CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

30 Usahawan Melayu Dihalau

21-4-2014 04:28 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6412| Komen: 35

Tanjong Karang: Kira-kira 30 usahawan tani Program Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Kampung Raja Musa Bestari Jaya, di sini, diberi notis untuk keluar dari tanah yang diusahakan mereka sejak 30 tahun lalu.

Tindakan itu menyebabkan mereka kehilangan punca kerana ada antara mereka membuat pinjaman dengan bank, malah jumlah pelaburan sejak mengusahakan kawasan itu mencecah jutaan ringgit.

Seorang peserta, Mohd Fadzil Ibrahim berkata, setiap pengusaha diberi tanah seluas dua hektar pada 2000 melalui perjanjian pajakan 40 tahun untuk mengusahakan projek pertanian seperti tanaman dan ternakan oleh kerajaan negeri ketika itu.

Menurutnya, jika dirujuk pada pajakan 40 tahun yang dibuat pada tahun 2000, mereka mempunyai baki 30 tahun lagi sebelum boleh diusir dan berharap kerajaan negeri menimbang semula tindakan pengusiran mereka.

“Apabila menerima notis pengosongan berakhir Ahad ini, sudah tentu kami akan kehilangan punca pendapatan.

“Tapak pertanian di sini turut membekalkan sayur-sayuran kepada penduduk sekitar, jangan hanya fikirkan projek yang menguntungkan kerajaan negeri saja,” katanya.

Mohd Fadzil yang mengusahakan kolam ikan berkata, tindakan kerajaan negeri menghalau mereka dianggap tidak wajar kerana lokasi berkenaan adalah TKPM di Selangor.

Katanya, pengusaha sepakat menghantar surat rayuan kepada pejabat Menteri Besar Selangor tetapi tiada tindak balas positif atas alasan projek pembangunan akan dilaksanakan.

“Kami berharap diberikan tempoh sekurang kurangnya 20 tahun lagi untuk mengusahakan tanah ini dan biarlah kami dapat menyelesaikan hutang dan mendapat untung hasil dari titik peluh kami berbudi kepada tanah.

“Sekiranya kami terpaksa juga keluar, diharap pampasan yang setimpal diberikan kepada kami memandangkan kami telah melabur dengan banyak dan setakat ini masih belum mendapat pulangan modal,” katanya.

Difahamkan, pengusiran itu terpaksa dilakukan kerana kawasan berkenaan terbabit dengan projek Hybrid Off River Aug mentation System (HORAS) yang akan dibangunkan kerajaan negeri.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Sulaiman Razak, meminta kerajaan negeri menangguhkan keputusan membangunkan projek takungan air Hybrid off River Augmentation System (HORAS).

“Projek HORAS baru dimulakan di Sungai Darah, Ijok dan kita tidak nampak keperluan projek sama dilaksanakan di kawasan ini dalam masa terdekat,” katanya.


FADZIL (tiga dari kanan) bersama ahli keluarganya menunjukkan notis untuk keluar dari tapak ternakan ikan pada 20 April ini.


5

Bagus
8

Marah
5

Terkejut
7

Sedih
5

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 18-4-2014 09:01 PM

FADZIL (tiga dari kanan) bersama ahli keluarganya menunjukkan notis untuk keluar dari tapak ternakan ikan pada 20 April ini.

Quote pakweneelofa 18-4-2014 09:14 PM
jom salahkan khalid ibrahim!
Quote bidacool 18-4-2014 09:18 PM
Usahakan tanah sejak 30thn dulu....

terima 2 hektar tanah utk diusahakan pd thn 2000....

Pajakan selama 40 tahun bermula tahun 2000.....

Selepas 20thn usahakan tanah, buat agreement pajakan for 40 tahun tapi lepas 10 thn di usir?

Ok.....
Quote ikan_kaghing 18-4-2014 09:45 PM
Kat Cina DAP tanah diberi untuk membuat SKJRacist

Kat Keling PKR tanah diberi untuk membuat kuil haram.

Kat Melayu Syumul tanah dirampas dan dihalau.
Quote BotakChinPeng 18-4-2014 09:45 PM
Mana boleh merayu saja. Mesti lawan la kalo kerajaan nak buat naya.



Buat sekatan .... seret ke mahamah ...sendiri mesti ikhtiar
Quote BotakChinPeng 18-4-2014 09:50 PM
tanah yang diusahakan mereka sejak 30 tahun lalu.


Pekerja harian metro semua bodoh tak tau kira ke ? Patut la tahap pprt saja
Quote Acong 18-4-2014 10:00 PM
bongoknya kerajaan....... harap ada penjelasan munasabah
Quote roblucci 18-4-2014 10:08 PM
Acong posted on 18-4-2014 10:00 PM
bongoknya kerajaan....... harap ada penjelasan munasabah

kerajaan pusat ke?
Quote kekure 18-4-2014 10:10 PM
Acong posted on 18-4-2014 10:00 PM
bongoknya kerajaan....... harap ada penjelasan munasabah

OT: Acong,hang ka yg buat ulasan kat website Lonely Planet pasal tour North Korea?Nick kat situ ACong.. Kalau betoi hang,ai nak mintak advice..

Kejamnya Khalid buat camni!Patut potong ja lengan dia!
Quote AHMADVW 18-4-2014 10:19 PM
pekida pekasa jati mane?
Quote Acong 18-4-2014 10:25 PM
kekure posted on 18-4-2014 10:10 PM
OT: Acong,hang ka yg buat ulasan kat website Lonely Planet pasal tour North Korea?Nick kat situ AC ...

silap org tu....................
Quote noor2 18-4-2014 10:31 PM
tanah kat kg i masih murah lagi...
Quote munchkin 18-4-2014 11:15 PM
Siapa punya kerja ni.
Quote Leonarzi 18-4-2014 11:34 PM
Mmg celaka la kerajaan DAP... Melayu2 masih bodoh pi undi DAP sgt... Dh terang terang mereka ni secara halus menindas org melayu
Quote tobby 19-4-2014 12:34 AM
berilah pampasan yg sewajarnya. atau sediakan tanah lain yg sesuai. btw tanah haram tetap tanah haram. masa mrk usahakan satu ketika dulu pun mesti dorg tau itu bukan tanah dorg.
Quote tongkatwaran75 20-4-2014 04:23 AM
noor2 posted on 18-4-2014 10:31 PM
tanah kat kg i masih murah lagi...

berape harga selori?
Quote mehmet 20-4-2014 06:23 AM
pakai peguam aa utk pampasan,,,memang layak dapat pampasan ni....

tanah kerajaan boleh amik balik,,,sbb pajakan pun...
Quote AdsMsia 20-4-2014 08:05 AM
tunggu kerahjaang selangoq jawab pullok
tgk apa kata pacik munturi bosa
Quote noor2 20-4-2014 08:59 AM
tongkatwaran75 posted on 20-4-2014 04:23 AM
berape harga selori?

entah...tapi ada yang juai seekar rm16k ja..

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.143837 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top