Taiping: Seorang wanita nyaris putus tiga jari kanan manakala suaminya menerima 11 jahitan di kepala akibat ditetak dua suspek bersenjata parang dalam kejadian samun di Kampung Aulong Baru, Aulong, di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 10.40 malam itu, Fong Hui Kuan, 29, dijemput suaminya, Tan Wui Tai 32, dengan menaiki kereta selepas dia selesai berkerja di sebuah pasar raya, di sini. Menurut Hui Kuan, setiba di rumah, mereka terkejut mendapati motosikal dinaiki dua suspek menghalang pintu pagar ketika mahu memasuki rumah. “Berang dengan keadaan itu, saya segera keluar dari kereta untuk memarahi kedua-dua lelaki berkenaan, namun terpaksa melarikan diri masuk ke dalam kereta semula berikutan diugut menggunakan parang oleh seorang suspek yang cuba meragut beg tangan saya,” katanya. Fong berkata, sejurus masuk ke dalam kereta dia terus mengunci pintu, tetapi suspek mendesaknya menyerahkan beg tangan berkenaan. Katanya, suami yang berang membuka pintu kereta yang mengenai seorang daripada mereka lalu berlaku pergelutan. “Ketika pergelutan, seorang suspek menetak kepala suami dengan parang dan tidak cukup dengan itu rakan suspek memukul suami yang cedera parah tanpa belas kasihan. “Melihat keadaan suami yang lembik dikerjakan suspek, saya segera mendapatkannya namun ketika memangku suami, suspek sekali lagi cuba menetaknya dan saya cuba menghalang mengakibatkan jari tangan kanan luka teruk dan hampir putus,” katanya. Menurutnya, melihat keadaannya itu, suspek yang memakai topi keledar dan menutup muka melarikan diri menaiki motosikal Honda EX5 berwarna merah tanpa nombor pendaftaran ke arah jalan utama. Suasana riuh rendah itu mengejutkan beberapa jiran berhampiran datang dan cuba membantu. Dia yang trauma dengan kejadian itu berkata, suaminya kini terlantar di Hospital Taiping dan menerima 11 jahitan di kepala manakala dia menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang bagi mencantumkan kembali tiga jarinya yang terkulai dan hampir putus itu. Berikutan itu Hui Kuan yang bimbang akan keselamatannya turut membuat laporan di Balai Polis Taiping berhubung kejadian Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd Diah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan siasatan berhubung kejadian sedang dijalankan. TAN menerima 11 jahitan di kepala akibat ditetak.
|
8
Bagus |
6
Marah |
6
Terkejut |
11
Sedih |
4
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT