CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pecat Mb 'Tak Guna', Kata Jeff Ooi

24-4-2014 10:38 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9961| Komen: 71



Kesal kerana bekalan air di rumahnya sering dicatu, seorang MP Pakatan Rakyat menuntut agar Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dipecat kerana didakwa gagal mengatasi masalah tersebut.

MP Jelutong Jeff Ooi berkata, masalah bekalan air itu menyulitkan urusannya hingga terpaksa “mandi kerbau” (mandi cincai) setiap kali pulang ke kediamannya di Subang Jaya.



“Saya merupakan seorang pembayar cukai di Selangor sejak bertahun-tahun lamanya kerana saya memiliki rumah di Subang Jaya.

"Kami tidak pernah menghadapi catuan air yang berlarutan begitu lama seperti ini, malah semasa pentadbiran BN sekalipun.

"Kegagalan Pakatan adalah kegagalan Pakatan. Masa Khalid sudah tamat. Pecat orang 'tidak guna' ini," katanya.

MP berkenaan turut memuatkan satu gambar bilik air yang menempatkan empat bekas takungan air.

Tulisannya itu mendapat perhatian meluas rakannya di Facebook yang meninggalkan lebih 80 komen di tulisan tersebut



Para pengikutnya itu antara lain bertanya sekiranya beliau yakin pengganti Khalid akan dapat menunjukkan prestasi lebih baik dari sedia ada.

Mengulas komen tersebut, Jeff Ooi menyoal kembali mengapa perkara itu tidak boleh dilakukan.

“Jika penyandang timbalan presiden PKR Azmin Ali lebih baik daripada Khalid, kenapa tidak?,” katanya.

Khalid dalam kenyataanya semalam berkata, beliau akan membuat pengumuman pada minggu depan sama ada akan meneruskan atau menghentikan pelan catuan air di negeri Selangor.

Katanya, kerajaan negeri mengambil kira bahawa bekalan air di negeri itu hanya boleh bertahan selama 29 hari sekiranya catuan tidak diteruskan.

Buat masa ini, kerajaan negeri terpaksa meneruskan catuan kerana paras air masih kritikal di empangan utama di Sungai Selangor.

Kerajaan negeri juga hari ini meluluskan peruntukan RM10 juta untuk kerja-kerja mengepam air dari bekas lombong atau kolam sekitar lembangan sungai Selangor ke Sungai Selangor.

Setakat jam 8 pagi ini, paras air di Empangan Sungai Selangor masih berada di bawah paras kritikal iaitu 38.97 peratus dengan jumlah takungan 89.63 juta liter padu.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote abas8888 24-4-2014 09:01 AM
hahaha...geng Azmin dah meroyan...
Quote BlueHand 24-4-2014 09:02 AM
Lol.. Hahahahaha..


Penyokong2 pakatan harap bertabah tahan berak dan skip mandi k..

laku la minyak wangi sebulan dua ni
Quote pendeta 24-4-2014 09:03 AM
mungkin jeff ooi ni tak sedar keputusan catu air ni juga melibatkan SPAN bukan hanya kerajaan negeri
Quote akughi 24-4-2014 09:05 AM
rumah kalid tak kene catu ke?
Quote sidewinder 24-4-2014 09:08 AM
ada certain org ni tak kisah pun leader tu mcm mana....kaki pau ke...kaki songlap ker tp janji share2 laa ngan macai bawahan ni.....tak der problem.....kalu ada problem jer leh settle cepat....mcm kes ni kalu azmin leh settle masalah air ni.....or sapa2 yg boleh settle kasi je jadi MB......ni org dah lantik dia jd MB...dibayar gaji bulan2.....pastu dia bleh soh rakyat pegi takung air hujan.....cuba laa pk nak takung air hujan mcm mana kalu rakyat dok rumah flet....dok kondo...aparment....rumah teres tu boleh la....
Quote dualchicks 24-4-2014 09:09 AM
takat air pun nak pecat...bukannya tak dpt mandi bukannya tak dpt nak basuh berak....NUUUUUUUNN MH370 sampai sekrg org ilang...ape pasal tamo pecat?
Quote kecimpret 24-4-2014 09:11 AM
jeff ooi ni dulu macai kutuk abis....skg dipuja2
Quote sidewinder 24-4-2014 09:15 AM
dualchicks posted on 24-4-2014 09:09 AM
takat air pun nak pecat...bukannya tak dpt mandi bukannya tak dpt nak basuh berak....NUUUUUUUNN MH37 ...

MH370 masalah kicik......yg hilang pun ramai warga china....beratus jer pun.....masalah besar skrang berjuta macai bawahan yg terlibat
Quote johndoe17 24-4-2014 09:15 AM
Sejak bila pandai mandi ni? Nak uk uk pun calit je..
Quote AbukRokok 24-4-2014 09:29 AM
cina berak basuh pakai air ke? bukan pakai tisu selet je?
Quote AbukRokok 24-4-2014 09:30 AM
tv3 akan buat interview kat jeff oii...so suweeetttt....sama mcm khalid gagap masuk wawancara tv3 time prk kajang
Quote kecimpret 24-4-2014 09:32 AM
AbukRokok posted on 24-4-2014 09:30 AM
tv3 akan buat interview kat jeff oii...so suweeetttt....sama mcm khalid gagap masuk wawancara tv3 ti ...

dulu khalid hero skg cinapek plak jd hero...tapi Selangor masih x dapat2
Quote AdsMsia 24-4-2014 09:35 AM
lu duit maynyak lu gali la perigi
haiyohhhhhhhh
Quote pakweneelofa 24-4-2014 10:12 AM
yaaaaaaaa..kasi pecaaaaaaaaaaaat
Quote dualchicks 24-4-2014 10:13 AM
sidewinder posted on 24-4-2014 09:15 AM
MH370 masalah kicik......yg hilang pun ramai warga china....beratus jer pun.....masalah besar skra ...

So lebih baik kerajaan suggest kasi Death Certificate kepada macai
Quote sidewinder 24-4-2014 10:30 AM
dualchicks posted on 24-4-2014 10:13 AM
So lebih baik kerajaan suggest kasi Death Certificate kepada macai

selamberrr jer........isu lagi besar start bulan may-sept ni.....dijangka akan berlaku kemarau.....berjuta macai bawahan yg terlibat.Aku skrang tak ambik port pun pasal MH370....kalu aku buka tv tetiba terpampang berita pasal MH370 aku tgk la....na
Quote -electrifying- 24-4-2014 11:50 AM
pecat ko skali, perangai entah ape2, org lain leh bersabar n faham, ko plak meroyan mcm orang xde otak. bongok
Quote tobby 24-4-2014 12:16 PM
kecimpret posted on 24-4-2014 09:11 AM
jeff ooi ni dulu macai kutuk abis....skg dipuja2

jeff ooi ni komunis kan?
Quote sakurahati 24-4-2014 12:33 PM
kalau sesapa yg ddk rumah flat pastu ada sakit belakang/slip disc mmg naya la nak kena angkat air..silap2 makin teruk slip disc tu..

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.068425 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top