CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Ops Daulat - 2 Anggota Tentera (ATM) Terkorban

13-3-2013 10:00 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 171115| Komen: 2496

BAPA REDA DENGAN KEMATIAN ANAK
YANG BERJUANG MEMPERTAHAN
NEGARA

Pasir Mas, 12 Mac - "Saya reda kerana kematian arwah adalah untuk mempertahankan negara," kata Ismail
Husin, bapa Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah yang terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh militan di Sungai Nyamuk,
Lahad Datu, Sabah, hari ini


Ismail, 55, berkata beliau menerima berita sedih yang menimpa anaknya itu kira-kira 2.30 petang ini daripada seorang rakan Allahyarham yang
menelefon memberitahu anaknya terlibat dalam pertempuran dan terkorban.

"Kali terakhir (Allahyarham) jumpa saya ialah pada hari raya Aidilfitri 2010, selepas itu kami banyak
berhubung melalui telefon dan SMS," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung
Bayu Lalang di sini, hari ini. Ahmad Hurairah, 24, dari Batalion 7 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Tawau, Sabah, terkorban dan dua
penceroboh militan terbunuh dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, berhampiran Kampung Tanjung Batu.

Ismail, seorang petani, berkata Allahyarham anak ketiga daripada 12 beradik dan seorang anak yang sentiasa mengambil berat serta
banyak membantu keluarga. "Kali terakhir arwah menelefon saya pada 1 Mac, masa itu dua anggota polis terkorban. Arwah beritahu suruh
doakannya sentiasa selamat sebab dia nak pergi ke Lahad Datu. "Kali terakhir arwah (menghantar) SMS ialah 10 Mac (Ahad) beritahu dia
kena 'standby' untuk ke Lahad Datu," katanya sambil memberitahu Allahyarham telah empat tahun berkhidmat dalam tentera.
Ibu Allahyarham, Rahmah Mamat, 50, berkata beliau memang sedih dengan kejadian yang menimpa anaknya itu tetapi demi perjuangan untuk
mempertahankan negara, beliau reda dengan ketentuan Allah SWT itu. Anggota keluarga, kenalan dan penduduk kampung mula berkumpul
di rumah keluarga Allahyarham untuk menunggu ketibaan jenazah. Jenazah Allahyarham dijangka tiba pagi esok dan akan dikebumi di Tanah
Perkuburan Islam Kampung Lalang.-
BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noradaniez 11-3-2013 01:26 PM
rumah baru
Quote Suchi 11-3-2013 01:29 PM
sematnya PGA tuuuuu
terserlah kepahlawanannya..
Quote al-asil 11-3-2013 01:31 PM
tajuk tered macam tajok cerpen
Quote kueh_kueh 11-3-2013 01:32 PM
aik belum tamat lagi umah lame tuh
Quote lizaliza 11-3-2013 01:34 PM
hensemnyer abe polis tu.....
Quote eazzad 11-3-2013 01:35 PM
datang lapor diri... aik belum lagi abis rumah lama dah tukar rumah baru?
Quote haiku 11-3-2013 01:36 PM
Ada style ... macam dalam filem. Semoga mereka pasukan keselamatan selamat & dilindungi selamanya
Quote Suchi 11-3-2013 01:39 PM
haiku posted on 11-3-2013 01:36 PM
Ada style ... macam dalam filem. Semoga mereka pasukan keselamatan selamat & dilindungi selamanya

khenn...dah mcm arnold susahnakeja dahh..perghh mantap lahh tgk lengan diaaaaaa..muka seriusss je tapi dlm hati malam2 pasti terkenang pemili tercintaaaa..
kawan aku laki dia pi lahad datu gak..sian dia jaga anak dia yg baru 6 bulan sorg2 diri jeh..ni anak dia demam bagai lg lah seksa dia lalui hari2..mana nak fikir suami di sana bagaimana..
Quote kazaraf 11-3-2013 01:41 PM
aku rs lahad datu ni boleh di 'filem dokumentari' kan..
tnjukkan kesukaran yg PDRM & ATM hadapi.
bagi view yg jelas.. cmne la PDRM nak clearkan pengganas dlm area 5km persegi.. besar tu.
kalau padang pasir xpe. tp ni tidak.. ada hutan paya kebun..

dan skrg ni lah rakyat malaysia sesuai diberi penerangan... apa team2 yg ada dlm PDRM & ATM.
selama ni kita cuma disogok dgn SWAT CIA FBI  & NYPD  je. hehe
Quote eazzad 11-3-2013 01:42 PM
hai... agaknya... ramai jugak perempuan nak turun harga hantaran... janji perwira2 ni datang tuk melamar dan meminang... hehehhee
Quote eazzad 11-3-2013 01:44 PM
kazaraf posted on 11-3-2013 01:41 PM
aku rs lahad datu ni boleh di 'filem dokumentari' kan..
tnjukkan kesukaran yg PDRM & ATM hadapi.
...

sokongx3.... harap2 anak muda kita ramai yang masuk tentera dan polis untuk keselamatan negara... pangkat boleh naik jika menambahkan ilmu pelajaran sampai master atau PHD... pun boleh... jika mampu...

cepatlah jadi jeneral... k... sokong semua anak muda ku...

Quote prettyuglybabe 11-3-2013 01:46 PM
semoga pasukan keselamatan kita selamat dan pulang dengan kejayaan..
Quote eazzad 11-3-2013 01:47 PM
prettyuglybabe posted on 11-3-2013 01:46 PM
semoga pasukan keselamatan kita selamat dan pulang dengan kejayaan..

  tapi nak tanya... yang terjadi kat melaka tu pasal sulu ker? pasal diorang baling batu kat anuar?

Quote prettyuglybabe 11-3-2013 01:53 PM
eazzad posted on 11-3-2013 01:47 PM
tapi nak tanya... yang terjadi kat melaka tu pasal sulu ker? pasal di ...

erk.. sebarang soalan, sila ke kaunter pertanyaan berdekatan anda
Quote moskau12 11-3-2013 01:53 PM
first... Thread length not error. Current length: 8 character(s) System limit: 10 to 20000 characters
Quote eazzad 11-3-2013 01:55 PM


Uploaded with ImageShack.us

si pengganas tu tidur pun beralas daun pelepah... sos kiram sedap2 berulit atas tilam dan beratap dan berumah... itulah nak kata bodoh... bodohlahkan...
Quote ctaz 11-3-2013 01:56 PM
aikk..thread 10 blom abih lagi dah bukak baru...
Quote SulurBidar 11-3-2013 01:58 PM
Suchi posted on 11-3-2013 01:29 PM
sematnya PGA tuuuuu
terserlah kepahlawanannya..

itu bukan PGA a.k.a Pasukan Gerakan Am..

Itu UTK a.k.a Unit Tindakan Khas.
Quote slippergombak 11-3-2013 01:58 PM
Semoga polis2 dan askar kita menembak semua sulu2 di sabah sana......terima kasih kepada pasukan keselamatan negara.. tapi tidak pada pondan brothers...

Lihat semua komen(2496)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:06 AM GMT+8 , Processed in 0.231520 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top