Salam, Nak tanya mana-mana forumer yang ada pengalaman tentang perkara ini, sama ada benda ini hanya khayalan atau ada unsurr benda ghaib. Mcam ni, saya ni tidur dengan mak tiap2 malam sbb masih bujang dan mak pun bujang juga, umur dalam 60 tahun. Mak saya tidur atas katil, saya tidur di bawah. Semalam, di antara tidur dan jaga (saya masuk tido lebih kurang jam 11 malam), saya tak pasti sama ada dalam keadaan sedar atau mimpi, saya nampak mak saya ni menggelisah tak dapat tidur dan asyik bangun keluar masuk bilik dan kemudian bercakap2 dgn adik-adik kat luar. Saya nampak segala perkara yang berlaku dalam bilik, tetapi suasana dalam bilik ni seolah-olah berada dalam dimensi lain. Kemudian, saya bermimpi saya pergi ke rumah seorang lagi adik perempuan saya yang terletak lebih kurang 70 km dari rumah saya (dalam mimpi ni, saya dalam keadaan sedar yg tubuh badan saya berada di rumah, dan seolah2 hanya roh yg bergerak ke rumah adik saya tu) dan medapati adik saya di dalam kesakitan. Sewaktu saya berusaha membantu adik saya ni, tiba-tiba ada benda yg tidak nampak tetapi terasa semacam air atau udara atau belon mengelingi tubuh badan saya dan menekan2 untuk masuk dalam badan, dan saya terasa sesak nafas. Saya berlawan2 untuk halang benda tu dari masuk dalam tubuh badan samapi rasa penat sangat. Pada masa yang sama dalam mimpi tu saya nampak mak saya tidur atas katil. Dalam keadaan sesak napas dan penat sebab berlawan dengan benda tu, saya berusaha sedaya upaya panggil mak saya. Alhamdulilllah, selepas beberapa ketika saya dengar suara mak saya panggil nama saya, dan selepas kali ketiga nama saya dipanggil barulah benda tu lepas dan saya sedar dari tidur dalam keadaan yang amat penat. Saya tengok jam pukul 1.45 pagi. Bila terjaga, mak saya tanya kenapa, sbb dia nampak saya tidur macam nyenyak tetapi sesekali menggelisah dari mula tidur sampailah dia dengar seolah2 saya panggil dia, mak...mak. Waktu tu dia pun macam antara tidur dengan jaga. Saya cakap kena tindih, tapi bukan di sini, tapi tempat lain. Lepas tu kami dua beranak tak dapat tidur sampai ke pagi. Mak saya cerita dia pun rasa satu macam semalam dan dia tak dapat nak lelap mata lansung, hati rasa tak tenteram dan menngelisah gitu, tapi tak tahu punca. Mak saya kemudiaanya buat sembahyang sunat dan saya cuba utk tidur semula (sbb tak boleh solat), tapi tak boleh nak tidur sbb setiap kali nak terlelap, roh seolah-olah terus pergi ke dimensi lain dalam bentuk mimpi dan saya memaksa diri utk terjaga, the whole proses sgt memenatkan dan akhirnya saya tak tidor sampai ke pagi. Bila bangun pagi, kami terkejut tengok adik lelaki saya tidur kat ruang tamu, dan bukan kat bilik dia macam kebiasaaan. Bila dia bangun, terus kami tanya naper tidur kat luar. Dia cakap semalam dia tak dapat nak tidur sebab ada benda tindih dan benda tu menekan berusaha nak masuk dalam badan dia, tetap melalui tulang belakang, dan benda tu menekan2 di tulang belakang kat bahagian pinggang. Dua-tiga kali benda tu berlaku dan dia rasa pelik dan seram, jadi dia bangun solat sunat dan sambung tido kart ruang tamu. Kejadian yg saya alami semalam sebenarnya adalah kali ke dua. Kali pertama sebulan yang lepas, sama juga hari jumaat malam sabtu (macam semalam). Pada kejadian yang pertama tu, benda yg menindih tu dia terasa macam air atau belon sejuk, dia menekan2 kat seluruh muka, seolah-olah memaksa saya untuk buka mulut dan nak masuk ke dalamnya. Sama juga, saya berusaha lawan sambil bertakbir sampai penat yang amat sangat, bila jaga termengah2 sambil berpeluh2. Sama juga ketika kejadian, saya seolah2 dalam keadaan sedar tetapi tak boleh nak buat apa melainkan berlawan dgn benda tu je. Oleh kerana benda ni berlaku berulang, saya nak tanyalah sesiapa si sini yg ada apa2 pandagan tentang kejadian ini, sama ada mimpikah, khayalan saya saja kan atau ada unsur gahib yg cuba menerpa. Mohon bantuan.
|
amiraira posted on 12-4-2014 06:45 PM
Mira x pandai benda2 mcm ni tapi bila dlm keadaan kita x suci mmg byk gangguan.
Mcm Mira bekalkn al ...
ussopp posted on 12-4-2014 07:15 PM
benda ni boleh dijelaskan dari pelbagai sudut.....
dari sudut sains ia berkait dgn pengalaman sep ...
eva posted on 12-4-2014 07:51 PM
i dlu hampir kena rasuk of something waktu tu i mamai.. waktu tu i br balik dr perak dan kami mengin ...
nurshima posted on 12-4-2014 10:42 PM
mmg berhajat nak jumpa org pandai2 juga, tapi sdg ikhtiar pendinding diri, anyway thanks Mira.
nurshima posted on 12-4-2014 10:42 PM
mmg berhajat nak jumpa org pandai2 juga, tapi sdg ikhtiar pendinding diri, anyway thanks Mira.
coway_daddy posted on 13-4-2014 12:55 AM
Saya sedia membantu. Nak dihuraikan di sini, pasti terlalu panjang dan akan timbul salah faham.
First time encounter perkataan lucid dream, mula2 ingatkan liquid dream, rupanya mmg ada istilah lucid dream.
Kat wikipedia " A lucid dream is any dream in which one is aware that one is dreaming. In relation to this phenomenon, Greek philosopher Aristotle observed: "often when one is asleep, there is something in consciousness which declares that what then presents itself is but a dream".[1] One of the earliest references to personal experiences with lucid dreaming was byMarie-Jean-Léon, Marquis d'Hervey de Saint Denys.[2]
The person most widely acknowledged as having coined the term is Dutch psychiatrist and writer Frederik (Willem) van Eeden (1860–1932).[1][2][3][4][5][6][7][8][9] In a lucid dream, the dreamer has greater chances to exert some degree of control over their participation within the dream or be able to manipulate their imaginary experiences in the dream environment.[10][11][12] Lucid dreams can be realistic and vivid.[13] It is shown that there are higher amounts of beta-1 frequency band (13–19 Hz) experienced by lucid dreamers, hence there is an increased amount of activity in the parietal lobes making lucid dreaming a conscious process.[14]
Skeptics of the phenomenon suggest that it is not a state of sleep, but of brief wakefulness.[15][16] Others point out that there is no way to prove the truth of lucid dreaming other than to ask the dreamer.[17] Lucid dreaming has been researched scientifically, with participants performing pre-determined physical responses while experiencing a lucid dream.[18][19]
clarizsa posted on 13-4-2014 01:41 AM
wat i teringat movie insidious... roh u merayau msa tido... digelar traveller.. bila jasad u kosong, ...
ADVERTISEMENT