CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kereta Tamiya Jadi Kegilaan

22-4-2014 10:06 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5607| Komen: 12


Penggemar kereta Tamiya tidak melepaskan peluang melihat dan menyertai pertandingan perlumbaan kereta Tamiya di Kompleks Rakan Muda, dekat sini.


KUALA PILAH - Sebelum ini kereta kawalan jauh yang menggunakan bateri sinonim dengan permainan kanak-kanak.

Kini, kegilaan kereta mini 4wd jenama Tamiya kembali lagi apabila permainan kereta itu yang agak menyepi beberapa tahun kebelakangan ini kembali diminati dalam kalangan peminatnya.

Bagi guru dari Sekolah Kebangsaan Bandar Banting, Selangor, Ispaini Salim, 31, beliau menjadikan pertandingan kereta Tamiya sebagai sumber inspirasi untuk menjadi lebih kreatif.

“Saya telah menubuhkan Kelab Rekacipta di sekolah untuk mendidik pelajar supaya berfikiran luar dari kotak serta menguji minda.

“Kelab ini bukan terhad untuk sekolah sahaja, sebaliknya saya turut mengadakan ‘roadshow’ untuk menambahkan ahli di kalangan murid sekolah rendah di sekitar Banting,” katanya.   


Jadi tidak hairanlah, Ispaini kini memiliki lebih 200 koleksi kereta Tamiya yang berharga RM20,000 yang dikumpul sejak tujuh tahun lalu.

“Saya mengakui permainan ini memang sinonim dengan kanak-kanak tetapi kini menjadi kegilaan orang dewasa.

“Tambahan pula, syarikat pembuatan Tamiya dari Jepun ini telah pun mencipta dan mengkhususkan reka bentuk yang dikhaskan untuk orang dewasa,” katanya ketika ditemui pada pertandingan perlumbaan kereta Tamiya di Kompleks Rakan Muda, dekat sini.

Dalam pertandingan itu, Ispaini muncul juara dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM500, piala dan sebuah kereta Tamiya berharga RM300.

Menurut Ispaini, ada beberapa kategori perlumbaan yang sering dipertandingkan antaranya 'speed', 'semi speed', 'semi technology' dan ‘fully technology’.

"Namun, bagi saya acara yang paling saya gemari adalah 'semi technology' kerana boleh menguji kreativiti dan kepandaian kita untuk mengubahsuai kereta supaya menjadi lebih pantas,” katanya.

Sementara itu, peminat kereta Tamiya, Amir Affan Mohd Razali, 29, berasal dari Seremban mula meminati dunia kereta Tamiya sejak awal Januari lalu selepas diperkenalkan rakan baiknya.

“Pada mulanya saya tidak berminat, tetapi bila rakan mengajak saya untuk melihat pertandingan kereta Tamiya, timbul minat dan kini saya telah memiliki empat koleksi dengan anggaran harga RM1,000,” katanya.

8

Bagus
10

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (27 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kintan 22-4-2014 08:53 AM
14 tahun yg lepas masa anak akak skolah lagi dah jadi kegilaan main keta tamiya nie.... skrg di hidupkan kembali.. dlu2 setiap ujung minggu mesti akak bwk anak akak gi main keta nie kat pusat2 beli belah.. masa tu setiap ujung minggu mesti ada competition tgok keta sapa yg laju.. mcm2 pesen keta budak2 dulu modified...
Quote aurora273 22-4-2014 09:16 AM
sanggup simpan duit dari duit belanja sbb nak beli kereta tamiya ni.. sweet memories
Quote kenarikelabu 22-4-2014 09:22 AM
Kete ni letak je kat track tu, berdesup laju mencicit. tak nampak apa2 pun...dgr bunyi ja.
Quote ctaz 22-4-2014 09:25 AM
slalu gak aku tgk kat Tamiya underground OU....
Quote axl_bach 22-4-2014 09:26 AM
Dash Yankuro....EMperor, SHooting Star, Horizon dll

igt lagi masa tu geng2 taman aku sumer pakat2 main lawan lumba kete nih kontrol dgn kayu ala2 main hoki ais, aku jer x terpengaruh langsung.....kat skolah plak main ujian masa letak dlm longkang kecik.....

oklah main kete nih dari dok melepak, at least berpeluh gak laa terkejar2 kete tu bawa kayu nak kontrol
Quote -electrifying- 22-4-2014 09:52 AM
rindu zmn kanak2 dulu ! trade in brg2, salunya enjin... sggop kejiranan aku dlu mak pak tong2 belikan track untuk kiteorg main tamiya. hmm
Quote pakweneelofa 22-4-2014 10:27 AM
kereta tamiya jadi kegelian
Quote ejans 23-4-2014 11:22 PM
Up balik benda ni. Dulu time era 90 an glemer kejap
Quote jengkoil 23-4-2014 11:31 PM
Tamiya miya eh eh...waka waka eh eh...
dis time for aprika....
Quote pyropura 23-4-2014 11:36 PM
kenarikelabu posted on 22-4-2014 09:22 AM
Kete ni letak je kat track tu, berdesup laju mencicit. tak nampak apa2 pun...dgr bunyi ja.


kalau sampai tak nampak apa2 rugi sangat lah kan, tak dapat nak enjoy tengok...penat je beli ratus2 inggit...
Quote SUHA 23-4-2014 11:40 PM
Rasanya dah berzaman wujudnya kete ni, time aq kecik pg dah ada, skg trending balik kew
Quote ikan_kaghing 23-4-2014 11:57 PM
Teringat aku ketika tingkatan 1 dan 2,

ketagih lumba kereta ni di koridor sekolah sampai hancoq leboq persis Alphard K***al.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.071259 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top