Klang: Empat beranak termasuk dua kanak-kanak berusia lapan dan 10 tahun nazak di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, selepas meminum racun di rumah mereka di Sungai Kapar Indah, di sini. Dalam kejadian jam 7 malam kelmarin, seorang daripada mangsa yang juga ketua keluarga berkenaan dipercayai memberi isteri dan dua anaknya meminum racun dalam cubaan untuk membunuh diri secara beramai-ramai. Bagaimanapun semua mangsa yang dalam keadaan ‘nyawa-nyawa ikan’ ditemui dua ahli keluarga yang kebetulan pergi ke rumah mangsa untuk melawat keluarga terbabit. Susulan itu mangsa dalam keadaan berbuih mulut dan tidak sedarkan diri kemudian segera dikejarkan ke HTAR untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Adik mangsa yang berusia 29 tahun berkata, pasangan suami isteri berusia 33 tahun ditemui terbaring tidak sedarkan diri di lantai ruang rumah bersama anak lelaki dan anak perempuan mereka. AHLI keluarga mangsa menunggu di hospital.
|
sajer posted on 23-4-2014 08:11 AM
mak sedara aku yg bertudung labuh & jenis xtinggal solat pun minum racun. meninggal thn lps
mak aku ...
mak aku cerita dia tertekan sbb kena jaga nenek sedara aku yg xsihat & pak sedara aku pulak nak kawin lagi
ADVERTISEMENT