Potong tangan guna pakar bedah Mohd. Amar
KOTA BHARU 23 April - Kerajaan Pas Kelantan merancang menggunakan perkhidmatan pakar bedah untuk memotong tangan penjenayah yang disabitkan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 sekiranya undang-undang Islam itu mula dikuatkuasakan tahun hadapan. Pengerusi Jawatakuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (2) 1993, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah memberitahu, selesai hukuman tersebut pesalah terbabit sudah boleh pulang ke rumah tanpa perlu menjalani sebarang hukuman lain seperti penjara atau sebaliknya. Beliau berkata, hukuman tersebut dilihat lebih berkesan daripada Kanun Tatacara Jenayah yang diamalkan sekarang di mana semua pesalah perlu menjalani hukuman penjara selain ia juga membebankan kerajaan menanggung kos tahanan tersebut. “Hukum hudud ini adalah agak berbeza di mana pesalah yang telah dipotong tangan khususnya untuk kesalahan mencuri itu dibenarkan pulang ke rumah untuk bersama keluarga dan kerajaan juga tidak akan menanggung apa-apa kos penjagaan tahanan di dalam penjara," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah dan Pecah Tanah Projek Rumah Taman Kurnia Jaya di sini hari ini. Tambah Mohd. Amar yang juga merupakan Timbalan Menteri Besar Kelantan, undang-undang Islam itu adalah lebih berperikemanusiaan di mana setiap pesalah terbabit sebelum dijatuhi hukuman perlu dibuktikan kesalahan. “Pertimbangan juga akan dilakukan sebelum dijatuhkan hukuman sekiranya mereka (pesalah) mencuri atas sebab-sebab tertentu seperti lapar atau terpaksa ia tidak akan dikenakan hukuman potong tangan," katanya. Katanya, undang-undang ini ha-nya melibatkan umat Islam dan orang bukan Islam tidak perlu takut dengan hasrat Kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud itu. Malah katanya, orang bukan Islam turut akan mendapat manfaatnya kerana undang-undang tersebut diyakini akan dapat me-ngurangkan kadar jenayah. “Kadar jenayah sekarang dilihat semakin tinggi dan pada pandangan saya hukum hudud ini apabila ia dikuatkuasakan kelak akan me-ngurangkan jenayah," katanya.
|
9
Bagus |
10
Marah |
20
Terkejut |
13
Sedih |
11
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
prettymanja posted on 24-4-2014 08:53 PM
pastu Gomen ade sponsor Tangan pelesu ke Uols? huhu
saladin780 posted on 24-4-2014 08:54 PM
Ko ingat ni patah tumbuh hilang berganti ke konsepnya..hehe
Anak_Nogori posted on 24-4-2014 08:59 PM
camner pakar bedah tu potong tangan?..guna parang, guna pedang atau guna alat yg dicipta khas terus ...
prettymanja posted on 24-4-2014 09:02 PM Pedang Samurai kot, msti le bius dulu Abam.. lau xseriau sume org nnti
kelana36 posted on 24-4-2014 09:52 PM
http://bicarasantai.com/2013/01/29/kisah-benar-tukang-pancung-di-mekah/
ADVERTISEMENT