CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Kisah Menyeramkan Di Petronas Jalan Subang Airport

25-4-2014 04:52 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 31412| Komen: 70


Ini merupakan pengalaman dan kisah benar seorang lelaki yang mana sangat menyeramkan. Kejadian berlaku di Petronas Jalan Subang Airport.

Aku nak kongsi cerita dengan korang semua apa yang aku alami malam tadi, selalunya setiap hari Isnin dan Khamis aku ada game badminton, mula jam 09.00pm hingga 11.00pm, seperti biasa kalau ada game badminton aku akan lepak di ofis, buat apa yang patut sementara menunggu waktu game tu start.

Sebabnya nak ulang alik rumah ke dewan tu jauh beb…. Jimat kos konon-kononnya, selalunya bila nak pergi main badminton aku akan usung laptop aku, sebab habis game terus balik rumah. Tapi semalam entah apa
punya angin atau buang tebiat agaknya… aku plan lepas badminton pergi ofis siapkan kerja sikit, ambil laptop dan balik… bodoh punya perancangan.

Selesai badminton lepak ngan kawan-kawan minum kat mapley, sampai ofis dah jam 12.00 lebih, mengadap laptop sempat la buat posting yang cut and paste jer… tu yang kat bawah tu, nak siapkan kerja konon… hampeh… badan letih boleh perah otak ke… tup-tup masuk pulak sms dari Puan Permaisuri berbunyi “Balik pukul berapa, tolong beli susu Aleeya dah habis, sori lambat bagitau”, aku jawap ” Ok…” jer…,

Kepala otak menerawang… kat mana aku nak beli tengah malam buta ni…, sambil kemas barang dan kunci ofis, cari kat kedai tujuh sebelas takda… merayau cari dan cari jumpa juga akhirnya tapi paket kecil, boleh la… janji ada stok buat sementara dan si kecil aku tu tak kelaparan malam ni, usaha tangga kejayaan beb

Dalam perjalanan balik, aku singgah di Petronas Subang Airport untuk mengisi minyak, waktu tu lebih kurang sudah pukul 2.00am macam tu lah… selesai isi minyak sewaktu nak keluar dari kawasan stesyen minyak tu…., aku rasa lain macam jer…. bila masuk jalan besar… aku rasa kereta aku berat semacam dan bulu roma meremang semacam jer… dalam hati aku berkata “something wrong somewhere” dan aku lihat cermin pandang belakang.. pergh… berderau darah aku dan mulalah tak tentu arah….

Dalam pada itu aku buat-buat pandang ke kerusi sebelah kiri sambil menjeling ke belakang… alamak kompom ada something kat kerusi belakang …, lepas tu…. aku :country-regioncuba nak alihkan cermin pandang belakang… tapi risau pulak nanti aku tak nampak aktiviti dia kat belakang, buatnya dia hulur tangan kat leher aku lagi naya…nak tak nak tabahkan hati dan kontrol macho….

Tiba-tiba jer aku dah mula berpeluh kerana terkejut dan gabra…, bila aku dah dapat kontrol diri dan hilang rasa panik, mental dalam keadaan stabil aku mula baca apa yang patut dan bercakap dengan minah yang tak di undang ni, rambutnya lurus menjurai melepasi bahu dan berbaju hitam ke kelabu aku tak pasti… kerana dalam keadaan samar berharapkan lampu jalan… mungkin baju lusuh dah lama tak basuh agaknya… sayangnya muka dia aku tak nampak… adakah secantik model kapal selam atau secantikmodel Indonesia yang berumur 17 tahun tu atau seiras Angelina Jolie… aku tak pasti

Aku kata padanya “Engkau makhluk, aku pun makhluk, Pencipta kita ALLAH SWT, bezanya aku ini makhluk yang dimuliakan, engkau naik kereta aku tanpa izin, aku hantar kau ke tempat kau naik tadi, dan aku nak kau turun di situ” korang bayangkanlah suara aku bercakap masa tu.. tergagap… gagap… macam MB Selangor tu… kalau akad nikah sah kena ulang berpuloh kali… tapi nak buat macam mana, darurat…beb… itu pun aku bersyukur pasal dia tak menjawap balik… kalau tak macam manalah suara dia… sure lentok habis macam si minah di belakang kowloon agaknya…

Sesiapa yang tahu jalan dari Subang Airport menghala ke lebuhraya persekutuan boleh agak berapa jarak jauhnya, nasib baik sekarang ni dah ada U-turn kat Ara Damansara, so aku buat U-turn kat situ dan menghala ke arah bulatan Subang Airport untuk buat u-turn sekali lagi menghala ke Stesyen Petronas tadi…, tapi seksanya kereta aku punya berat tak tau nak dibayangkan….. terasa macam pandu 30km sejam dengan beban kayu balak 50tan untuk sampai ke Petronas tu

