami mahu memastikan semua kontinjen polis di setiap negeri bersiap sedia untuk menjalankan operasi dengan sebaik mungkin," katanya.

Ditanya mengenai aduan awam ekoran kesukaran menyemak saman di portal rasmi polis, Mohd Fuad berkata terdapat beberapa alternatif lain untuk berbuat demikian, antaranya ialah dengan melayari laman web www.myeg.com.my, www.rilek.com.my, pejabat-pejabat pos dan di mesin ATM Maybank "Orang ramai juga boleh menyemak saman mereka di beberapa pusat beli belah terpilih atau pergi terus ke mana-mana kaunter pilis trafik. Anda juga boleh menyemaknya di mana-mana cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan," katanya.

Sebelum ini dilaporkan jumlah pesalah trafik meningkat setiap tahun dan lebih menyedikan apabila mereka tidak membayar saman yang dikeluarkan.
Pada 2008, polis trafik telah menjejaki 96, 000 pemilik kenderaan yang mempunyai saman tertunggak dalam Ops Warta VII namun sehingga ini jumlah berkenaan telah meningkat hingga lebih daripada 1.7 juta.

Pihak polis tidak mampu menjejaki semua pesalah trafik ini pada satu-satu masa maka mereka menyasarkan lebih 251, 000 pesalah trafik tegar, pemandu kenderaan berta dan penuggang motosikal dalam fasa pertama Ops Cantas Trafik.

Notis juga telah dikeluarkan kepada pesalah trafik ini, memaklumkan bahawa waran tangkap terhadap mereka telah dikeluarkan.
Pada masa yang sama, warang tangkap yang telah tamat tempoh turut diperbaharui.





6

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tinker_bell 25-4-2014 05:49 PM
ioll tgk parking wars..dkt us kalau saman traffic 20 dollar pon kereta dah kena tunda kalau tak bayar lama..
Quote munchkin 25-4-2014 06:21 PM
eloklahhh...
Quote AbukRokok 25-4-2014 06:26 PM
nsib baik ada saman tertunggak 70 je
Quote kekure 25-4-2014 06:35 PM
Pada masa yang sama, warang tangkap yang telah tamat tempoh turut diperbaharui.
Reporter orang Ganu Kiter
Quote mirage_46 25-4-2014 06:51 PM
saman dbkl under polis..  celakak betul....
Quote kudajantan77 25-4-2014 06:53 PM
wahhh ... enjoy la semua perogol, perompak, penyamun, pembunuh, mat pet, tokan dan PATI ... polis sibuk kejar pesalah trafik ... satu rumah pegi 4-5 org anggota ... duit minyak pembayar cukai tanggung ...
Quote apam 25-4-2014 07:10 PM
kudajantan77 posted on 25-4-2014 06:53 PM
wahhh ... enjoy la semua perogol, perompak, penyamun, pembunuh, mat pet, tokan dan PATI ... polis si ...

entahnyaa...polis sebok dok tahan moto takde lesen, takde roadtax, sah2 dorang ni semua jenis org susah, takde duit. Yg dok bawak kenderaan yg membahayakan org lain dorang tak mau cari pulak. Yg driver2 bas mat pit pun lepas. Ni letak kon, tahan moto, pastu saman. Nak buat keje senang, pastu pi rumah kutip....ha'eleh
Quote puteri7 25-4-2014 07:40 PM
ada baiknya tumpukan pada pengangkutan awam. dahla hari2 bas eksiden sekarang. pelik betul priority mereka neh. duit kerajaan defesit kaw2 ke hapa...nak kutip duit rakyat lew tu...
Quote Jejaka88 27-4-2014 03:00 PM
bagus jugak...ada tugasan polis banyak sikit ....tak la duduk makan gaji je
Quote batmana 27-4-2014 03:06 PM
251, 000 pesalah trafik tegar,


smpai 251 ribu orang..
kene wat kem tahanan ala nazi ni..

mana muat nk sumbat semo..
Quote alinone78 27-4-2014 03:08 PM
Eh bila polis nak buat diskaun saman eh
Serious aku memerlukannya
Quote noor2 27-4-2014 03:10 PM
wow....i tak tahu i ada ke tak kesalahan lain selain parking tak bayar meter....
Quote pestol 28-4-2014 06:02 PM
apam posted on 25-4-2014 07:10 PM
entahnyaa...polis sebok dok tahan moto takde lesen, takde roadtax, sah2 dorang ni semua jenis org  ...

abang lokman setuju gila comment ni!
Quote akificha 28-4-2014 10:46 PM
bagusss...ingt buat camni orang bayar ke saman?buang masa je..
Quote AHMADVW 28-4-2014 10:49 PM
dah xdo duit kaa?
Quote azharariff 28-4-2014 11:01 PM
mujur aku dah bayaq saman, free2 ja gahmen dapat duit
Quote apam 29-4-2014 03:26 PM
pestol posted on 28-4-2014 06:02 PM
abang lokman setuju gila comment ni!

katanya pakai mitsu evo10, preve, moto ronda2 pun dah besau2, pegila ligan pemandu-pemandu yg bawak keta macam haram tu. ni yg selalu nampak asyik tahan moto kapcai, cek lesen/roadtax....ha'eleh
Quote pestol 30-4-2014 12:51 PM
apam posted on 29-4-2014 03:26 PM
katanya pakai mitsu evo10, preve, moto ronda2 pun dah besau2, pegila ligan pemandu-pemandu yg bawa ...

apa tujuan utama tah nak buat sekatan jalan. setakat saman rakyat2 yg miskin ni. buat la ops lain yg lebih berat

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.067784 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top