Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, kejadian dipercayai berlaku jam 8.30 pagi ketika mangsa berusia 14 tahun berada di surau apabila seorang guru wanita datang. Beliau berkata, sebaik menghampiri mangsa, guru terbabit menampar pipi dan memukul kepala mangsa beberapa kali. “Difahamkan, guru terbabit bertindak sedemikian kerana marah dengan tindakan mangsa menyanggul rambut di belakang. “Sebelum ini, guru terbabit pernah beberapa kali menegur sanggul mangsa yang dikatakan terlalu besar dan mungkin ketika kejadian, guru berkenaan tidak dapat menahan marah lalu memukul mangsa. “Kejadian itu menyebabkan mangsa hampir pengsan dan rebah, tetapi bernasib baik sempat dipegang beberapa rakannya yang berada di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Ab Rahman berkata, kejadian itu menyebabkan mangsa sakit leher dan kepala serta telinga kanan. Katanya, setiba di rumah, mangsa menceritakan kejadian itu kepada bapanya sebelum dia dibawa ke Hospital Setiu untuk rawatan. “Hasil rawatan mendapati mangsa tidak mengalami kecederaan serius, hanya bengkak pipi kanan dan bapa mangsa yang tidak berpuas hati dengan tindakan guru terbabit membuat laporan di Balai Polis Chalok,” katanya.
|
dualchicks posted on 26-4-2014 06:07 AM
Pandai keluar hadith2....walhal benda ni masih KHILAF ....bodddoo
chaintea posted on 26-4-2014 06:36 AM
Fishy...xkan sbb sanggul je kena tmpar sampai pengsan??
I doubt that
ADVERTISEMENT