Sambil memandu sambil menjeling cermin tengok dia ada lagi ke tak ada… aku tak tau nak meluahkan macam mana perasaan aku waktu dan ketika itu, yang pasti mulut aku berkumat kamit baca ayat qursi dan bermacam lagi dengan zikirullah, jiwa aku, dadaaku, perut aku semuanya tak tenteram… barcampur baur jadinya… tapi minah tu cool aje kat tempat duduk belakang… macam takda apa-apa jer…. tak terasa panas ke dengan ayat-ayat cinta yang aku baca tu… pelik juga… atau aku yang tersalah mengungkapkan ayat-ayat cinta padanya… pasal tu takda respons…kecewa betul…

Sampai jer… kat petronas tadi, aku berhentikan kereta dan turunkan cermin tingkap belakang kiri dan kanan sambil cakap kat dia ” Ok… saudari kita dah sampai… boleh turun di sini” sambil menjeling cermin pandang belakang… alamak apasal dia ada lagi… tak nak turun ke… dah la aku jadi drebar tak berbayar, takan nak suruh aku bukakan pintu pula… kacau macam ni…dalam waktu fikiran aku berkecamuk tu tiba-tiba terperasan ada kereta bagi lampu tinggi dan secara automatik aku menoleh ke arah cermin sisi sebelah kanan, apabila aku toleh semula ke cermin pandang belakang… minah tu dah takda…, aku pusingkan badan menoleh ke belakang untuk kepastian…. wokeh … kompom dia dah blah… masa bila dia keluar pun aku tak tau… pantas betul…

Aku tadah tangan, berdoa.. ucapkan syukur alhamdulillah… aaminnn…. dan ucapkan selamat jalan kat dia suruh dia takecare and becareful dan aku pun apalagi… pecut kereta semahunya… aku tekan pedal minyak rasa ringan semacam jer… berdesup perginya… tengok meter… fuhhh… 160… aku slowdown… sambil-sambil tu mata meliar juga dengan harapan dia tak follow aku lagi…. manalah tahu dia terlupa nak ucapkan terima kasih masa turun tadi… sambil terbang kat tepi tingkap.. tapi ada bau wangi yang ditinggalkan… macam bau bunga melor kalau tak silap aku… dan aku pun malas nak ambik pot… sangat… pasal bau tu… janji aku selamat.

Sampai jer… di luar pagar rumah… aku teringat pesan orang tua-tua… aku pun tak jadi masuk rumah dan pergi lepak sorang-sorang pekena teh tarik dulu kat restoran mamak sambil layanastro, dalam setengah jam baru balik rumah, baca-baca apa yang patut, basuh kaki, ludah kiri kanan dan masuk rumah…. cumanya aku tak boleh tidur dan lelapkan mata…. masih terbayang-bayang lagi pada minah tu…. adakah aku dah jatuh cinta padanya…. ha..ha..ha… minta laluan… minta…laluan… idak ler…teman…

Saat aku taipkan cerita ini sekarang, aku masih berfikir dan merenungkan perkara malam tadi tuh… mungkin ada hikmahnya dan aku masih tercari-cari lagi jawapannya… apa pun syukur alhamdulillah… sifat takut dan panik dapat aku atasi walaupun kecut perut jugak dibuatnya.

Lagipun mungkin kerana pengalaman dengan ganguan makhluk halus sebelum-sebelum ini membuatkan aku terkawal sikit, walaupun terkejut pada mulanya… padahal sebelum ini aku hanya bertemu sipi-sipi jer dan dari jarak jauh…. bukannya face to face macam ni dalam suasana yang agak lama masanya.
Nasihat serta petua orang-orang tua yang aku gunakan pun banyak membantu… dan tak lupa juga nasihat secara lansung dan tidak lansung dari Ayahanda Mountdweller yang luas pengalamannya dalam dunia mistik pun banyak membantu juga.

Jadi itulah pengalaman “Jangan Pandang Belakang” yang terjadi pada aku malam tadi yang aku dapat kongsikan dengan kalian semua, dan aku berharap perkara ni takan berulang lagi… tapi kalau korang nak cuba boleh juga, pergilah test kat tempat yang aku cakapkan tu… manalah tahu ada rezeki korang berjumpa dengan si dia tu… untung sabut timbul… boleh buat bini

Sebelum ini pun ada juga aku dengar cerita berkenaan Langsuir kat Bulatan Subang Airport tu, cumanya tak sangka boleh berlaku pada aku malam tadi… aku ingatkan hanya rekaan semata-mata… rupanya real…. wa cakap lu…. tapi aku rasa ini hantu baik la agaknya… sebabnya dia tak cekik aku dan dapat aku berkongsi cerita ni dengan korang sem

1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mrs.uzair 20-4-2014 11:21 AM
As salam TT,
Best citer... gaya penulisan sempoi tp masih terasa keseramannya... good job TT...
Quote mrs.uzair 20-4-2014 11:21 AM
As salam TT,
Best citer... gaya penulisan sempoi tp masih terasa keseramannya... good job TT...
Quote mrs.uzair 20-4-2014 11:22 AM
As salam TT,
Best citer... gaya penulisan sempoi tp masih terasa keseramannya... good job TT...
Quote arianakhalid 20-4-2014 11:22 AM
Seram kisah ni. Aku biasa singgah petronas tu. Kadang2 dalam 12  / 1 pagi....
Quote medangmru 20-4-2014 11:45 AM
Kisah yg menyeramkan...tp adakah pengalaman tt sendiri...rsnya bukan kan...?
Quote ragnarox 20-4-2014 11:45 AM
Dah pernah baca citer nie...
Quote lucky_peace 20-4-2014 11:59 AM
menarik menarik... still berani ye TT boleh bawak round hantar semula ke petronas tu... jalan kat situ memang seram memalam, huuhhu... ai pernah tersesat dedulu, dengan nak u turn punye jauh sampai ke simpang ke federal, memang menyumpah abes...
Quote sekel 20-4-2014 12:09 PM
next time sure dia tumpang lg coz TT baik hati hantar dia balik kat tempat asal dia  
Quote pakweneelofa 20-4-2014 12:17 PM
jangan main belakang???
Quote AbukRokok 20-4-2014 12:22 PM
Petronas memang seram..... terutama Selepas selfie doggie
Quote tupaiterbang 20-4-2014 12:39 PM
pakweneelofa posted on 20-4-2014 12:17 PM
jangan main belakang???

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=798381

Quote popjack 20-4-2014 03:27 PM
hohohohohohoho....entah aku baca tidak seram
mungkin pekerja petronas baca akan keseraman
Quote LappyHappy 20-4-2014 03:52 PM
Dh penah baca ddulu...maybe blog tt kot....
Quote espri6006 20-4-2014 04:38 PM
dah ada dah ni.....
Quote tumpanglalu74 20-4-2014 05:29 PM
Ade le skali ni, aku nak masuk kete kat parking basement ni.  Aku rase bila aku jalan macam terhenjut-henjut semacam.  Rupenye mase ni 'dia' dah masuk.  Then aku pon masuk kete, drive.  Kawan aku penumpang, tengah dok kat sebelah aku.  Then aku pandang ke bawah tempat handbrake, memang ternampak ade lengan ni warna hijau, dah busuk, gitu la.  Then immediately aku rase ade jari ni tunjal kpale aku dari belakang, belah kiri.  Aku marah la kawan aku tu.  Aku kata "Woiy! Awat ni??"  Then dia pandang aku, kata "Ha?"  Aku kata dia tonyoh kpale aku dengan jari tadi tu awat.  Dia kata mana pulak dia buat, kan aku tengah drive, nak watpe la dia kacau.

Ok, aku dah saspen ni.  Then aku ingat balik lengan yang aku nampak terkulai kat handbrake tu.  Aku tau dah yang ade bende lain dalam kete aku tu.  Then aku cube cakap dengan dia.  Kawan aku nak pikey aku gile, lantaklah.  Aku slow talk dengan bende tu.  Aku pulak ternampak dalam kotak minda aku ade mayat pompuan dalam bathtub.  Mak ai seram. Tangan dia berdarah meleleh-leleh.  Dia communicate dalam minda aku yang dia sendiri bunuh diri.  Frust dengan boyfren.

Ok, kami pon cadang nak bawak dia ke jirat cine kat polo grounds, Ipoh tu.  Then aku bukak tingkap, kata dia dah sampai rumah dia.  Kami sangkakan dia dah kluar.  Hari pon dah senje.  Sampai je rumah aku, aku terus lari kluar kete.  Aku kata kat kawan aku tu, tolong la ambik je kete aku ni bawak balik rumah dia.  Dia pon tolong je la.  Then malam tu kat rumah dia, anak sedare dia sorang ni tanye sape yang dok kat seat belakang kete tu.  Ai, dia takmo blah lagi le tu.  Deme anak-branak cube le bace2 ape patut malam tu, nak kasi dia kluar.  Kata deme, dia duduk sampai la pagi.  Family diorang memang jenis yang boleh nampak.

Aku tak tau le sampai sekarang ni masih tumpang2 kete aku lagi ke dak.

Kalo nak tanye pon, orang bukan nak kasi tau.  Kan?  Takmo aku glabah balik.
Last edited by tumpanglalu74 on 20-4-2014 05:33 PM

Quote antara 20-4-2014 09:44 PM
Dah pernh baca..tpi tak ingt kat mna
Quote leenaz 21-4-2014 07:50 AM
ni copy paste blog ni
btw...
tiap2 hari lalu sini
balik shift malam kul 1 pagi pun lalu sini
unsur keseraman tu ada
sebab sebelah petronas tu ada bangunan tinggal
depan dia byk pokok tinggi


Quote fifie_olin 21-4-2014 08:12 AM
kira lama gak la makcik tu dlm keta dia kan...uikss
Quote lemonthyme 21-4-2014 08:51 AM
Kat sini lighting pun mcm suram je.
Alhamdulillah setakat ni tak pernah kena kaco w/pun pernah isi minyak tgh mlm.

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.081417 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top